Wednesday, October 8, 2014

Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya-Part 3

Assalamualaikum semua

Ada ke yang masih ternanti-nanti apakah tugasan saya seterusnya? Kalau ada terima kasih banyak-banyak ye. Kalau takde takpe, cabaran akan tetap diteruskan. Chaiyok! Chaiyok! Tanpa membuang masa, tugasan seterusnya adalah sepeti tajuk di atas, Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya. Haaa? Apa yang ada dalam handbag saya? Waduhhh kok mau dibagi tau? Oklah since dah jadi tugasan meh kita terjah apa yang ada dalam beg saya.





Purse-Dalam ni ada duit, kad-kad penting seperti i/c saya dan anak, kad ATM, kad nikah, kad Jusco dan pelbagai jenis kad lagi. Resit-resit pun banyak. Saya jenis yang suka purse yang comey2 macam ada ribbon, gambar bunga, vibrant color dan banyak lagi. Saja feeling2 muda remaja gittew dan yang paling penting harganya murah dan boleh beli selalu hehehe.

Beg mekap-Sebenarnya saya ni jahil bab mekap tapi kalau setakat yang basic tu bolehlah...kot. Dalam beg tu mesti ada bedak, lipstik, perfume botol kecil and a few stuff. Kalau rajin baru tenyeh apa yang patut tapi kalau malas memang apa pun tak pakai. Beg ni juga ada tiger balm, handy plast dan minyak angin. Boleh guna time emergency.

Beg syiling-Dah nama beg syiling dalam tu penuh dengan kepingan syiling jelah. Nak huraikan macam mana lagi yer? Ada duit 10 sen, 20 sen blablabla...

Beg aksesori-Beg pemberian anak saudara saya ni saya sumbat segala jenis kerongsang dan getah rambut. Tapi yang peliknya, kenapa asyik susut je barang kat dalam tu? Tak tau pergi mana. Kerongsang dengan getah rambut ni memang ada kaki ker? Asyik terpaksa topup yang baru ajer (eleh alasan :p)

Buku magic-Dipanggil buku magic sebab 3 dalam satu. Ada buku nota + calculator+pen. Ni souvenir dari Jom Hebat Mega 2014 yang telah diadakan pada bulan Mac 2014 bertempat di Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi, Selangor. Jom Hebat Mega merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan oleh group Shaklee di bawah nama iReach. So saper-saper yang nak join iReach famili boleh contact saya yer hehehe sempat lagi tu.

Sampul duit raya-Sampul ini saya buat isi duit sebagai pemberian ketika majlis kahwin, melawat orang sakit, melawat orang baru bersalin dan macam-macam lagi. Saya suka guna sampul instead of bagi 'togel' macam tu jer. Oh ya sampul-sampul ni saya rembat anak saya punya.

Iphone & Samsung cap ayam-Saya pakai dua number sebab apa yer? Sebab yang Samsung tu tak boleh nak wassap/surf internet. Lagipun kawan-kawan lama memang saya tak update number baru hehehe bertuah punya kawan. Yang Iphone pulak saya tak beli, ada orang bagi. So pakai jelah ececece bertuah badan. FYI, saya ambil gambar dari Iphone suami ;)

Thumb drive- Memang selalu ada dalam beg walaupun tak guna sangat. Tapi kadang-kadang kalau hilang dari pandangan atau tiba-tiba tak jumpa memang 'gabra' habis sebab banyak file penting dalam tu.

Kunci- Segala mak nenek kunci ada. Kunci rumah saja dah 3 hehehe.

  
Itu jelah yang ada dalam beg saya. Yang sampah sarap tu tak payahlah nak tunjuk kan hehehe. So berakhirlah tugasan Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya-Part 3. So what's next? Eh kenalah tungguuu...





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments: