Showing posts with label Carotomax. Show all posts
Showing posts with label Carotomax. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Vitamin Untuk Rambut Yang Cantik Dan Sihat Macam Artis Bollywood

Assalamualaikum semua

Amboih tajuk, kalau muka dah memang Jawa takde maknenye tetiber nak bertuko jadi macam artis Bollywood. Tapi harini tak nak cakap pasal paras rupa. Nak cakap pasal rambut. Rambut boleh transfrom dari keras kejung jadi lembut beralun kalau kena caranya.

Cuba tengok artis-artis Bollywood, akak memang kagum sangat dengan rambut mereka ni dik oi. Patutlah jadi pujaan ramai. Cantik bebenor. Tak puas mata memandang. Sape-sape nak rambut sihat bersinar macam Ashwarya Rai meh tengok suplemen apa yang Shaklee sarankan. Ashwarya Rai sangat kan eja nama pun betul ke tidak.

Dah nama heroin mana2 p rambut sentiasa ditiup angin kikiki (Sumber Google)

Saranan dari Shaklee

Produk pertama yang akak nak citer, Carotomax namanya. Produk yang kaya denga alpha dan beta carotene bukan sahaja bagus untuk mata. Tapi turut membantu melembapkan permukaan kulit kepala dan melembapkan rambut. Jadi rambut akan dilindungi dari kekeringan. Takdelah rambut kusut-masai bagai Kak Limah kita tu. Horror kan especially die start nyanyi lagu enjit-enjit semut huhu. Try letak Ashwarya Rai confirm akak tak lari dik.

Ada tak antara adik-adik sekalian yang dah beruban? Muda-muda lagi dah beruban. Apa taknya kalau asyik stres memanjang. Beruban di usia muda, rambut gugur dan kelemumur antara kesan yang berlaku disebabkan stres. Di sinilah B-Complex aka suplemen anti-stres memainkan peranan penting. Bukan hanya mampu memperbaiki masalah kulit kepala, malah masalah-masalah yang akak mention tadi boleh diatasi insyaAllah. Jangan stres-stres tau tak bagus untuk kesihatan.

Selain B-Complex, Vitamin C  juga boleh membantu dalam mengurangkan masalah rambut gugur. Ini kerana Vitamin C berupaya menggalakkan pengeluaran tirosin yg berperanan menguatkan akar rambut. Tirosin ni apa? 'Tyrosine adalah salah satu asid amino , yang menjadi blok binaan protein . Badan membuat tyrosine dari lain asid amino dipanggil phenylalanine . Tyrosine juga boleh dijumpai dalam produk tenusu , daging , ikan , telur , kacang , oat , dan gandum.'- Sumber dari www.webmd.com. Google translate sangat kann...Banyak tau manfaat Vitamin C ni. Boleh baca kat sini kalau nak tahu lebih lanjut.

Lagi satu produk yang confirm akan tersenarai dalam bab-bab kecantikan adalah tak lain tak bukan Vitamin E.  Vitamin E banyak membantu dalam melancarkan peredaran darah di kulit kepala. Bila kulit kepala kita sihat, ia akan dapat menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Bila akar rambut kita sihat, susah nak gugur dan dapat mengelakkan dari tragedi botak. Nampak tak permainan Vitamin E kat situ? Nampak? Excellent! 

Last sekali nak tahu tak suplemen yang boleh menjaga dan memperbaiki tekstur rambut? Jeng jeng jeng...GLA Complex. Kenapa? Tak percaya? Jangan ingat GLA Complex ini untuk wanita je tau, lelaki pon boleh consume. Nanti jangan jeles kalau abang-abang sado kita berimej rambut lembut beralun. Terasa tercabar pulak tetiber. Nak tahu Perbezaan GLA Complex Shaklee Dengan Produk GLA Lain Di Pasaran? Klik sini okeh.

Suplemen ni semua untuk kesihatan rambut dari dalam. Untuk luaran pula anda juga boleh memiliki syampu dan conditioner yang sesuai dengan masalah rambut anda. Untuk keterangan selebihnya, sila klik link 10 Tips Rahsia Rambut Sihat - Rahsia Rambut Sihat Dengan Produk Penjagaan Rambut ProSanté Shaklee. 

Dari Bollywood dah sampai masa kita kembali ke Greenwood, Malaysia. Berminat nak consume Vitamin Untuk Rambut Yang Cantik Dan Sihat Macam Artis Bollywood? Tak payah cari jauh-jauh, kat sini pun banyak. Cari jer SID (Shaklee Independent Distributor) yang berdekatan dengan tempat anda. Nak dapatkan dari akak pun boleh sangat. Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap Aida 011-37008943. Terima kasih.

 Gunakan tanpa was-was ;)

Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.

Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, August 20, 2014

Penyakit Batu Karang Hempedu? Sila Kawal Dengan DTX Complex Shaklee

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Sumber Google *Gallbladder=pundi hempedu,Gallstones=batu karang, yg lain cari sendiri :p

Simptom-simptom

1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

"Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.

2. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

"Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

"Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

"Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:

  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

copy paste dari e-kesihatan.blogspot.com

Assalamualaikum semua... 'Last' post ada cerita pasal penyakit batu karang di bahagian buah pinggang. Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut boleh ikuti di link ini. Harini topik yang sama juga masih lagi penyakit batu karang tapi di bahagian pundi hempedu. Produk yang disarankan oleh Shaklee adalah Alfalfa Complex, B Complex, Carotomax, Lecithin, Ostematrix, Vitamin C dan yang 'special' sikit sebab post kali ini ada kaitan dengan hati. Jadi boleh juga ambil DTX Complex.

Dtx Complex
  • membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksin daripada tubuh
  • antioksidan, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan melalui penyelidikan yang dibuat, mampu menyokong keupayaan dalam meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati

Vit C 
  • mengasidkan urin dan seterusnya batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid
  • menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak
  • mengukuhkan sistem imun tubuh

B-Complex
  • menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang
  • menurunkan retensi cecair 

OsteMatrix  
  • mengandungi Magnesium yang menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 

Alfalfa Complex 
  • mengurangkan infeksi & inflamasi
  • antikulat

Carotomax 
  • menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  • penting dalam pemulihan sistem imun

Lecithin 
  • membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

"Saya memang takde penyakit batu karang ni. So, no point makan suplemen bagai". Betul! Sekiranya anda sihat walafiat dan selalu bersenam, jaga pemakanan, minum banyak air kosong, tidak merokok blablabla 'and the list goes on'...  memang tak perlu suplemen ni semua. Tapi bagi mereka yang agak sukar nak amalkan gaya hidup sihat, saya sarankan bolehlah mencuba. Ambil mana yang perlu sahaja. Sekiraya ada pertanyaan jangan malu segan boleh hubungi saya dengan segera pm/wassap 011-37008943 TQ   

Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.

Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Friday, August 15, 2014

Waspada Serangan Batu Karang Dan Halang Dengan Set Batu Karang Shaklee

Assalamualaikum semua

Sambil-sambil duk sibuk men'google' gambarajah ureter, buah pinggang terserempaklah pulak dengan gambar-gambar batu karang yang boleh mimpi ngeri dibuatnya. Nasiblah siapa suruh jual suplemen kan? Jual tudung yang mengelip-ngelip kau taknak. Harini bukan nak bercerita pasal tudung tapi pasal batu karang. Jangan buat-buat 'confuse' pulak.

Batu karang cukup sinonim dengan pundi kencing, ureter dan buah pinggang kerana kedudukannya yang terletak di bahagian tersebut. Yelah mana pernah dengar batu karang di jantung atau di otak. Alien ke apa? Batu karang adalah mendapan yang terjadi dalam saluran kencing iaitu hasil daripada mineral dan asid garam. Batu karang selalunya terjadi apabila air kencing menjadi pekat dan membentuk kristal.

Kebanyakan batu karang tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing di mana ianya menjadi bertambah besar. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing.

Tengok gambar terus faham kan? (Sumber Google)

Tanda-tanda sakit batu karang
  • Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
  • Sakit pada bahagian belakang badan, bawah tulang rusuk atau di bahagian bawah abdomen dan pangkal peha.
  • Air kencing berdarah.
  • Air kencing keruh dan berbau busuk.
  • Membuang air kecil lebih kerap daripada biasa 
  • Demam, seram sejuk dan menggigil (jika ada jangkitan)
  • Loya dan muntah

Saranan bagi menghalang penyakit batu karang
  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  • Elakkan minuman manis seperti kopi, teh dan terutamanya minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. (Ehem boleh juga ambil B Complex Shaklee sebagai tambahan)
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

Suplemen Shaklee yang disyorkankan bagi pesakit batu karang

Vit C 
  • mengasidkan urin dan seterusnya batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid
  • menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak
  • mengukuhkan sistem imun tubuh

B-Complex
  • menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang
  • menurunkan retensi cecair 

OsteMatrix  
  • mengandungi Magnesium yang menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 

Alfalfa Complex 
  • mengurangkan infeksi & inflamasi
  • antikulat

Carotomax 
  • menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  • penting dalam pemulihan sistem imun

Lecithin 
  • membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, jangan gundah-gulana saya boleh 'guide' produk yang paling sesuai untuk anda. Dapatkan Set Batu Karang Shaklee dengan menghubungi saya seperti maklumat di bawah sekarang.

Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.

Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, July 3, 2014

5 Jenis Jerawat : Kenali Dan Atasi Masalah Jerawat - Kenali Fungsi Skin Care Shaklee Dengan Tepat

Akne atau jerawat merupakan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh semua peringkat umur. Walaupun tumbuh dalam pelbagai bentuk namun smuanya bermula dari cara yang sama iaitu dari folikel yang tersumbat. Akne mula berlaku antara 2 hingga 3 minggu sebelum keradangan timbul di muka. Kebiasannya pembentukan akne disebabkan oleh masalah hormone dalam badan, penghasilan minyak pada kulit, perubahan folikel, jangkitan bacteria dan preskripsi ubat yang tertentu.
5 JENIS JERAWAT
(1) BINTIK PUTIH
Bintik putih merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. Keradangan akne berlaku apabila bintik putih dijangkiti oleh bakteria dan menyebabkan ianya membengkak.
(2) BINTIK HITAM
Bintik hitam merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit.
(3) PAPULES
Berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak. Papules selalunya timbul dalam keadaan bengkak dan keras yang besarnya kurang dari 5mm.
(4) PUSTULES
Berbentuk kubah, bengkak seperti papules tetapi lebih sensitif. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran sel-sel darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Nanah yang terkumpul di dalam akne ini boleh kelihatan di dalam kulit. Pustules yang sembuh tanpa bertukar menjadi cysts, biasanya tidak meninggalkan parut.
(5) CYSTS
Cysts adalah benjolan tertutup yang boleh menjadi sebesar manik dan sngat sakit. Ia lebih besar daripada pustules dan terjadi jauh ke dalam lapisan kulit, ia boleh merosakkan struktur tisu kulit dan menyebabkan parut. Mencuci muka secara berlebihan akan hanya memburukkan dan melambatkan lagi proses pemulihan kulit.
Bagi memperolehi kulit cantik, langkah pencucian dan melembap adalah amat penting. Pilihan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit amat penting supaya ia tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat. Tanpa penjagaan yang yang baik boleh mengakibatkan jangkitan mikro yang akhirnya akan bertukar menjadi akne. Bagi anda yang mengalami masalah akne seharusnya menggunakan pelembap yang berbentuk gel atau losyen atau krim yang ringan kerana pelembap jenis ini adalah lebih mudah meresap dan tidak akan membuatkan liang tersumbat.

TIP KECANTIKAN
(1) Pastikan anda menggunakan tuala muka yang bersih setiap kali anda mencuci muka bagi mengelakkan pertumbuhan bacteria pada kain yang lembap.
(2) Jika jerawat anda lebih tertumpu pada bahagian dagu dan rahang, telefon anda mungkin puncanya. Bersihkan gagang telefon dengan alcohol atau hydrogen peroxide.
(3) Manjakan wajah sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali dengan melakukan rawatan di salun-salun kecantikan.
(4) Gunakan pencuci muka yang ringan dan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit.
(5) Jangan selalu menyentuh wajah anda kerana ini boleh menyebarkan bakteria di muka anda dan menyebabkan akne.

Sumber dari Page Petua Hilang Jerawat Pantas

Sumber Google

Saranan dari produk Shaklee

Kelebihan produk Shaklee ialah ia boleh bertindak memulihkan sel-sel kulit anda jauh ke dalam hingga ke lapisan paling luar. Jom kenali fungsi bagi setiap produk Skin Care Shaklee dengan lebih tepat.

GLA Complex

  • Mengandungi Vitamin E semulajadi yang bagus untuk memperbaiki tekstur kulit dari bahagian dalam epidermis. Proses ini juga akan memudarkan parut dan menghasilkan kulit yang lebih cerah sekata.
  • Membantu menstabilkan hormon. 

Vitamin C 

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

Vitamin E 

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Membantu memperbaiki parut di wajah
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Carotomax 

  • Mengandungi Beta Karoten yang bagus untuk memperbaiki kulit
  • Mempercepatkan pemulihan luka
  • Memelihara kulit dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kulit seperti kulit kering, jerawat dan akne.
  • Berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapus radikal bebas.

ESP 

  • Membekalkan protein untuk keanjalan kulit 
  • Kulit akan nampak lebih cerah dan segar
  • Membaikpulih sel dan memperbaharui sel
  • Menggalakkan penghasilan kolagen

Zinc Complex 

  • Menyembuhkan luka  terutama akibat nanah
  • Mengurangkan inflamasi dan kerengsaan pada kulit
  • Meningkatkan sistem imunisasi

Garlic Shaklee

  • Bersifat antibakteria, bagus dalam menghapuskan jerawat
  • Meningkatkan antibodi tubuh 
  • Berfungsi sebagai agen antiviral bagi menghalang jerawat baru terhasil

Selain itu, Shaklee juga mempunyai set penjagaan muka luaran yang terdiri daripada Set Nutriwhite dan Enfuselle. Anda boleh memilih pencuci muka, losyen, pelembap, toner dan pelbagai produk lain. Namun, sila pastikan memilih produk yang bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda. Jom hubungi saya sekarang untuk mendapatkan konsultasi percuma eksklusif untuk mereka yang membuat pembelian dengan saya.

Sumber Google

Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.

Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, May 29, 2014

Jemu Dengan Cik Jeragat? Jom Jejaki Dengan Shaklee Hingga Ke Akar Umbi!

Tajuk entry dah bunyi macam action kamen lah pulak. Arini nak membebel pasal jeragat.
Jeragat dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berjemaah di beberapa bahagian badan, muka dan leher. Kawasan muka yang sering menghadapi masalah jeragat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalaminya pada hidung dan dahi.

Apakah punca jeragat?

Terdapat beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari, faktor genetik dan penggunaan hormon contohnya pil perancang.

Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 30 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat jauh lebih besar. Jika seseorang wanita sering terdedah kepada sinaran matahari tanpa melindungi kulit dengan krim ultra ungu (UV), maka kulit akan menjadi lebih kasar dan pigmentasi.

Sinaran UV juga menyebabkan kulit cepat kehilangan kolegen. Oleh itu kita perlu menjaganya daripada sinaran matahari. Apabila kulit kehilangan banyak kolagen maka berlakulah kedut-kedut di muka. Ini menyebabkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Bagaimana mengatasi jeragat?

Bagi mengatasi masalah jeragat, kaum wanita disarankan lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenal pasti penyebab dan rawatan sesuai.

Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disarankan berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.

Sumber Google

Saranan dari produk Shaklee

GLA Complex

  • Mengandungi Vitamin E semulajadi yang bagus untuk memperbaiki tekstur kulit dari bahagian dalam epidermis. Proses ini juga akan memudarkan parut dan menghasilkan kulit yang lebih cerah sekata.
  • Membantu menstabilkan hormon. 

Vitamin C 

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

Vitamin E 

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Carotomax 
  • Mengandungi Beta Karoten yang bagus untuk memperbaiki kulit
  • Mempercepatkan pemulihan luka
  • Memelihara kulit dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kulit seperti kulit kering, jerawat dan akne.
  • Berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapus radikal bebas.

ESP 

  • Membekalkan protein untuk keanjalan kulit 
  • Kulit akan nampak lebih cerah dan segar
  • Membaikpulih sel dan memperbaharui sel
  • Menggalakkan penghasilan kolagen

Collagen Powder
  • Mengecilkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan di bahagian wajah.
  • Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan kusam pada muka.
  • Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • Mengembalikan dan meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit.

Untuk memperoleh kesan yang terbaik, pengambilan kuantiti air yang banyak dan supplemen secara konsisten adalah sangat penting. Ini adalah untuk memastikan sel yang rosak akan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat bermaya. Nak bebas dari jeragat? Jom cuba produk Shaklee hari ini.

Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.

Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Tuesday, May 27, 2014

Gabungan Vitamin Untuk Kulit

Vitamin C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
1)  Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2)  Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
3)  Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Sumber : Utusan Malaysia

credit to Tariniwati Badron

Produk Shaklee

Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Megurangkan minyak berlebihan di muka
  • Membantu mengelak kemunculan jerawat

Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

ESP dalam kecantikan kulit:
  • Membekalkan protein untuk keanjalan kulit 
  • Kulit akan nampak lebih cerah dan segar
  • Membaikpulih sel dan memperbaharui sel
  • Menggalakkan penghasilan kolagen

Carotomax dalam kecantikan kulit:
  • Mengandungi Beta Karoten yang bagus untuk memperbaiki kulit
  • Mempercepatkan pemulihan luka
  • Memelihara kulit dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kulit seperti kulit kering, jerawat dan akne.
  • Berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapus radikal bebas.

Zinc Complex dalam kecantikan kulit:
  • Zinc mengawal penghasilan minyak pada kulit
  • Menyembuhkan luka  terutama akibat nanah. 
  • Mengurangkan inflamasi dan kerengsaan pada kulit 
  • Membantu dalam pertumbuhan tisu supaya kulit sentiasa segar