Pernahkah anda terfikir kekuatan bunyi rahim yang menemani bayi selama 9 bulan?
Pada awal tahun 1970an, para doktor telah memasukkan mini mikrofon ke dalam rahim ibu yang menunggu masa untuk melahirkan. Mereka mendapati bunyi rahim mencecah 90db atau lebih kuat dari vacuum cleaner!
Bunyi-bunyian ini datang dari pelbagai sumber antaranya peredaran darah ke setiap salur, buka tutup injap jantung ibu serta bunyi aktiviti proses pencernaan sistem badan ibu.
Jangan khuatir! Ia mungkin cukup kuat tetapi bunyi akhir yang sampai ke pendengaran bayi amat menenangkan dan bayi memang gemarkannya!. Ini kerana gegendang telinga bayi masih tebal, di saluti wax/vernix dan hakikat bayi berada di dalam air telah menenggelamkan kekuatan bunyi tersebut.
Ini adalah sebab mengapa bayi tidur lebih lena pada siang hari terutama jika berada berdekatan dengan punca bunyi aktiviti rumah seharian (pada tahap tertentu). Ia juga adalah antara faktor mengapa bayi lebih kerap terjaga pada malam hari terutama jika suasana hening dan senyap sunyi.
Ia kerana bayi merasa 'understimulate' atau terasing bila kehilangan sensasi bunyian ini. Balut (swaddle) dan mainkan bunyian menenangkan (white noise) yang boleh di beli dalam bentuk cd, atau setkan mode statik pada radio, tv atau jam loceng atau rekod bunyian vacuum cleaner atau pengering rambut dapat membantu bayi tidur lebih lena dan panjang! Bereksperimen lah dengan bunyi yang paling di gemari bayi anda (kerana kita tidak akan mampu meniru bunyi rahim 100%) dan cuba lihat hasilnya!
Share from Baby Language Page
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment