Sesetengah orang akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit. Pun begitu, ada juga yang mengalaminya dalam tempoh yang agak lama. Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Antaranya disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama, tidak melakukan pemanasan badan sebelum bersukan, melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.
Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda.
Bagi mengatasi permasalahan ini, anda digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot.
Selain menitikberatkan pemakanan, anda juga disarankan untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.
Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah.
Artikel dan gambar dari nona.karangkraf.com
Ostematrix Dan ESP Sedia Membantu Anda
Assalamualaikum semua...
Alahai kesian pulak kat cik abang kat atas tu. Cramp kaki lah pulak. Kekejagan otot jangan dipandang remeh yer. Takut melarat dan timbul masalah lain pulak. Harini nak berkongsi produk Shaklee yang boleh mengatasi kekejangan otot terutama kepada mereka yang aktif bersukan, warga emas, kaum ibu terutamanya yang sedang hamil dan menyusu bayi.
Ostematrix
- Mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D sebagai bahan utama yang telah diuji secara klinikal. Produk ini juga mengandungi Zinc, Copper, Manganese, dan Boron tapi dalam peratus yang amat sedikit.
- Kalsium sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang.
- Vitamin D pula boleh meningkatkan penyerapan kalsium untuk meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan kerangka.
ESP
- ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Malah produk ini turut mengandungi sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia bebas dari perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
- Meransang regenerasi kulit dan otot serta mengurangkan kedutan
- Membantu membina otot, kuku, rambut, kulit dan lain-lain
Bagi mereka yang susah nak telan pil boleh bancuh ESP. Kepada mereka yang tak suka soya atau alergik dengan soya boleh telan pil Ostematrix. Bagus kan? Flexible gitu. Nak amik kedua-duanya pun boleh. No harm orang putih kata. Jadi sekiranya anda mengalami kekejangan otot, jangan risau yer Ostematrix dan ESP sedia membantu anda. Hanya hubungi saya dengan segera pm fb/wassap 011-37008943. Terima kasih
Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.
Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan.
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment