Wednesday, October 22, 2014

Pengalaman Pertama Kali Menjejakkan Kaki Ke...

Assalamualaikum semua

Saya ni kan nama je SID (Shaklee Independent Distributor) tapi tak pernah pun jejak kaki di cawangan Shaklee yang berdekatan. Kalau nak beli barang biasanya saya order online, boleh usha dengan mak upline saya yang comey lote tu atau mintak tolong suami. Nak dijadikan cerita baru-baru ini saya telah dapat meluangkan masa pergi ke Branch Shaklee Sri Rampai. Kiranya ini first timelah.




Selepas ambil nombor (yang guna sistem macam bank tu) dan sementara menunggu giliran, mata start melilau keadaan sekeliling. Rata-rata yang tengah menunggu nombor mereka dipanggil sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang leka dengan laptopnya, ada yang tengah menekan-nekan kalkulator (tengah kira bonus barangkali) ada yang tengah memborong barang hingga berkotak-kotak banyaknya. Wow larat ke nak angkut semua tu kak oii? Memang gagah dan gigih sekali akak tu *Angkat topi*  

Sampai jer giliran saya, borang pesanan yang telah siap diisi diberikan kepada staf yang bertugas di kaunter. Selepas menyemak beberapa maklumat yang diberi, staf tersebut menyebut harga barang disertai dengan senyuman dan 'eye contact'. Saya yang agak blur membalas senyuman sambil berkata, 
'Bayar sekarang ke?'
'Ye betul. U first time datang sini aa?'
'A ah' tersenyum kelat *Blushing* 

Selepas membuat bayaran tersebut, sekali lagi nombor giliran diambil. Kali ini tunggu giliran untuk ambil barang pula. Selepas nombor saya dipanggil dan menyemak beberapa maklumat, akhir sekali dapatlah barang yang saya order tu. Sibbaik takde apa yang silap.



Dengan sistem yang teratur dan staf yang mesra pelanggan, semua urusan dapat diselesaikan dengan segera. Suasana di sekeliling pun bersih dan selesa ditambah dengan dekorasi yang simple tapi praktikal. Terdapat juga ruang pameran yang dikhaskan untuk sebahagian produk Shaklee yang terpilih. Oklah, next time saya akan kongsikan produk apakah yang saya telah beli ketika mengunjungi Shaklee Cawangan Sri Rampai buat kali pertama InsyaAllah...

p/s: Alamat penuh Shaklee Cawangan Sri Rampai
No. 32, Jln Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 
53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027







Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments: