Sunday, October 12, 2014

Restoren Kegemaran Saya-Part 6

Assalamualaikum semua 

Dah makan? Makan kat mana? Jangan ada yang confuse yer. Saya masih lagi jual suplemen Shaklee. Kalau ada yang interested boleh pm fb/wassap 011-37008943 macam biasa. Sebenarnya saya masih dalam cabaran berblog sebanyak 7 entri. Restoren Kegemaran Saya merupakan tajuk tugasan yang keenam. Nak tahu restoren yang mana satu menjadi pilihan saya? Ikuti butiran yang selanjutnya.

Antara makanan kegemaran saya dan suami adalah chinese food tapi yang muslimlah. Dalam banyak-banyak tempat makan yang menawarkan masakan cina muslim, ada satu restoren terletak di Bandar Puteri Puchong yang diberi nama Restoran Mohd Adam Ali memang terbaikkk.



Sumber dari my.openrice.com 

Menu yang menjadi dambaan kami sekeluarga adalah Siakap Kukus Masak Asam. Aduhai...tetiber teringat lah pulak. Banyak lagi menu menarik yang ingin kami kongsikan tapi kan tapi kan setiap kali singgah makan kat sini, itulah juadah wajib yang akan kami pesan selain Udang Mentega Rangup. Menu lain pun sedap jugak tapi takdelah sampai mengigau nak makan.

Apa yang best sangat sangat sangat pasal Siakap Kukus Masak Asam ni yer? Kuahnya kah? Ikannya kah? Pada saya kuah menu ini sangat sedap hingga menjilat jari. Rasanya yang agak masam-masam tetapi diseimbangkan dengan sedikit pedas dan sedikit manis amat membuka selera saya. Ermm macam mana nak terangkan? Senang citer, anda cubalah sendiri.


Lauk kegemaran saya yang tengah tu yer (Sumber dari www2.hmetro.com.my )


Walaupun hiasan kedai ini simple jer tapi antara kemudahan yang terdapat kat sini ialah bilik kecil untuk solat. Wah bagus kan? Sambil tunggu order siap, bolehlah solat jika dah masuk waktu. Lagipun tiada surau atau masjid kelihatan di kawasan berhampiran mungkin ada tapi kami tak perasan.

Kalau dah bercerita tempat makan, tak sahlah kalau tak sertakan lokasi kedainya sekali kan? Kepada mereka yang berminat untuk singgah dan menikmati hidangan masakan cina muslim di restoran ini, sila rujuk kepada alamat dan peta seperti yang tertera di bawah. Selamat menjamu selera uolls!!!



74, Jalan Puteri 5/1, 
Bandar Puteri, Puchong, 
Selangor, Malaysia  
Sumber dari restoranmohdadamali.wordpress.com




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments: