Showing posts with label DTX Complex. Show all posts
Showing posts with label DTX Complex. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

Penyakit Batu Karang Hempedu? Sila Kawal Dengan DTX Complex Shaklee

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.



Sumber Google *Gallbladder=pundi hempedu,Gallstones=batu karang, yg lain cari sendiri :p



Simptom-simptom

1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

"Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.

2. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

"Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

"Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

"Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.


Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:

  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.


Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

copy paste dari e-kesihatan.blogspot.com





Assalamualaikum semua... 'Last' post ada cerita pasal penyakit batu karang di bahagian buah pinggang. Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut boleh ikuti di link ini. Harini topik yang sama juga masih lagi penyakit batu karang tapi di bahagian pundi hempedu. Produk yang disarankan oleh Shaklee adalah Alfalfa Complex, B Complex, Carotomax, Lecithin, Ostematrix, Vitamin C dan yang 'special' sikit sebab post kali ini ada kaitan dengan hati. Jadi boleh juga ambil DTX Complex.

Dtx Complex
  • membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksin daripada tubuh
  • antioksidan, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan melalui penyelidikan yang dibuat, mampu menyokong keupayaan dalam meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati


Vit C 
  • mengasidkan urin dan seterusnya batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid
  • menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak
  • mengukuhkan sistem imun tubuh


B-Complex
  • menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang
  • menurunkan retensi cecair 


OsteMatrix  
  • mengandungi Magnesium yang menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 


Alfalfa Complex 
  • mengurangkan infeksi & inflamasi
  • antikulat


Carotomax 
  • menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  • penting dalam pemulihan sistem imun


Lecithin 
  • membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang


"Saya memang takde penyakit batu karang ni. So, no point makan suplemen bagai". Betul! Sekiranya anda sihat walafiat dan selalu bersenam, jaga pemakanan, minum banyak air kosong, tidak merokok blablabla 'and the list goes on'...  memang tak perlu suplemen ni semua. Tapi bagi mereka yang agak sukar nak amalkan gaya hidup sihat, saya sarankan bolehlah mencuba. Ambil mana yang perlu sahaja. Sekiraya ada pertanyaan jangan malu segan boleh hubungi saya dengan segera pm/wassap 011-37008943 TQ   


Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Tuesday, June 24, 2014

Jangan Susah Hati, DTX Complex Shaklee Kan Ada

Menghadapi susah hati
Fakta mengenai susah hati:
1. Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.
2. Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula?
3. Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan kita mencapai keuntungan.
4. Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik.
5. Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin, dia menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya?
6. Ada yang terkilan kerana apa yang dikatakan oleh musuh - sedarkah bahawa dengan terkilan, anda sebenar-nya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri.
7. Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai.
8. Orang yang susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di bumi Allah yang luas ini.
Bila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita sedih... ingatlah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah, dan Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita.
Apa yang perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yang sihat?
(Quran 55: 13)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Ingatlah tiada istana yang boleh melindungi anda akibat dan musibah yang melanda anda akibat dari kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai anak dan isteri yang baik.
Senyum senantiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya.
Senyum

Copy & paste dari FB Ustazah Norhafizah Musa

Artikel di atas tidak ada kena-mengena dengan produk yang nak saya ceritakan pada hari ini. Diulangi TIDAK ada kena-mengena langsung. Hanya sebagai bacaan tambahan.

Entry kali ini berkaitan dengan hati. Semua orang ada hati kan? Ye, semua orang ada hati dan perasaan, cewah. Kalau susah hati/sakit hati/makan hati kena ambil DTX ker? Kalau penyakit yang ini lebih baik muhasabah diri, menjaga hubungan dengan Allah S.W.T dan sesama manusia. Tak pun tengok program tv celik hati ke. Mudahan-mudahan dapat apa yang dicari, insyaAllah.

Sumber Google

Mesti kita semua nak tahu apakah fungsi hati yang sebenarnya kan?

1. Bertindak sebagai Detoksifikasi

  • Metabolisma protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati
  • Hati mengawal metabolisma protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.


2. Rembesan Hempedu

  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman
  • Hempedu diperlukan untuk pencernaan lemak, ia akan memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A


3. Mengawal Paras Gula dalam Darah

  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin


4. Penting untuk metabolisme Lemak

  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.


Antara simptom-simptom yang berkaitan dengan masalah hati ialah:

  1. Perubahan perut sehingga menjadi buncit. Hal ini disebabkan  oleh pembengkakkan pada bahagian bawah tulang rusuk di sebelah kanan. Akibat pembengkakkan ini kadang-kadang akan terasa sakit ketika bernafas ini disebabkan oleh tekanan berat pada diafragma.
  2. Perubahan warna kulit, ketika seseorang terkena penyakit hati biasanya kulit dan juga mata menjadi agak kekuning-kuningan (disebabkan oleh kepekatan bilirubin tinggi dalam aliran darah).
  3. Terdapat lingkaran gelap pada bahagian mata
  4. Berat badan menurun akibat kurangnya nafsu makan. Pesakit selalu terasa mual.
  5. Selain itu sistem pencernaan turut terganggu.
  6. Sering terjadi pendarahan pada hidung.
  7. Pesakit hati biasanya akan mudah lemah, tidak bermaya dan kejang otot.
  8. Masalah pada kulit seperti gatal-gatal, kulit kering, jerawat dan ekzema
  9. Sering buang air kecil dan mudah rasa haus yang berlebihan
  10. Mengalami bau mulut dan juga bau badan yang tidak menyenangkan


Jom kenali kandungan dalam DTX Complex Shaklee 

1. Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan melalui penyelidikan yang dibuat, mampu menyokong keupayaan dalam meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati


2. Ekstrak Dandelion, Kunyit dan Artichoke 
membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksin daripada tubuh



Sumber Google


Siapakah yang memerlukan DTX Complex Shaklee ?

1. Perokok
2. Peminum arak
3. Pesakit hepatitis
4. Penggemar 'fast food & junk food'
5. Individu yang sering lemah tak bermaya
6. Mereka yang berjerawat yang kronik (banyak toksin dalam badan)

Namun produk ini tidak sesuai bagi ibu yang hamil. Harap maklum

Testimoni Pilihan

Sumber Google


Memang agak jarang kita mendengar perihal sakit hati berbanding sakit kepala, sakit perut kan? Namun jangan dipandang enteng akan kesihatan hati, antara organ terpenting kepada kita. Jika terdapat simptom-simptom yang berkaitan dengan masalah hati seperti di atas, janganlah gusar DTX Complex Shaklee kan ada? Sila hubungi saya dengan segera.




Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.






Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit