1. Menangis untuk menyampaikan kehendak rutin cthnya: lapar, mengantuk dll
Apa yang boleh anda lakukan?
Membiasakan diri memahami isyarat bayi antaranya memberi perhatian pada bahasa tubuh bayi cthnya menguap & menggosok mata bila mengantuk. 5 tangisan rutin bayi iaitu mengantuk, lapar, tak selesa, kembung perut dan ingin sendawa dapat di pelajari dengan mudah menggunakan sistem Dunstan Baby language. Sangat di sarankan terutama bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu. DVD dunstan baby language adalah alat bantuan yang bagus bagi hal ini.
2. Sakit/tidak sihat
Amat mudah mengenal pasti tangisan yang di sebabkan perkara ini. Selain isyarat dari tubuh bayi seperti badan menjadi panas, timbul ruam atau tidak mahu menyusu, bayi menjadi lebih cerewet, sukar di tenangkan dan menangis lebih kuat serta kerap.
Apa yang boleh anda lakukan?
Bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi terdedah dengan pelbagai risiko jangkitan dan penyakit kerana tahap imun badan yang masih lemah. Penting untuk merujuk kepada yang pakar dalam hal ini.
3. Terganggu secara emosi
Jika 2 checklist di atas tidak berkait, ketahuilah bayi anda mungkin sedang resah, takut, bosan dan sebagainya. Bayi kecil amat mudah merasa letih dengan stimulasi dari pelbagai sumber di sekeliling yang datang dalam bentuk cahaya, bunyi dan sentuhan (overstimulate). Dan mereka juga mudah merasa terasing di dunia baru ini bila kehilangan kesemua sensasi rahim (understimulate) yang menemani mereka sejak 9 bulan yang lalu.
Mendukung, mendakap, menari, menyanyi..serta apa sahaja bentuk respon kasih sayang dapat menenangkan bayi dalam kes ini. Anda juga boleh belajar teknik menggendong bayi dengan betul kerana amalan menggendong dapat mengurangkan tangisan sehingga 47% terutama pada lewat petang. Atau, kami sarankan teknik cuddle cure atau dikenali suis tutup tangisan bayi. Kerana cuddle cure yang di buat dengan tepat dapat mengaktifkan reflek bertenang bayi dengan cepat. Ketahuilah belaian kasih sayang dalam apa jua bentuk amat penting buat bayi. Terlalu banyak kajian membuktikan kes bayi yang di abaikan dan di nafikan ke tahap ekstrem, untuk mendapat cukup perhatian&belaian akhirnya mengalami kerencatan akal dan tumbesaran yang kekal kerana kurangnya stimulasi sentuhan dan layanan, bermakna tiada sinaps baru terbentuk di dalam otak bayi. Dan anda sama sekali tidak akan menjadikan bayi kecil 'mengada-ngada' atau manja hanya kerana 'terlebih' memberi kasih sayang.
Copy & Paste from Baby Language Page
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment