Saturday, October 11, 2014

Homemade Resepi - Part 5

Assalamualaikum semua

Sempena tajuk tugasan di atas iaitu Homemade Resepi, harini saya nak berkongsi resepi paling 'sempoi' dan sangat bajet tapi 'wallah' serta sedap (pada anak tekak saya lah). Cucur nasi ikan bilis tulah tajuk besar dia. Apa yang istimewa sangat ye?

Biasanya nasi lebihan semalam janganlah dibuang. Tak baik membazir kan? Barang-barang makin mahal sekarang so gunakanlah sumber yang ada sebaik-baiknya. Cucur nasi ikan bilis sama jer dengan cucur ikan bilis yang biasa cuma perlu ditambah nasi. Bahan-bahan pun yang simple je. Meh saya kongsikan resepinya.

Resepi Cucur Nasi Ikan Bilis

Bahan-bahan:
Nasi
Tepung gandum
Bawang besar -dipotong halus
Cili besar-dipotong halus
Ikan bilis
Telur sebiji
Air suam
Garam

Cara penyediaan:
Nasi perlu dikisar terlebih dahulu. Masukkan nasi dan air suam ke dalam blender. Kisar hingga lumat macam nasi budak baru belajar nak makan. Lepas itu, campurkan bahan-bahan yang dipotong dan ikan bilis ke dalam adunan nasi. Kacau hingga sebati kemudian tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Masukkan telur dan garam beserta dengan air suam mengikut kesesuaian. Jangan lembik sangat dan jangan keras sangat. Just nice. Lepas tu sedia untuk digoreng. 

Kuantiti bahan-bahan boleh disesuaikan dengan selera masing-masing. Pendek kata, tepuk dada tanya selera. Satu kelebihan cucur nasi ikan bilis ialah still lembut walaupun dah sejuk. Takdelah liat macam tayar basikal hehhe. Tapi saya lagi suka makan masa panas-panas, cicah sos cili lawan pulak dengan teh O panas. Mak aii kejap jer licin. So ingat yer, nasi yang lebih tu jangan dibuang, boleh jadikan bahan untuk resepi cucur nasi ikan bilis. Selamat mencuba!



Sedia untuk dimakan





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments: