Friday, October 31, 2014

4 Punca Rambut Kelemumur

Assalamualaikum semua

Susah kan jadi lelaki ni. Sape kate senang? Eh senang apa takyah pakai tudung. Terbelit sana terbelit sini silap haribulan dah jadi macam pocong opss. Memang mudah kalau tak pakai tudung tapi kesian kat kaum Adam ni. Kalau masih muda tapi rambut dah beruban kena cop banyak masalahlah teww. Kalau kelemumur bertepek takde orang nak dekat pulak.

Perempuan bertudung selamatlah memang tak nampak kelemumur gugur bak salji tu kan. Tapi.. duk tergaru sana tergaru sini memang dah boleh agak dah. Kalau tak kelemumur mesti minah ni ada kutu. Ish lagi naya kan?



Ni contoh rambut yang bebas kelemumur. Macam takde orang lain ko nak letak kan?(Sumber Google)


Tanpa membuang masa, jom kita kenali 4 punca rambut berkelemumur.



4 Punca Rambut Kelemumur

Biasanya masalah ini disebabkan beberapa perkara:

1. Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak) – punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kangkang dan kadang kala pada bahagian ketiak.

Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun.
Bagi mereka yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding biasa. Menurut Dr. Gangaram, biasanya doktor boleh mengenal pasti pesakit yang menghidap HIV berdasarkan keadaan kulit kepala mereka yang mengalami kegatalan serius hingga merebak ke bahagian lain.

Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping – disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

Kurang mencuci rambut – jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Sensitif pada sesetengah produk – kadangkala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

2. Psoriasis – Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

3. Ekzema – Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.

4. Jangkitan yis malassezia – Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.


Sumber : Utusan Online



Masalah kelemumur sebenarnya boleh dialami oleh sesiapa saja. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi sekiranya keadaan kelemumur menjadi semakin kronik hingga kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit. 

Salah satu pencegahan untuk masalah kelemumur adalah memilih syampu yang sesuai. Shaklee pun ada syampu yer? Adaaa. Untuk butiran lebih lanjut boleh layari link Produk Penjagaan Rambut ProSanté Shaklee. Topik hari ini nak cerita pasal produk Purifying Shampoo Shaklee.





Purifying Shampoo

  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala − rambut juga tidak berkelemumur.


Nanti takdelah suara-suara sumbang berkata 'Eeeeeeee muka hensem tapi penuh kelemumur.. macam dayang senandung' (ok yang ni saya tokok tambah). Saya juga nak kongsikan 9 Petua Tradisional Untuk Hilangkan Kelemumur. Harap dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kelemumur. Berminat nak dapatkan Purifying Shampoo Shaklee? Macam biasa boleh hubungi saya pm fb/wassap 011-37008943. TQ





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.







Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Thursday, October 30, 2014

10 Jenis Makanan Yang Membantu Anda Tidur Lebih Lena

Assalamualaikum semua



Anda mungkin sering mengalami masalah sukar tidur di waktu malam atau anda susah untuk terlena dan tidur selesa akibat sering terjaga. Jangan risau kerana mungkin anda tidak tahu makanan juga berupaya untuk membantu tidur malam anda menjadi lebih lena dan berkualiti. Tetapi harus diingatkan supaya mengambil makanan-makanan berikut sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur bagi membantu proses pencernaan yang lancar.





Kacang almond

Kacang almond mengandung magnesium yang berupaya membantu manusia mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Ia turut mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika kita tidur. Kacang almond akan membuatkan anda mudah tertidur dengan mematikan sirkulasi hormon adrenalin yang mengingatkan kita untuk beristirehat.



Teh hijau

Mengelakkan diri daripada mengambil minuman berkafein sebelum tidur adalah kunci utama untuk mendapat tidur lena namun terdapat juga sumber berkafein yang boleh mengatasi tidur tidak nyenyak anda. Teh hijau contohnya mengandungi Theanine yang juga membantu manusia mudah terlena.



Pisang

Pisang juga turut mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk tidur lebih lena. Seperti kacang almond, sumber mineral yang terdapat di dalam pisang membantu merehatkan otot-otot badan. Apabila kita mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang juga akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotonin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.



Susu
Sama seperti pisang, susu juga turut mengandungi triptofan. Kalsium yang terkandung dalam susu membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.



Sup miso
Sup miso pula mengandungi asid amino yang juga dapat meningkatkan kadar rembesan hormon melatonin. Suhu sup yang panas juga membangkitkan rasa selesa dan tenang. Ini akan menyebabkan anda merasa mudah mengantuk.


Sumber dari www.tupai.com.my




Ceri
Tak kira jika kamu makan yang segar, sudah dikeringkan ataupun minum jus, ceri merupakan sumber makana semula jadi yang mengeluarkan hormon ‘tidur’ melatonin. Tak perlu pil tidur lagi…



Sayuran daun hijau
Dari sayuran kale, bayam, ke brokoli, apa jua jenis sayuran hijau padat dengan magnesium yang juga terkenal sebagai penenang semula jadi. Jadi, Salad = Tidur.




Buah Kiwi
Satu penyelidikan pada tahun 2011 menemui yang  buah kiwi jika dimakan boleh bantu kamu tidur- 24 orang cuba makan 2 biji buah kiwi sejam sebelum tidur setiap malam selama 4 minggu, dan setelah sebulan, kualiti dan masa tidur 24 orang itu meningkat dengan hebat. Tahukah kamu ia juga bagus untuk selulit.


Bijirin Oat dan pisang (ohh ayam belanda dan yogurt juga…)
Makanan jenis ini merupakan sumber semula jadi tryptophan, iaitu asid amino dalam tubuhmu digunakan untuk menghasilkan bahan menggalakkan tidur seperti serotonin dan melatonin.



Kacang dan bijirin
Antara salah satu sumber tryptophan. Ia juga padat dengan magnesium juga. Wow! Dua dalam satu.

Sumber dari cosmopolitan.my



Betul ke ni? Yang penting cuba dulu baru tahu. Selamat mencuba ;)








Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, October 29, 2014

Rahsia Di Sebalik Tidur Yang Berkualiti Kepada Badan Manusia

Assalamualaikum semua

Pernah tak anda semua terfikir, apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh badan kita semasa tidur? Inilah rahsia yang saya nak kongsikan pada hari ini. Rahsia Di Sebalik Tidur Yang Berkualiti Kepada Badan Manusia. Pada mereka yang dah tahu, takdelah rahsia sangat kan? Bagi mereka yang belum tahu, meh saya ceritakan proses yang berlaku ketika kita sedang nyenyak tidur. ZZZzzz


Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Sumber dari arjunabermainbiola.blogspot.com





Bestnyer dia tidur siap senyum lagi (Sumber Google)


Walaupun sedang tidur, sebenarnya badan kita masih gigih bekerja. Begitulah ceritanya. Tapi kan bagaimana pula bagi mereka yang :

  • Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
  • Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
  • Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep) 

Haa jangan main-main yer. Kalaulah hati, paru-paru, sumsum tulang kita boleh berkata-kata, mesti dah kena sound direct 'Bilalah feremfuan ni nak tidur. Kami nak masuk kerja on time pun susah. Terpaksa overtime lah pulak'.

Sebab itu, jika kita tidur lambat, tidak cukup tidur dan yang sewaktu dengannya tidak mustahil penyakit-penyakit kronik seperti senarai di bawah ini bakal terjadi. Mintak jauhlah kan.

Kebarangkalian untuk menghidap penyakit kronik berikut lebih tinggi sekiranya tidak cukup tidur:
  • Penyakit jantung
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Obesiti
  • Pelupa
  • Kemurungan
Sekiranya anda telah terjebak dalam masalah sukar tidur, jangan jiwa kacau pulak. InsyaAllah ada jalannya. Tapi kenalah cari solusi jangan berdiam diri pula yer.

Antara faktor penyakit sukar tidur (insomnia) berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium dan kalsium. Magnesium adalah mineral yang boleh membantu otot dan saraf kita lebih relax sekaligus dapat membantu kita untuk tidur dengan lebih lena. 

Kalsium dalam badan pula penting dalam proses pengecutan otot. Ketika tidur, berlaku proses regangan antara otot. Sebab itu kalsium diperlukan untuk mengawal selia proses ini berlaku dengan lancar. Magnesium dan kalsium saling berkait rapat dan kekurangan elemen ini boleh membawa kepada kekejangan otot pula. Ish ish ish dahlah susah tidur, cramp lah pulak. Tapi jangan risau ye. Anda boleh mencuba Ostematrix dan Bcomplex Shaklee. 
Ostematrix Shaklee
  • Mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D sebagai bahan utama yang telah diuji secara klinikal. Produk ini juga mengandungi Zinc, Copper, Manganese, dan Boron tapi dalam peratus yang amat sedikit.
  • Kalsium sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang.
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama bagi ibu hamil.
  • Membantu dalam mengawal dan mengimbangi tekanan darah. 
  • Membantu dalam mengurangkan stres, mengatasi sakit kepala agar dapat tidur dengan lebih lena.
  • Badan terasa bertenaga dan mudah bangun pagi pada keesokan harinya.
  • Sekiranya berminat untuk mengetahui isi kandungan dalam Ostematrix dengan lebih lanjut, boleh rujuk link ini.

B complex Shaklee

  • Mengandungi 8 vitamin B yang lengkap termasuk B1, B2 dan asid folic.
  • Mengurangkan stres dan mengawal tekanan emosi (terutama ibu dalam pantang).
  • Meningkatkan tahap metabolisme dan sistem pertahanan badan.
  • Membantu dalam meningkatkan tenaga dan mengelakkan kelesuan.
  • Membantu dalam menstabilkan daya tumpuan dan pemikiran.
  • Melancarkan fungsi sistem saraf.
  • Sekiranya berminat untuk mengetahui kepentingan B Complex untuk ibu hamil, sila layari link ini

Tidur yang cukup dan berkualiti membuatkan kita lebih bertenaga dan bersemangat pada keesokan harinya. Jadi, dah tahu kan Rahsia Di Sebalik Tidur Yang Berkualiti Kepada Badan Manusia? Bagus. Bagi mereka yang berminat nak dapatkan B Complex dan Ostematrix, sila hubungi saya pm fb/wassap 011-37008943. InsyaAllah saya akan cuba membantu anda. Terima Kasih Selamat Malam ZZZzzz





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Tuesday, October 28, 2014

7 Cara Menghalau Lalat

Petua Nenek 

Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini..

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.

Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.

Kehadiran lalat pasti merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.

Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.

1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.

5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak ditimpa penyakit di kemudian hari.








Sumber dari FB Page Legacy Secret Trading




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Monday, October 27, 2014

Tingkatkan Fokus Anda Dengan Vitamin Shaklee - Omega Guard, B Complex & Meal Shakes

Assalamualaikum semua

Isu kurang fokus atau tidak memberi perhatian dalam kelas nampak macam perkara remeh tapi sebenarnya boleh memberi impak yang besar dalam proses pembelajaran bagi mereka yang bernama pelajar. Kita semua pernah bergelar pelajar kan? Tak kisahlah belajar setakat sekolah menengah, kolej atau universiti, apa yang pasti kita semua sedia maklum, fokus dalam kelas memainkan peranan yang saaangat penting.



Sumber Google


Apakah penyebab yang menjadikan otak kita kurang fokus pada sesuatu perkara?

Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada gejala kurang fokus salah satunya adalah tidak mengambil sarapan pagi. Ini boleh menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Akibatnya, otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. 

Namun, makan secara berlebihan pula akan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan. Keadaan ini pula akan menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Seterusnya akan mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus. Jadi, bersederhanalah dalam pemakanan kita seharian.


Sumber Google

Percayakah anda posisi tidur turut memberi impak dalam masalah kurang fokus? Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup muka dengan sebarang objek seperti selimut, buku atau lengan boleh menyebabkan gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen. Selain itu, tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang. 

Tahukah anda otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia? Ini bermakna ketika menghidu udara tercemar boleh menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Sekiranya anda merokok sila berhenti sebelum terlewat. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya. Bagi perokok tegar boleh dapatkan formula terhebat dari Shaklee di sini.


Apakah solusi bagi meningkatkan fokus di kalangan pelajar?

Untuk dapatkan tips fokus di dalam kelas boleh layari artikel ini. Selain itu, pengambilan suplemen yang konsisten turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan fokus para pelajar sekalian.

Sumber Google


Omega Guard

DHA dan EPA merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam dan dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Kedua-dua unsur ini boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee. Pemakanan yang berkhasiat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang dan seterusnya dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.



B Complex

Sebagai seorang pelajar, stres dah jadi makanan kitalah. Mana nak handle homework, pop kuiz, exam ditambah lagi dengan tugasan yang berlambak-lambak. Memang stres. Di sini suplemen B Complex memainkan peranan yang cukup penting. Unsur Vitamin B1 (tiamin) berfungsi sebagai antistres selain bermanfaat dalam memperkuat sistem pertahanan badan. Ini akan membantu pelajar berfikiran positif dan sentiasa berada dalam mood baik serta bersemangat.



Meal Shakes

Salah satu menu ringkas dan mudah disediakan ketika sarapan pagi. Malah, boleh dipelbagaikan cara penyediaannya. Ia juga sangat berkhasiat kerana mengandungi nutrisi lengkap dan menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan. Selain itu, ia juga mengandungi asid folid, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar terutama bagi pelajar sekolah rendah.



Sekiranya anda seorang pelajar dan mempunyai masalah fokus, sila cari jalan penyelesaiannya. Bertindak sebelum terlambat. Ingin Tingkatkan Fokus Anda Dengan Vitamin Shaklee? Jom hubungi saya sekarang pm/wassap 011-37008943. Terima kasih





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.






Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit





Sunday, October 26, 2014

10 Cara Hebat Untuk Fokus Di Dalam Kelas

Assalamualaikum..

Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas? Jadi, WS ingin berkongsi 10 cara hebat memaksimakan fokus anda ketika di dalam kelas. Jom!
  
1. Set Niat:
     Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2. “Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.

3. Catat Nota:
      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.

4. Kawal Pernafasan:
      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan:
      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.

6. “Refresh” Visual:
      Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.

7. Gerakkan Badan:
      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8. Minum Air:
      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:
      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

10. Teknik Herotan
     Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!

Sumber dari warkahsiber.blogspot.com


Sumber Google




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit