Wednesday, October 15, 2014

10 Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang & Ketahui Bahaya Makan Jering

MUNGKIN info ini ada yang sudah tahu, namun untuk yang belum tahu sila baca dan sayangilah 'Buah Pinggang anda'. 



'Kapit jering' akibatkan kegagalan buah pinggang

AMARAN kepada penggemar buah jering! Memakan buah itu secara berlebihan boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.


Ketua Unit Nefrologi, Jabatan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr. Sukeri Muhamad berkata, keadaan yang dikenali masyarakat tempatan sebagai 'kapit jering' itu berlaku apabila seseorang memakan buah jering mentah dalam kuantiti banyak.

Katanya, individu yang sihat mungkin mendapati buah pinggang mereka terpaksa dirawat menggunakan kaedah dialisis akibat daripada memakan buah jering secara berlebihan.

"Saya belum pernah tengok kes ia (buah jering) mengakibatkan buah pinggang menjadi rosak terus, tetapi biasanya buah pinggang individu yang terkena 'kapit jering' akan berhenti berfungsi sehingga seminggu lamanya.



BOLEH makan tapi jangan berlebihan...

"Jering boleh dimakan tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak, namun bagi pesakit buah pinggang kronik kita tidak galakkan langsung memakan jering," katanya ketika ditemui pada Forum Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Ke-9.


Beliau berkata, individu yang tiba-tiba mengalami air kencing berdarah, tidak kencing langsung dan sakit perut berpanjangan mestilah memberitahu pihak hospital sekiranya mereka telah memakan jering bagi memastikan rawatan diberi adalah tepat.

"Jika tidak dimaklumkan, mungkin doktor akan tersilap membuat diagnosis seperti menjangka mereka mengalami masalah apendiks," katanya.

'Djengkolic acid'  dalam buah jering bahaya untuk buah pinggang.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah NKF, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher berkata, risiko 'kapit jering' berlaku kerana sejenis asid dipanggil 'djengkolic acid' dalam buah jering.

Beliau yang merupakan pakar perunding buah pinggang terkemuka negara berkata, kandungan asid tersebut boleh dikurangkan melalui kaedah merebus buah jering sehingga masak.

"Asid inilah yang merosakkan buah pinggang buat sementara, kalau direbus betul-betul, risiko 'kapit jering' dapat dikurangkan," nasihatnya.

Lebih 300 hadirin terdiri daripada pesakit, keluarga dan pengusaha pusat dialisis hadir pada program itu yang julung kalinya diadakan di negeri ini.

Forum itu membincangkan peranan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi bantuan kewangan serta peluang pekerjaan kepada pesakit buah pinggang.




KETAHUI 10 TANDA AWAL MENGHIDAP PENYAKIT BUAH PINGGANG:

Tidak ramai yang mengetahui apakah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang. Mari ketahui apakah tanda-tanda simptom tersebut.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. 

Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang untuk dikongsikan di bawah :

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Keletihan melampau sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.-ALAMCYBER2020-

Sumber artikel dan gambar dari alamcyber.blogspot.com 






Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : 
Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit







No comments: