Showing posts with label Produk Penjagaan Rambut ProSanté. Show all posts
Showing posts with label Produk Penjagaan Rambut ProSanté. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Vitamin Untuk Rambut Yang Cantik Dan Sihat Macam Artis Bollywood

Assalamualaikum semua

Amboih tajuk, kalau muka dah memang Jawa takde maknenye tetiber nak bertuko jadi macam artis Bollywood. Tapi harini tak nak cakap pasal paras rupa. Nak cakap pasal rambut. Rambut boleh transfrom dari keras kejung jadi lembut beralun kalau kena caranya.

Cuba tengok artis-artis Bollywood, akak memang kagum sangat dengan rambut mereka ni dik oi. Patutlah jadi pujaan ramai. Cantik bebenor. Tak puas mata memandang. Sape-sape nak rambut sihat bersinar macam Ashwarya Rai meh tengok suplemen apa yang Shaklee sarankan. Ashwarya Rai sangat kan eja nama pun betul ke tidak.



Dah nama heroin mana2 p rambut sentiasa ditiup angin kikiki (Sumber Google)


Saranan dari Shaklee

Produk pertama yang akak nak citer, Carotomax namanya. Produk yang kaya denga alpha dan beta carotene bukan sahaja bagus untuk mata. Tapi turut membantu melembapkan permukaan kulit kepala dan melembapkan rambut. Jadi rambut akan dilindungi dari kekeringan. Takdelah rambut kusut-masai bagai Kak Limah kita tu. Horror kan especially die start nyanyi lagu enjit-enjit semut huhu. Try letak Ashwarya Rai confirm akak tak lari dik.


Ada tak antara adik-adik sekalian yang dah beruban? Muda-muda lagi dah beruban. Apa taknya kalau asyik stres memanjang. Beruban di usia muda, rambut gugur dan kelemumur antara kesan yang berlaku disebabkan stres. Di sinilah B-Complex aka suplemen anti-stres memainkan peranan penting. Bukan hanya mampu memperbaiki masalah kulit kepala, malah masalah-masalah yang akak mention tadi boleh diatasi insyaAllah. Jangan stres-stres tau tak bagus untuk kesihatan.

Selain B-Complex, Vitamin C  juga boleh membantu dalam mengurangkan masalah rambut gugur. Ini kerana Vitamin C berupaya menggalakkan pengeluaran tirosin yg berperanan menguatkan akar rambut. Tirosin ni apa? 'Tyrosine adalah salah satu asid amino , yang menjadi blok binaan protein . Badan membuat tyrosine dari lain asid amino dipanggil phenylalanine . Tyrosine juga boleh dijumpai dalam produk tenusu , daging , ikan , telur , kacang , oat , dan gandum.'- Sumber dari www.webmd.com. Google translate sangat kann...Banyak tau manfaat Vitamin C ni. Boleh baca kat sini kalau nak tahu lebih lanjut.

Lagi satu produk yang confirm akan tersenarai dalam bab-bab kecantikan adalah tak lain tak bukan Vitamin E.  Vitamin E banyak membantu dalam melancarkan peredaran darah di kulit kepala. Bila kulit kepala kita sihat, ia akan dapat menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Bila akar rambut kita sihat, susah nak gugur dan dapat mengelakkan dari tragedi botak. Nampak tak permainan Vitamin E kat situ? Nampak? Excellent! 

Last sekali nak tahu tak suplemen yang boleh menjaga dan memperbaiki tekstur rambut? Jeng jeng jeng...GLA Complex. Kenapa? Tak percaya? Jangan ingat GLA Complex ini untuk wanita je tau, lelaki pon boleh consume. Nanti jangan jeles kalau abang-abang sado kita berimej rambut lembut beralun. Terasa tercabar pulak tetiber. Nak tahu Perbezaan GLA Complex Shaklee Dengan Produk GLA Lain Di Pasaran? Klik sini okeh.

Suplemen ni semua untuk kesihatan rambut dari dalam. Untuk luaran pula anda juga boleh memiliki syampu dan conditioner yang sesuai dengan masalah rambut anda. Untuk keterangan selebihnya, sila klik link 10 Tips Rahsia Rambut Sihat - Rahsia Rambut Sihat Dengan Produk Penjagaan Rambut ProSanté Shaklee. 

Dari Bollywood dah sampai masa kita kembali ke Greenwood, Malaysia. Berminat nak consume Vitamin Untuk Rambut Yang Cantik Dan Sihat Macam Artis Bollywood? Tak payah cari jauh-jauh, kat sini pun banyak. Cari jer SID (Shaklee Independent Distributor) yang berdekatan dengan tempat anda. Nak dapatkan dari akak pun boleh sangat. Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap Aida 011-37008943. Terima kasih.

 Gunakan tanpa was-was ;)



Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.


Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit





Friday, October 31, 2014

4 Punca Rambut Kelemumur

Assalamualaikum semua

Susah kan jadi lelaki ni. Sape kate senang? Eh senang apa takyah pakai tudung. Terbelit sana terbelit sini silap haribulan dah jadi macam pocong opss. Memang mudah kalau tak pakai tudung tapi kesian kat kaum Adam ni. Kalau masih muda tapi rambut dah beruban kena cop banyak masalahlah teww. Kalau kelemumur bertepek takde orang nak dekat pulak.

Perempuan bertudung selamatlah memang tak nampak kelemumur gugur bak salji tu kan. Tapi.. duk tergaru sana tergaru sini memang dah boleh agak dah. Kalau tak kelemumur mesti minah ni ada kutu. Ish lagi naya kan?



Ni contoh rambut yang bebas kelemumur. Macam takde orang lain ko nak letak kan?(Sumber Google)


Tanpa membuang masa, jom kita kenali 4 punca rambut berkelemumur.



4 Punca Rambut Kelemumur

Biasanya masalah ini disebabkan beberapa perkara:

1. Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak) – punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kangkang dan kadang kala pada bahagian ketiak.

Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun.
Bagi mereka yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding biasa. Menurut Dr. Gangaram, biasanya doktor boleh mengenal pasti pesakit yang menghidap HIV berdasarkan keadaan kulit kepala mereka yang mengalami kegatalan serius hingga merebak ke bahagian lain.

Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping – disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

Kurang mencuci rambut – jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Sensitif pada sesetengah produk – kadangkala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

2. Psoriasis – Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

3. Ekzema – Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.

4. Jangkitan yis malassezia – Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.


Sumber : Utusan Online



Masalah kelemumur sebenarnya boleh dialami oleh sesiapa saja. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi sekiranya keadaan kelemumur menjadi semakin kronik hingga kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit. 

Salah satu pencegahan untuk masalah kelemumur adalah memilih syampu yang sesuai. Shaklee pun ada syampu yer? Adaaa. Untuk butiran lebih lanjut boleh layari link Produk Penjagaan Rambut ProSanté Shaklee. Topik hari ini nak cerita pasal produk Purifying Shampoo Shaklee.





Purifying Shampoo

  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala − rambut juga tidak berkelemumur.


Nanti takdelah suara-suara sumbang berkata 'Eeeeeeee muka hensem tapi penuh kelemumur.. macam dayang senandung' (ok yang ni saya tokok tambah). Saya juga nak kongsikan 9 Petua Tradisional Untuk Hilangkan Kelemumur. Harap dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kelemumur. Berminat nak dapatkan Purifying Shampoo Shaklee? Macam biasa boleh hubungi saya pm fb/wassap 011-37008943. TQ





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.







Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Thursday, July 10, 2014

10 Tips Rahsia Rambut Sihat - Rahsia Rambut Sihat Dengan Produk Penjagaan Rambut ProSanté Shaklee

Memiliki rambut yang cantik,sihat dan berkilau pasti menjadi idaman setiap gadis. Ada antaranya sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk perawatan. Sebenarnya ada kaedah ringkas yang boleh kamu amalkan untuk merawat rambut sekali gus memberikan kesan yang maksimum. Cuba amalkan..

Sumber Google

1.Sekiranya kamu mempunyai rambut yang rosak dan tidak terurus,apa kata kamu menggunakan perapi dan syampu secara berasingan.Ini kerana kandungan syampu yang mengandungi perapi tidak cukup untuk memberi kelembapan yang di perlukan.

2. Pemakaian perapi yang betul adalah hanya dgn satu garis perapi diletakkan di telapak tangan dan kemudian disapukan pada helaian rambut sehingga merata.

3. Untuk memiliki rambut yang kekal cantik,sihat dan menawan,pastikan kamu bijak memilih atau menggunakan perapi yang sesuai dengan rambut kamu.

4.Pilihla perapi yang mengandungi protein(marine @ hydrolyzed wheat) keratin dan silk.Kandungan ini boleh membantu mengembalikan khasiat rambut yang hilang akibat dandanan.

5. Jangan mengeringkan rambut dgn menggosok-gosokkn rambut pada tuala.Gosokkan ini akan menjadikan kutikal rambut kasar dan mengakibatkan rambut disikat.Lebih baik tarik rambut ke belakang,perahkan air yg berlebihan pd rambut dan kemudian balut kepala dgn tuala.Biarkan seberapa lama yg boleh.Kemudia sikat dgn menggunakan sikat bergigi jarang utk menghurai rambut kusut sebelum kamu ‘blow’ kering.

6.Lakukan rawatan ‘deep conditioning’ seminggu sekali.Gunakan masker rambut yg mengandungi protein @ panthenol yg boleh berfungsi utk menyubur dan menguatkan rambut.Jika berambut nipis,bole menyapu masker rambut sebelum rambut di syampu bagi mengatasi masalah rambut lepek.

7. Gunakan produk dgn perlindungan ‘themal’ @ silicon.Cara ini akan menghasilkan lapisan di antara kepanasan alat pengering rambut dgn rambut dan mencegah kerosakan rambut.

8. Rambut kurang menyerap klorin @ air masin jika membasahkan rambut dgn air biasa terlebih dahulu sebelum berenang.

9. Untuk rambut lebih ber’volume’ ikat rambut dgn ikatan yg sedikit longgar dan keringkan seluruhan permukaan kulit kepala dgn menggunakan ‘hair dryer’ bersuhu sejuk.Setelah kering,buka ikatan rambut.

10. Kurangkan pemakaian mousse @ gel rambut beralkohol agar rambut terhindar dari masalah kekeringan.Jika terpaksa ,sebaiknya segera bersyampu dgn ‘clarifying shampoo’ yang berfungsi utk membersihkan sekali gus menanggalkan sisa hair spray @ gel yg melekat pd helaian rambut.

Copy & paste dari anizyn.blogspot.com


Saranan daripada produk Shaklee

Sumber Google


A Nourishing Scalp Treatment 

  • Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.
  • Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
  • Perbezaan Shaklee-ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


B Revitalizing Shampoo

  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


C Purifying Shampoo

  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.


D Lightweight Conditioner

  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus 


E Replenishing Conditioner

  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi


F Long Lasting Finishing Spray

  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.


Sumber dari www.shaklee.com.my

Saranan penggunaan produk Sistem Penjagaan Rambut ProSanté Shaklee


Testimoni pilihan


Sumber Google


Produk Penjagaan Rambut ProSanté boleh dibeli satu set lengkap atau pun secara berasingan. Nak rahsia rambut sihat dan cantik? Dapatkanlah Produk Penjagaan Rambut ProSanté Shaklee sekarang.


Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit