Saturday, June 7, 2014

Tahukah Anda Maksud 'Radikal Bebas' & 'Antioksidan' ? Jom Baca

Hari ni nak ajak pembaca sekalian belajar istilah-istilah biasa yang digunakan dalam kelas biologi. Ala baca jer bukan ada exam pon. Lepas ni boleh guna dalam perbualan seharian. Motif? :p

Tahukah anda maksud 'Radikal Bebas' ? Antioksidan ? Kalau belom tahu bagus sebab saya nak bagi tahu. Semoga perkongsian ni boleh bagi ilmu baru buat anda semua. Lepas tu kan kalau terbaca pasal dua benda alah ni boleh pahamlah ye? FYI, maklumat dan gambarajah di bawah telah diambil dari lovesevenlove.blogspot.com selepas pening membaca website kesihatan dari tanah seberang. 






Radikal bebas adalah merupakan suatu molekul atau atom yang sangat tidak stabil kerana memiliki satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan. Elektron tak berpasangan tersebut akan berusaha mencari elektron lain untuk menjadi pasangannya. Jika elektron yang diambil menjadi pasangannya adalah elektron dari molekul dalam sel-sel tubuh kita maka terjadilah perubahan dan penyebab kepada proses penuaan, atau lebih merbahaya lagi menjadi sel-sel kanser. Lihat apa yang terjadi kepada buah apple yang telah dikupas dan dibiarkan terdedah kepada udara sekelilingnya? – ianya bertukar warna menjadi kekuningan kesan dari Radikal Bebas di udara. Secara mudahnya...



Apa maksud Radikal Bebas?

Apabila sel-sel tubuh menggunakan oksigen (yang diperlukan untuk hidup dan melaksanakan fungsi-fungsi normal tubuh), ia akan menghasilkan produk sampingan yang disebut sebagai radikal bebas. Radikal bebas adalah penyebab kepada kerosakan sel tubuh. Banyak masalah kesihatan seperti penyakit jantung, sembelit, diabetes, kanser dan lain-lain. Kerosakan sel-sel pada tubuh adalah berpunca daripada oksidatif. Namun, kerosakan ini boleh dihalang oleh Antioksidan.



Apa sebenarnya Antioksidan?

Antioksidan dapat meneutralkan kesan kerosakan sel-sel yang disebabkan oleh sel-sel radikal bebas.
Antioksidan adalah zat yang dapat melambatkan atau mengelakkan kerosakan sel oksidatif tubuh kita. Bagaimana caranya? Antioksidan mempunyai kelebihan bekalan elektron bebas.Dengan memberikan elektron ini percuma ke radikal oksigen aktif, antioksidan boleh meneutralkan potensi pengoksidaan tinggi, sehingga melindungi rangkaian sihat. Ia  berfungsi sebagai "peneutral radikal bebas", kerana ia meneutralkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

Selain itu, pengambilan antioksidan dalam jumlah yang cukup melalui nutrisi, telah terbukti dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh serta mampu menurunkan risiko kanser dan jangkitan. 




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments: