Thursday, October 30, 2014

10 Jenis Makanan Yang Membantu Anda Tidur Lebih Lena

Assalamualaikum semua



Anda mungkin sering mengalami masalah sukar tidur di waktu malam atau anda susah untuk terlena dan tidur selesa akibat sering terjaga. Jangan risau kerana mungkin anda tidak tahu makanan juga berupaya untuk membantu tidur malam anda menjadi lebih lena dan berkualiti. Tetapi harus diingatkan supaya mengambil makanan-makanan berikut sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur bagi membantu proses pencernaan yang lancar.





Kacang almond

Kacang almond mengandung magnesium yang berupaya membantu manusia mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Ia turut mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika kita tidur. Kacang almond akan membuatkan anda mudah tertidur dengan mematikan sirkulasi hormon adrenalin yang mengingatkan kita untuk beristirehat.



Teh hijau

Mengelakkan diri daripada mengambil minuman berkafein sebelum tidur adalah kunci utama untuk mendapat tidur lena namun terdapat juga sumber berkafein yang boleh mengatasi tidur tidak nyenyak anda. Teh hijau contohnya mengandungi Theanine yang juga membantu manusia mudah terlena.



Pisang

Pisang juga turut mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk tidur lebih lena. Seperti kacang almond, sumber mineral yang terdapat di dalam pisang membantu merehatkan otot-otot badan. Apabila kita mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang juga akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotonin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.



Susu
Sama seperti pisang, susu juga turut mengandungi triptofan. Kalsium yang terkandung dalam susu membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.



Sup miso
Sup miso pula mengandungi asid amino yang juga dapat meningkatkan kadar rembesan hormon melatonin. Suhu sup yang panas juga membangkitkan rasa selesa dan tenang. Ini akan menyebabkan anda merasa mudah mengantuk.


Sumber dari www.tupai.com.my




Ceri
Tak kira jika kamu makan yang segar, sudah dikeringkan ataupun minum jus, ceri merupakan sumber makana semula jadi yang mengeluarkan hormon ‘tidur’ melatonin. Tak perlu pil tidur lagi…



Sayuran daun hijau
Dari sayuran kale, bayam, ke brokoli, apa jua jenis sayuran hijau padat dengan magnesium yang juga terkenal sebagai penenang semula jadi. Jadi, Salad = Tidur.




Buah Kiwi
Satu penyelidikan pada tahun 2011 menemui yang  buah kiwi jika dimakan boleh bantu kamu tidur- 24 orang cuba makan 2 biji buah kiwi sejam sebelum tidur setiap malam selama 4 minggu, dan setelah sebulan, kualiti dan masa tidur 24 orang itu meningkat dengan hebat. Tahukah kamu ia juga bagus untuk selulit.


Bijirin Oat dan pisang (ohh ayam belanda dan yogurt juga…)
Makanan jenis ini merupakan sumber semula jadi tryptophan, iaitu asid amino dalam tubuhmu digunakan untuk menghasilkan bahan menggalakkan tidur seperti serotonin dan melatonin.



Kacang dan bijirin
Antara salah satu sumber tryptophan. Ia juga padat dengan magnesium juga. Wow! Dua dalam satu.

Sumber dari cosmopolitan.my



Betul ke ni? Yang penting cuba dulu baru tahu. Selamat mencuba ;)








Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments: