Wednesday, June 4, 2014

9 Petua Penambah Susu-Set Penyusuan Shaklee Ada Jawapannya

Petua Penambah Susu

Di samping memberi perhatian khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati. Berikut adalah bahan-bahan alami yang anda perlukan

Sumber Google


Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya adalah minuman terbaik yang banyak membantu anda menambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

Jintan
Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

Sumber dari Mingguan Wanita




Set Penyusuan Shaklee  

Para ibu yang mengambil produk tambah susu mestilah mengamalkan konsep 'demand & supply'. Apakah konsep 'demand & supply' ini? Konsep ini bermaksud permintaan dan bekalan. Lebih banyak permintaan dari bayi anda, lebih banyaklah bekalan susu akan disediakan. Atau bahasa mudahnya, semakin kerap payudara dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam) maka semakin banyaklah susu akan dihasilkan. 

Cara yang paling berkesan untuk memperbanyakkan susu badan ialah dengan melakukan stimulasi iaitu pam dan 'direct feeding' di mana payudara mestilah kerap dikosongkan. Senang cerita bayi anda hendaklah selalu disusukan. Bila proses ini terjadi, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu perlu disediakan. Percayalah susu ibu tidak akan pernah habis. InsyaAllah

Sekiranya susu tidak banyak, dan ibu pula kurang inisiatif untuk pam dan jarang menyusui bayi lantaran pelbagai alasan seperti sibuk bekerja dan sebagainya maka sia-sialah anda mengambil supplemen tambah susu ini. Jom tengok produk yang disarankan untuk penyusuan.

ESP
ESP kaya dengan protein. Bertindak sebagai makanan sel dan membantu memekatkan susu ibu. Kulit ibu dan anak lebih cantik, cerah dan sihat. Selain itu, ESP adalah rendah lemak dan bebas daripada laktosa serta kolestrol. 

Alfalfa 
Merupakan 'milk booster' atau makanan penambah susu yang popular. Kaya dengan mineral, serat dan klorofil.

Vitalea
Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral utama. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh para ibu yang menyusukan bayi. Mempunyai pelbagai nutrien yang diperlukan agar ibu akan sihat, cergas dan bertenaga sentiasa.

Vitamin B Complex
Kombinasi kesemua vitamin B hebat termasuk asid folic. Membantu menukarkan makanan kepada tenaga agar ibu-ibu lebih bertenaga. Produk ini juga anti stres agar dapat membantu kita lebih fokus dan tenang dalam menjalani proses penyusuan bersama bayi tersayang.

Vitamin C
Membantu memperbaiki tisu-tisu yang rosak agar membina kulit yang sihat. Produk ini turut membantu dalam meningkatkan sistem imun ibu dan penting untuk perkembangan anak yang menyusu agar sentiasa sihat dan cergas. 

Ostematrix
Menyusu bayi boleh memberi kesan kepada kehilangan jisim tulang. Sekiranya ibu-ibu menyusu tidak mengambil sumber kalsium yang mencukupi tidak mustahil mereka akan mengalami osteoporosis. Produk ini sangat membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat.

Sekiranya ibu-ibu di luar sana tidak pasti untuk memilih yang mana satu, jangan risau saya boleh 'guide' mengikut keperluan dan sesuai dengan bajet anda. Pelbagai tips menarik menanti anda eksklusif untuk pelanggan saya sahaja. Yakinlah anak anda berhak mendapat yang terbaik dari ibu mereka sendiri. Jangan malu jangan segan hubungi saya sekarang.





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.






Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments: