Tuesday, October 7, 2014

Percutian Idaman Saya-Part 2

Assalamualaikum semua

Cabaran hari kedua berblog dengan tajuk yang berjudul Percutian Idaman Saya. Dah nama percutian mestilah nak pergi dengan yang tersayang kan? Sebenarnya banyak sangat benda yang nak dicoretkan di sini (chewah tetiber) tapi saya hanya akan 'highlight' 3 pilihan utama. Jom ikut saya...

#Pilihan 1: Mekah

Rasa-rasanya semua orang yang mengaku dirinya Islam teringin sangat nak menjejakkan kaki ke sini kan? At least sekali seumur hidup pun jadilah. Bagi mereka yang telah sampai ke sini pun seperti terpanggil untuk kembali lagi. Apatah bagi mereka yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah. Saya lah salah seorang daripadanya. Berharap sangat-sangat agar satu hari nanti saya terpilih sebagai tetamuNya. Amin


Sumber Google


#Pilihan 2:Pulau Phuket

Tapi kenapa Pulau Phuket? Macam nak pergi rumah jiran sebelah jer. Pada saya tarikan utama di Pulau Phuket mestilah Pulau James Bond. Tempat itu dinamakan sedemikian rupa kerana pulau tersebut pernah digunakan dalam pembikinan salah satu filem James Bond. Gua batu kapur yang berada di sekeliling sangat unik dan tersendiri strukturnya. Sambil tu bolehlah singgah ke Pulau Panak, Pulau Hong dan sebagainya. Selain itu di Pulau Phuket juga terkenal dengan aktiviti 'Elephant Ride'. Teringin nak naik gajah hehehe semua ni gara-gara duk tengok program tv 'Amazing Race'. Selain itu bolehlah melawat tempat-tempat yang best seperti Siam Niramat, Bang Pae Water Fall, Phuket FantaSea, Kata View Point dan macam-macam lagilah.


Sumber Google


#Pilihan 3:Netherlands

Amboi3 tinggi melangit punya impian ni. Saya dah lama berangan nak travel ke Netherlands (Belanda) dari sekolah rendah lagi. Kecik-kecik dah pandai berangan hihihi tapi sebenarnya saya pernah membaca satu novel yang bertajuk 'Aku Anak Timur' dah lupa nama pengarangnya yang menceritakan pengalaman seorang remaja perempuan yang pergi melawat ke tempat-tempat menarik di Netherlands bersama keluarganya. Ceritanya digarap dengan penuh kemas sekali hinggakan saya boleh membayangkan betapa seronoknya menghayati pesta tulip di sepanjang musim bunga di Keukenhof, melawat universiti tertua negara tersebut yang terletak di Leiden, melihat kincir angin di perkampungan, menyelusuri terusan di sekitar Amsterdam dan banyakkk lagi. Bila dah pandai surf internet, barulah dapat tengok bagaimana keadaan sebenar tempat-tempat yang saya sebutkan tadi. Subhanallah...cantik sangat..meronta-ronta nak pergi.



Sumber Google

Ada rezeki insyaAllah saya akan pergi jua. Doakan saya ya. Tapi sebelum tu enjoy the pictures!!! 




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit





2 comments:

Mak Jemah Jual Vitamin said...

cantik betul netherland tu antara impian saya jugak...

Aida Doterali said...

kann?? ada rezki insyaAllah boleh pergi :)