Showing posts with label Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate. Show all posts
Showing posts with label Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate. Show all posts

Friday, January 23, 2015

12 Petua Cuci Pakaian Terkena Kotoran-Guna Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate Pun Boleh

Assalamualaikum semua

Kak Senah, Kak Temah dan semua akak-akak di luar sana sila beri perhatian. Kak Bedah nak bagi tarbiyah sikit bab mencuci pakaian. Sebagai mak-mak biasanya kita akan uruskan dari awal hingga akhir bab-bab laundry. Start dari proses membasuh, menyidai, melipat, hinggalah menyerika dan menyimpan pakaian.  

Memang takkan pernah habis. Kalau miss satu hari proses melipat kain baju (contoh), kau terimalah akibatnya esok hari. Pukul 11, 12 malam orang lain tercari-cari bantal nak tidur. Kita pulak tercongok depan bakul pakaian sebab nak melipat kain baju punyer pasal.

Apa penyebab kita spend banyak masa kat kain baju kita ni? Antara punca yang paling femes bagi Kak Senah adalah terpaksa memberus baju sekolah anaknya agar sentiasa putih berseri macam hari pertama ke sekolah. Maklumlah suri rumah sepenuh masa. Nanti karang malu plak kalau orang tegur baju sekolah anak macam mak bz kat opis 24 jam kikiki.

Kak Temah kita pulak pening dengan gelagat anak-anak lelakinya yang tengah membesar. Paham-paham ajerlah kalau mereka join main bola sepak di padang. Habis semua baju, seluar dan kasut bermandi lumpur. Kalau hari-hari macam ni kena heart attack Kak Temah kita yang sorang ni. Kesian kesian kesian.

Kenapa kita perlu bersusah payah habiskan masa kita pada benda yang remeh-temeh ni? Kenapa2? Banyaaakkkkk lagi benda penting yang perlu dibereskan. Jom kita hantar p dobi jer nak?. Alamak bajet larilah beb. Y not kita cuba pencuci yang boleh meringankan beban kita yang dah bertahun kita galas nih? Pernah dengar produk Basic H Shaklee? Antara produk yang paling tip top dan laris di pasaran.

Selain Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate, Set Home Care-Get Clean Shaklee terdiri daripada:
  • Fresh Laundry Concentrate (Serbuk)
  • Soft Fabric Concentrate
  • Dish Wash Concentrate 

Ermm betul ker boleh memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Kak Senah dan Kak Temah kita? Acu try tengok gambar kat bawah tuh. Macam menjadi jerr, macam nak kena try sebotol dua jerr. Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti nak guna selalu. Mana pulak nak cari barang ni? Kat Giant takder kak. Meh order dengan saya meh. Boleh pm/wassap Aida di talian 011-37008943. Harga berbaloi sangat, siapa lambat melepas.

Kalau tetiber Basic H dah out of stock macam mana? Mehler Kak Bedah belanjer 12 Petua Cuci Pakaian Terkena Kotoran. At least takdelah akak-akak mengigau sidai kain tengah-tengah malam.


         (Sumber Google) Semoga murah rezki kepada tuan punya gambar, saya tumpang share kat sini yer TQ.



12 Petua Cuci Pakaian Terkena Kotoran
Petua menghilangkan pelbagai jenis noda yg terkena pada pakaian :
1. Petua Membersihkan Pakaian Terkena Cat
- Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

2. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Karat
- Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.
3. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Minyak
- Kesan tompokan minyak pada pakaian terutama berwarna putih memang sukar dihilangkan. Penggunaan bahan peluntur boleh memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak masih tidak hilang. Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit margerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.
4. Petua Menghilangkan kesan dakwat .
- Memang sukar menghilangkan kesan dakwat pada pakaian jika anda tidak tahu cara yang betul membersikannya. Cuba mana-mana petua ini untuk menanggalkan kesan degil dakwat pada pakaian.
a) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
b) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
c) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian tenyeh2 dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
d) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.
5. Petua Menghilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian
- Pakaian yang bertahi lalat memang sukar untuk dibersihkan dengan sabun atau detergen pencuci pakaian. Jangan putus asa. Sebelum anda buang pakaian tersebut, cuba dulu petua ini.
- Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
6. Petua Menghilangkan Gam Kuat ( Brand gajah dll )
- Petua ni saya dah praktikkan sendiri dan ianya berhasil. beli tinner di kedai hardware. kemudian basahkan baju yg terkena gam tadi kemudian tenyeh2 berulang kali hingga kesan gam itu hilang. buat berulang2 kali hingga kesan itu betul2 hilang.
7. Petua menghilangkan kesan darah pada pakaian
- Basahkan pakaian yg terkena darah kemudian letak garam halus banyak2 kemudian tenyeh hinga kesan itu hilang
* rendam dengan air coca cola
* sapukan dengan sabun mandi ketul/cair kemudian tenyeh hingga kesan darah hilang
8. Petua menghilangkan kesan peluh di kolar ataupun lengan baju
- Tenyeh dengan syamphoo ataupun sabun mandi ketul kemudian berus pelan2 hingga kesan hilang.
9. petua menghilangkan lunturan di baju berwarna.
- Didihkan air di dalam periuk dengan detergen dan perahan air limau nipis kemudian masukkan pakaian yg terkena luntur.
* rendam dengan air dan cuka makan
10. petua menghilangkan kesan chewing gum pada pakaian
- Letak tinner pada pakaian yg terkena chewing gum td kemudian tenyeh2 hingga kesan td hilang
* tenyeh dengan ketul ais kemudian kikis keluar pelan2 kemudian bakinya tenyeh dgn minyak masak hingga benar2 hilang ( letak di frezeer dlm 30 menit pun blh jg )
11. petua menghilangkan getah pisang pada pakaian
- Tenyeh dengan kapur makan biarkan sekejab kemudian basuh seperti biasa bersama detergen.
12. Petua menghilangkan kesan kopi/teh pada pakaian
- Rendam dengan air hangat dan detergen dan perahan limau nipis dan letakkan juga sedikit baking powder.

Sumber dari FB Page Pakej Dobi Coin & Kursus Dobi





My future laundry section lalalala (Sumber Google)





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Wednesday, December 24, 2014

Basic H Shaklee Memudahkan Kerja Rumah Paling Menyampah Nak Buat

Assalamualaikum semua...

Dalam banyak-banyak kerja rumah, yang mana satukah paling menyampah nak buat?
a) lipat kain
b) buang sarang labah-labah
c) cuci bilik air

Personally, cuci bilik air antara senarai kerja rumah yang amat menyampah akak nak buat. Menyampah sebab cuci bilik air ni antara rutin yang mesti dilakukan paling tidak seminggu sekali. Penat tau penat. Tapi... nak tanak terpaksalah jugak akak menyental, memberus, mengonyoh (gonyoh=gosok dengan kuat, in case ada yang tak tau). Sibbaiklah bilik air tu kecik jer kan? Kalau besar gedabak boleh patah pinggang dibuatnya.

Menyampah punya pasal, harini saya nak berkongsi antara pengalaman pengguna Basic H Shaklee. Pengguna tersebut telah mencuba produk Basic H Shaklee dalam mencuci bilik air di kediamannya. Walaupun beliau telah menggunakan Basic H Shaklee, tak bermakna hanya tiup-tiup sembur-sembur dah bersih bilik air tu yer. Still kena menyental, memberus, mengonyoh jubin-jubin dengan gigih gitu.

Tapi kan tapi kan masa yang diperlukan untuk membersihkan bilik air tersebut ternyata lebih pantas jika dibandingkan guna sabun biasa. Kotoran-kotoran degil juga berjaya dibersihkan dengan mudah. Beliau telah menggunakan dalam beberapa titik Basic H Shaklee dan dicampurkan ke dalam baldi kecil yang berisi air. Campuran tersebut telah digunakan untuk memberus jubin-jubin tersebut. Kemudian, bolehlah dibilas dengan air paip.




Basic H Shaklee adalah produk mesra alam dek kerana sumber kandungannya yang diekstrak daripada jagung dan kelapa. Selain itu, 

Basic H Shaklee Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin


Kagum tak kagum tak? Selain cuci bilik air, apa lagi yer fungsi Basic H Shaklee? Klik kat sini. Anda pasti akan lebih kagum. Jadi percaya tak kalau akak kata Basic H Shaklee Memudahkan Kerja Rumah Paling Menyampah Nak Buat? Kalau masih tak percaya meh order barang sebotol dua. Dapatkan segera dengan menghubungi saya sekarang. Boleh pm fb/wassap di 011-37008943.Terima kasih.







Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Thursday, November 13, 2014

8 Bahan 'Magik' Kilatkan Periuk!

Jamuan bersilih ganti. Masak setiap hari. Kuali pun dah naik legam. Jika anda ingin putihkan pandangan anda terhadap kuali yang melekat di dinding, kami ada rahsianya. Tak perlu produk mahal pun!





Serbuk Soda
Bukan mudah untuk menanggalkan kesan hangus pada dalam atau luar periuk. Jika disental kuat, akan terhakis pula. Memasukkan sedikit serbuk soda bersama air dan dibiar semalaman membantu menanggalkan kesan hangus pada periuk. Anda tidak perlu menyental periuk anda lagi.




Air Cola
Ini mungkin berita baik buat anda yang gemar membuat karamel atau gula hangus. Masalah gula hangus yang melekat pada periuk dapat diatasi dengan menuang sedikit air cola. Hal ini kerana air cola bersifat asidik yang tinggi dan bayangkan bagaimana ia boleh merosakkan gigi anda pula.




Krim Tartar
Biasanya, anda menggunakan krim tartar untuk menghasilkan kek yang gebu dan kembang. Sebenarnya, kandungan potasium hidroxide dan asid tartar mampu membantu membersihkan kuali dengan lebih mudah. Anda hanya perlu rendam bersama air semalaman di dalam periuk yang mahu dibersihkan.



Garam & Limau
Biarkan gabungan dua bahan ini bersatu untuk beberapa minit di dalam bekas yang ingin anda bersihkan. Bukan saja mampu menanggalkan kesan hangus tetapi mampu membuang minyak yang sukar dibersihkan.




Garam
Didihkan air bersama garam untuk menanggalkan kesan masakan yang hangus melekat pada kuali. Kemudian gosok menggunakan senduk kayu. Jika kurang berjaya, biarkan untuk beberapa jam. Kekotoran degil akan tertanggal dengan sendiri.





Sos Tomato

Memandangkan sos tomato bersifat asidik semulajadi, ia boleh membantu menanggalkan kesan hangus apabila anda memasak. Tidak kisah sama ada tomato di dalam tin ataupun tomato segar yang dihancur, biarkan semalaman dan ia serba sedikit membantu.



Cuka
Cuka mengandungi asid asetik yang mampu membantu menghapuskan makanan hangus yang melekat pada kuali. Tuang cuka bersama air dan didihkan untuk beberapa minit. Ia bukan saja menanggalkan kesan degil tetapi jika anda didih tanpa menutup periuk, cuka akan bertindak sebagai penyahbau di dalam rumah anda! Menarik bukan?

Mengapa perlu bersusah-payah membeli produk yang mahal-mahal sehingga boleh memberi kesan kasar pada tapak tangan? Kami percaya bahan di atas mudah didapati dari rumah anda. Yang penting, ia lebih mesra alam dan tak perlu modal banyak.

Sumber dari sdkeluarga.karangkraf.com

p/s: Semua gambar dari Google


Eh kata 8, mana lagi satu bahan 'magik' kilatkan periuk? Opss tak boleh claim magik2 ni. Sensitip. Nilah nak habaq mai. Pernah lihat produk Basic H? Lihat saja tak jadi kak oi. Kena guna sendiri baru tahu best atau sangat best. Produk yang pernah dilanda kontroversi ini diekstrak daripada jagung dan kelapa. Jagung dan kelapa? Biar betul? Betuull. Sesuai sangat dengan tagline Shaklee 'sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi'. 

Cara penggunaan produk ini bagi mencuci periuk belanga ialah 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam. Panduan ini untuk dapatkan hasil yang terbaik tapi kalau guna air paip biasa pon boleh ajer. Maklumlah time kenduri kendara, mana sempat nak buat semua kan. Lagi satu produk Basic H ada banyaaakk kegunaan yang lain. Untuk keterangan lanjut, anda boleh rujuk di link ini. 

Sesiapa yang nak order macam biasalah, boleh hubungi saya pm fb/wassap 011-37008943 dengan segera. Terima kasih 







Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Wednesday, November 12, 2014

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Hanya Dengan Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!


Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah

  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.



Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah

  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)


Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga
1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin
1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai
1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam


Tahukah Anda?

  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.


Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain 
Keunikan Shaklee

Selamat

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan

  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.


Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan





Copy paste from wwww.shaklee.com.my






Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Saturday, June 28, 2014

Dengan Set Home Care-Get Clean Shaklee Semua Kerja Rumah Ditanggung Beres

Assalamualaikum semua...Tengah buat apa tu? Kalau kat ofis mesti tengah sibuk dengan tugasan kerja. Kalau kat rumah mestilah tengah kemas rumah atau melayan kerenah anak kan? Ai yang tanya ai yang jawab. Bagus. Harini nak bagi 'lecture' perihal tugas si isteri di rumah.

Sebagai seorang isteri, kerja rumah tu memang dah sinonim dengan kita. Tak sikit banyak perlu dibereskan. Mana nak masak, kemas rumah, kain baju yang tak terbasuh lagi. Tu baru tajuk besar dia. Kalau nak lebih spesifik, contohnya tugasan memasak termasuklah siang ikan, basuh ikan, perap ikan, goreng ikan pastu kupas bawang, potong bawang, blend bawang ktungktangktungktang badan pun berbau ikan dengan bawang. Baru sentuh bab masak sikit belum masuk bab kemas rumah.

Senarai panjang sesak nafas nak taip semua. Macam-macamlah nak kena buat, sapu sampah, vakum karpet, lap tingkap, mop lantai blablayadayada uikss tak abis senah oii. Lebih-lebih lagi time ada buat makan-makan, kenduri kawen dan sebagainya. Tapi jangan lupa pahala pun berlipatganda tau. Cuma tulah kalau ada pembantu rumah kan best bolehlah tolong bereskan mana-mana yang patut (sambil 'imagine' ada bibik).

Cakap pasal pembantu, hari ini saya nak memperkenalkan satu set produk Shaklee yang diberi nama Home Care-Get Clean. Eh ini bukan supplement yang oii. Ini 'home care' produk. Pendek kata boleh membantu kita dalam kerja-kerja rumah tapi masih menggunakan kudrat tulang empat kerat ni. Sob sob

Set Home Care-Get Clean Shaklee terdiri daripada:
  • Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
  • Fresh Laundry Concentrate (Serbuk)
  • Soft Fabric Concentrate
  • Dish Wash Concentrate 

Sumber Google


Set Home Care-Get Clean ini boleh dibeli satu set atau pun berasingan. Bergantung pada bajet masing-masing. Bagi mereka yang ada anak kecil sangat-sangat disarankan menggunakan produk ini. Maklumlah budak kecil mana tahu bezakan bersih ke tidak. Yang dia tahu nak main, jilat lantai pastu masukkan barang dalam mulut iskh2 bahaya.

Walaupun rumah kita nampak bersih pada hakikatnya belum tentu selamat dari bahan kimia berbahaya. Di sinilah Set Home Care-Get Clean dapat membantu anda. Hal ini kerana Set Home Care-Get Clean diperbuat daripada ramuan semulajadi. Malah jika dibandingkan dengan produk pencuci yang berada di pasaran jauh lebih selamat kerana kandungannya yang mesra alam, iaitu:
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • pH seimbang
Korang janganlah pulak buat air minum, mentang-mentanglah ramuan semulajadi tetibe ter'overdose' pandai pulak kan? Agak-agak la. Bagi yang berani mencuba, anda boleh 'explore' pelbagai kegunaan produk ini terutama sekali produk Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate. Diulangi sekali lagi bagi mereka yang berani jer. Berani buat berani tanggung gitu. Jom tengok antara eksperimen yang pernah dibuat dengan menggunakan produk Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate. 

Sebagai bahan pencuci

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas
credit to mamaqaireen.blogspot.com

Ketika kecemasan

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2.
Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3.
Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4.
Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5.
Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6.
Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7.
Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8.
Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9.
Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
credit to mamaqaireen.blogspot.com


Testimoni pilihan-biar gambar berbicara

Sumber Google

Taraaa...wahh bolehlah menyental dengan senyuman lepas ni kan?? Takdelah seksa sangat nak menyental periuk belanga time kenduri-kendara nanti. Kalau tak percaya meh order sekarang dan cuba sendiri. Sekarang anda tak perlu ada bibik lagi tapi kalau ada pun bagus juga biar bibik yang sentalkan hehehe. Sekarang semua kerja rumah ditanggung beres dengan Set Home Care-Get Clean Shaklee. Dapatkan segera dengan menghubungi saya sekarang. Boleh pm fb/wassap di 011-37008943 dengan kadar segera zasss Terima kasih.



Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit