Assalamualaikum..
Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas? Jadi, WS ingin berkongsi 10 cara hebat memaksimakan fokus anda ketika di dalam kelas. Jom!
Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas? Jadi, WS ingin berkongsi 10 cara hebat memaksimakan fokus anda ketika di dalam kelas. Jom!
1. Set Niat:
Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.
2. “Preview” Topik:
Kelonggaran fokus lazimnya berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.
3. Catat Nota:
Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.
4. Kawal Pernafasan:
Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.
5. Postur Badan:
Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.
6. “Refresh” Visual:
Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.
7. Gerakkan Badan:
Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.
8. Minum Air:
90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.
9. Cukup Tidur:
Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.
10. Teknik Herotan:
Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!
Sumber dari warkahsiber.blogspot.com
Sumber Google
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment