Saturday, June 28, 2014

Dengan Set Home Care-Get Clean Shaklee Semua Kerja Rumah Ditanggung Beres

Assalamualaikum semua...Tengah buat apa tu? Kalau kat ofis mesti tengah sibuk dengan tugasan kerja. Kalau kat rumah mestilah tengah kemas rumah atau melayan kerenah anak kan? Ai yang tanya ai yang jawab. Bagus. Harini nak bagi 'lecture' perihal tugas si isteri di rumah.

Sebagai seorang isteri, kerja rumah tu memang dah sinonim dengan kita. Tak sikit banyak perlu dibereskan. Mana nak masak, kemas rumah, kain baju yang tak terbasuh lagi. Tu baru tajuk besar dia. Kalau nak lebih spesifik, contohnya tugasan memasak termasuklah siang ikan, basuh ikan, perap ikan, goreng ikan pastu kupas bawang, potong bawang, blend bawang ktungktangktungktang badan pun berbau ikan dengan bawang. Baru sentuh bab masak sikit belum masuk bab kemas rumah.

Senarai panjang sesak nafas nak taip semua. Macam-macamlah nak kena buat, sapu sampah, vakum karpet, lap tingkap, mop lantai blablayadayada uikss tak abis senah oii. Lebih-lebih lagi time ada buat makan-makan, kenduri kawen dan sebagainya. Tapi jangan lupa pahala pun berlipatganda tau. Cuma tulah kalau ada pembantu rumah kan best bolehlah tolong bereskan mana-mana yang patut (sambil 'imagine' ada bibik).

Cakap pasal pembantu, hari ini saya nak memperkenalkan satu set produk Shaklee yang diberi nama Home Care-Get Clean. Eh ini bukan supplement yang oii. Ini 'home care' produk. Pendek kata boleh membantu kita dalam kerja-kerja rumah tapi masih menggunakan kudrat tulang empat kerat ni. Sob sob

Set Home Care-Get Clean Shaklee terdiri daripada:
  • Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
  • Fresh Laundry Concentrate (Serbuk)
  • Soft Fabric Concentrate
  • Dish Wash Concentrate 

Sumber Google


Set Home Care-Get Clean ini boleh dibeli satu set atau pun berasingan. Bergantung pada bajet masing-masing. Bagi mereka yang ada anak kecil sangat-sangat disarankan menggunakan produk ini. Maklumlah budak kecil mana tahu bezakan bersih ke tidak. Yang dia tahu nak main, jilat lantai pastu masukkan barang dalam mulut iskh2 bahaya.

Walaupun rumah kita nampak bersih pada hakikatnya belum tentu selamat dari bahan kimia berbahaya. Di sinilah Set Home Care-Get Clean dapat membantu anda. Hal ini kerana Set Home Care-Get Clean diperbuat daripada ramuan semulajadi. Malah jika dibandingkan dengan produk pencuci yang berada di pasaran jauh lebih selamat kerana kandungannya yang mesra alam, iaitu:
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • pH seimbang
Korang janganlah pulak buat air minum, mentang-mentanglah ramuan semulajadi tetibe ter'overdose' pandai pulak kan? Agak-agak la. Bagi yang berani mencuba, anda boleh 'explore' pelbagai kegunaan produk ini terutama sekali produk Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate. Diulangi sekali lagi bagi mereka yang berani jer. Berani buat berani tanggung gitu. Jom tengok antara eksperimen yang pernah dibuat dengan menggunakan produk Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate. 

Sebagai bahan pencuci

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas
credit to mamaqaireen.blogspot.com

Ketika kecemasan

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2.
Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3.
Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4.
Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5.
Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6.
Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7.
Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8.
Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9.
Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
credit to mamaqaireen.blogspot.com


Testimoni pilihan-biar gambar berbicara

Sumber Google

Taraaa...wahh bolehlah menyental dengan senyuman lepas ni kan?? Takdelah seksa sangat nak menyental periuk belanga time kenduri-kendara nanti. Kalau tak percaya meh order sekarang dan cuba sendiri. Sekarang anda tak perlu ada bibik lagi tapi kalau ada pun bagus juga biar bibik yang sentalkan hehehe. Sekarang semua kerja rumah ditanggung beres dengan Set Home Care-Get Clean Shaklee. Dapatkan segera dengan menghubungi saya sekarang. Boleh pm fb/wassap di 011-37008943 dengan kadar segera zasss Terima kasih.



Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments: