Sunday, November 30, 2014

7 Panduan Kurangkan Gout

Utama penjagaan kesihatan, elak bawa maut

Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita. 

Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun. 

Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. 

Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout. 

1) Kekalkan hidrasi 

Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. 

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi. 

2) Elak minuman keras 

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis. 

3) Elak beli ubat gout di kaunter 

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. 

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. 

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan. 

4) Makan secara sihat 

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. 

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat. 

5) Mengekalkan berat badan 

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. 

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang. 

6) Rehat 

Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. 

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat. 

7) Halia 

Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. 
Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan. 

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.

Sumber dari www2.bharian.com.my



Sumber Google





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Saturday, November 29, 2014

Testimoni Set Gout Shaklee

Assalamualaikum semua

Post kalini nak sharing testimoni mengenai keberkesanan produk Set Gout Shaklee. FYI, Set Gout Shaklee terdiri daripada:

  • Omega Guard
  • Alfalfa Complex
  • Performance Drink
  • Advanced Joint Health Tablet

Kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk mencuba Set Gout Shaklee, boleh rujuk kepada testimoni di bawah. Semua testimoni ini daripada sumber Google. Selamat mencuba ;)

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba produk Set Gout Shaklee sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. Terima kasih













Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Friday, November 28, 2014

Denggi Dan Kanak-Kanak

Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan demam. Denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini. 

Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim?

Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat penyakit ini. 

Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk dapat membiak dengan baik. 

Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti?

Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-simptom penyakit virus: 
  • demam;
  • hidung berair;
  • batuk;
  • ruam kulit yang ringan.

Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa: 
  • demam panas;
  • sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi;
  • sakit kepala;
  • ruam kulit bertompok merah dan putih.

Ini mungkin diikuti dengan: 
  • kurang selera makan;
  • loya;
  • muntah;
  • gatal di tapak kaki;
  • rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.

Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom tersebut?

Jika anak anda menghidapi demam panas yang tidak dapat diubati oleh ubat untuk beberapa hari, dan diikuti dengan ruam kulit atau sakit sendi, hubungi doktor dengan segera sebab rawatan perubatan boleh mengelakkan komplikasi. Oleh sebab simptom denggi dan demam chikungunya adalah seakan-akan sama, doktor anda akan membuat ujian darah untuk mengesahkan diagnosis. 

Selalunya, rawatan diberikan untuk mengurangkan simptom-simptom; ubat antiradang untuk sakit sendi dan ubat-ubatan lain untuk menurunkan suhu akan dipreskripsikan. Rehat yang banyak, makanan ringan dan berkhasiat, dan mengelap badan akan membuatkan anak anda berasa selesa. 

Jangkitan denggi boleh berlarutan sehingga 10 hari tetapi jika terdapat komplikasi lain seperti pendarahan, mungkin anak anda perlu dimasukkan ke hospital. Pencegahan dan rawatan awal adalah penting sebab jika tidak dirawat, denggi boleh menyebabkan pendarahan, kegagalan ginjal, konvulsi dan kematian bagi kes-kes teruk. 

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya dijangkiti penyakit ini?

Tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi anak anda ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap nyamuk yang menyebarkan virus tersebut. 

Nyamuk membiak di dalam air bertakung dan cuaca yang panas dan lembap, jadi pastikan rumah anda dan kawasan sekitar anda bebas dari air bertakung yang terbuka, tumbuh-tumbuhan mati dan pasu bunga kosong, terutamanya pada musim monsun apabila air hujan tidak dapat mengalir dengan baik. Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. 

Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik. Alat-alat elektrik yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk menghapuskan serangga perosak juga boleh didapati. 

Langkah-langkah pencegahan lain termasuk: 
  • Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan.
  • Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna gelap.
  • Pasang jaringan nyamuk pada tingkap.
  • Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.
  • Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup.

Walaupun anak anda telah menghidap denggi, ini tidak bermakna ia mempunyai imuniti terhadap tiga virus denggi lain yang berkait rapat. Di samping itu, demam denggi berdarah (DHF), iaitu satu jenis jangkitan yang teruk, selalunya dijangkiti oleh mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi. Oleh itu, pencegahan adalah pilihan yang lebih selamat. 

Sumber dari http://www.babycenter.com.my




Sumber Google



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Thursday, November 27, 2014

5 Makanan Sihat Penambah Tenaga

Kepada anda yang mood sedang berdiet bagus juga ketahui makanan untuk tenaga badan anda.
Dalam menjalani kehidupan seharian, ada ketikanya tubuh kita akan berasa seperti tidak bermaya dan kurang bersemangat. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya stres, kurang istirahat ataupun kurangnya nutrisi di dalam tubuh.
Tetapi, anda tak perlu bimbang kerana ada banyak cara mudah yang boleh anda praktik bagi meningkatkan kembali tenaga dan semangat anda. Salah satunya adalah dengan pengambilan makanan sihat yang sangat berguna untuk tubuh anda.
Sumber Google

Berikut lima makanan sihat yang boleh meningkatkan energi dan stamina anda.

Sumber Google
1.  Makan madu asli
Makanan yang mempunyai pelbagai khasiat dan juga boleh merawat apa jua jenis penyakit.  Boleh dimakan dengan apa jenis makanan sekali pun sebagai makanan tambahan.  Untuk kesan yang lebih mujarab, amalkan setiap hari dua sudu madu dicampur dengan telur ayam separuh masak sudah cukup untuk buat anda rasai kelainannya di malam hari.
Kandungan vitamin B yang diperlukan tubuh untuk meningkatkan hormon anda dan juga boleh diambil dua sudu madu secara terus setiap hari adalah lebih baik kerana anda mendapat nutrisinya secara terus.

Sumber Google

2. Mengamalkan pengambilan herba ginseng
Ubatan yang kerap diambil oleh masyarakat Cina ini juga boleh dijadikan salah satu amalan atau makanan tambahan kepada pasangan suami isteri kerana kandungan vitamin dan khasiatnya yang tersendiri.
Digunakan sebagai perawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dengan hanya meminum air yang sudah direneh dengan ginseng selama beberapa jam setiap hari.
Elemen yang penting terdapat didalam ginseng ialah ia boleh membantu menghasilkan tenaga untuk melancarkan perjalanan darah dalam sistem badan.

Sumber Google

3.  Makan buah pisang
Penyelidikan yang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Pisang sangat popular di kalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera serta baik untuk sistem penghadaman.
Secara saintifiknya,  pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa.
Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, gula semulajadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak  kerana ia mengandungi magnesium, fosforus,iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

Sumber Google

4.  Minum minuman soya
Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh kerana kandungan protein yang tinggi dapat menyokong  tahap tenaga, mengekalkan stamina serta berupaya meningkatkan pretasi sukan seseorang.
Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang. Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita berupaya untuk melakukan aktiviti seharian.
Sumber Google


5. Telur
Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi seperti protein, vitamin A,vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium,iron, phosporus, dan potassium. Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan,terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan.
Makanlah telur yang direbus, bukan digoreng untuk menghindari lemak tepu dan juga kolestrol.
Makanan sihat boleh memberikan energi atau tenaga yang kuat secara keseluruhan. Biar sesibuk mana pun anda dengan aktiviti seharian, namun jangan lupa untuk mengambil makanan yang berzat kerana ia penting untuk memperkuatkan tubuh kita.
Sumber dari http://www.wom.my



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, November 26, 2014

Testimoni Performance Drink Shaklee

Assalamualaikum semua

Post kalini nak sharing testimoni mengenai keberkesanan produk Performance Drink Shaklee. Produk ini amat disarankan kepada mereka yang memerlukan tenaga yang berpanjangan. Amat sesuai kepada atlit sukan, mereka yang berpuasa dan ibu-ibu yang bekerjaya.

Kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk mencuba Performance Drink Shaklee, boleh rujuk kepada testimoni di bawah. Semua testimoni ini daripada sumber Google. Selamat mencuba Performance Drink Shaklee semua ;)

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba produk Performance Drink Shaklee sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. Terima kasih
















Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Tuesday, November 25, 2014

5 Fakta Penyusuan Mesti Tahu

Jika anda bakal bergelar ibu buat pertama kali, pastikan anda mengetahui beberapa fakta berikut sebagai persediaan untuk memberikan makanan awal terbaik kepada si manja. Proses penyusuan bukan perkara semula jadi yang berlaku dengan sendiri. Ibu perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan info supaya memudahkan tugas menyusukan bayi kelak.
Mungkin ada ibu yang sudah sedia maklum tentang beberapa fakta penting berikut berkaitan dengan penyusuan. Tetapi tidak mustahil ada juga ibu yang sudah melahirkan beberapa orang anak masih tidak tahu mengenai fakta tersebut.
  1. Apakah kolostrum?
Mungkin ada ibu beranggapan susu pekat berwarna kekuningan itu adalah susu basi dan mesti dibuang. Hakikatnya ia adalah cecair penting yang dikenali sebagai kolostrum dan dihasilkan sebaik ibu melahirkan bayi. Kolostrum wajib diberikan kepada anak kerana ia mempunyai khasiat yang dapat melindungi si kecil daripada jangkitan kuman dan sistem imun badannya. Kolostrum tidak terdapat dalam susu formula. Oleh itu sebaiknya terus susukan bayi sebaik dia dilahirkan bagi memastikan si kecil dapat khasiat kolostrum.
  1. Bila badan mengeluarkan susu?
Selepas tiga hingga empat hari melahirkan bayi dan menghasilkan kolostrum, payu dara ibu akan terasa lebih lembut namun tegang kerana perubahan kolostrum menjadi susu. Ketika proses perubahan ini, susu ibu akan kelihatan seperti susu skim. Selepas tempoh 10 hari hingga dua minggu, susu yang dihasilkan akan menjadi lebih matang lagi. Dalam proses ini, kuantiti susu yang dihasilkan akan meningkat mengikut kekerapan bayi menghisap. Semakin banyak susu diberikan kepada bayi, maka semakin banyak susu dikeluarkan oleh payu dara ibu.
  1. Bila hendak mula menyusu?
Tentu ada kalangan ibu-ibu baharu tertanya-tanya bila boleh mula menyusukan bayi. Sebaiknya, cuba susukan bayi anda sejam setelah melahirkannya. Jangan bimbang, kerana bayi secara semula jadi akan tahu bagaimana hendak menyusu susu ibunya walaupun ia baharu pertama kali. Mengapa satu jam selepas melahirkan? Ini kerana setelah satu jam, bayi biasanya akan menghabiskan masanya selama 24 jam untuk tidur.
  1. Apakah posisi terbaik semasa menyusu?
Ia juga menjadi dilema dalam kalangan ibu ketika menyusukan bayi.  Proses ini mengambil masa yang lama tetapi cukup bagi ibu mengetahui posisi asas yang disarankan ketika menyusukan bayi. Sebaiknya pastikan bayi memasukkan seluruh mulutnya dan menghisap seluruh aerola ibu dan bukan sekadar menghisap puting payu dara sahaja. Apabila bayi tertidur semasa menyusu, bangunkan bayi anda supaya dia tidak tersedak.
  1. Bagaimana jika melahirkan secara pembedahan caesarean?
Bagi ibu yang melahirkan bayi secara caesarean, proses penyusuan mengambil masa lebih lama bahkan ada kes yang kadang kala membuatkan ibu langsung tidak dapat menghasilkan susu. Untuk menangani masalah ini, pastikan anda menyusukan bayi setiap dua atau tiga jam sekali supaya pengeluaran susu ibu cepat terhasil. Sebaiknya berbincang dengan doktor sebelum proses kelahiran bagaimana anda boleh menyusukan terus bayi dengan susu ibu sebaik dia dilahirkan.
Untuk membiasakan anda dan bayi dalam proses penyusuan, susukan bayi setiap dua hingga tiga jam walaupun di tengah malam. Jika di hospital, mintalah bayi untuk berada sebilik dengan anda setiap masa. Kejutkan bayi untuk bangun menyusu apabila sudah tiba masa untuk menyusu. Cipta suasana agar bayi terbiasa dengan payu dara anda dan masa menyusu.



Sumber artikel dan gambar dari pama.karangkraf.com



Assalamualaikum semua

Untuk mengetahui petua tambah susu, sila layari link ini; 9 Petua Penambah Susu

Nak tengok testimoni set penyusuan Shaklee? Jom klik Testimoni Set Penyusuan Bajet Shaklee

Ada sebarang pertanyaan? Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. 

Sebagai selingan, jom tonton Vimeo mengenai Set Penyusuan Shaklee. Terima kasih







Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Monday, November 24, 2014

Resepi Peria Goreng Bersama Ikan Bilis

Assalamualaikum semua

Dah mimpi apa pulak tetiber nak share resepi ni? Takde mimpi apa. Just nak share antara lauk favourite yang memang sedap dan yang paling penting mudah disediakan. 

Tapi kenapa peria? Tak pahit ker? Memang pahit dik oiii tapi kalau nak tahu banyak khasiatnya. Nak tahu khasiat peria? Meh tengok kat sini Khasiat Peria Untuk Wanita.

Oklah takyah merapu banyak-banyak kita straight to the point. Check point pertama: dapur.

Bahan-bahan yang digunakan sangatlah simple. Kalau dapur korang takde bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili dah boleh agak dah mesti korang rajin mengemas rumah khenn. Buat-buat paham kepada mereka yang tak paham.

Itu jer ke bahan-bahannya? Yupp. Itu jer. Termasuklah peria. Peria perlu dipotong terlebih dahulu dan direndam dengan garam untuk mengurangkan rasa pahitnya. Sementara itu, bahan-bahan yang dinyatakan di atas perlulah ditumbuk lumat kecuali ikan bilis. Ikan bilis tu perlu ditumbuk juga tapi tak perlu sampai lumat yer adik-adik.

Kuantiti untuk bahan-bahan tersebut ikut suka hati korang lah. Kalau suka pedas letak cili lebih kalau tak suka pedas kurangkanlah. Bahan-bahan yang telah ditumbuk hendaklah ditumis sehingga layu. Lepas itu, masukkan peria dan kacau hingga sebati.

Akhir sekali masukkan gula dan garam untuk seimbangkan rasanya. Kalau nak tambah sedikit serbuk kunyit pon boleh. Ikut citarasa masing-masing. 

Check point kedua: meja makan. Apa lagi makanlah. Bismillah jangan lupe yer adik-adik. Selamat menjamu selera!



Hampa tak terliuq ka? Try jangan tak try






Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit