Monday, June 2, 2014

Bukan Salah Susu Ibu

Kadang kala ada bayi baharu lahir menghadapi masalah ruam di bahagian muka walhal dia hanya minum susu ibu sepenuhnya. Sesetengah berpendapat ruam tersebut disebabkan oleh susu ibu yang tidak sesuai dengan bayi.
Benarkah susu ibu boleh mendatangkan ruam? Bukankah susu ibu adalah antibodi terbaik untuk bayi? Ruam boleh berlaku kepada mana-mana bayi. Terdapat beberapa jenis ruam yang biasanya berlaku kepada bayi di bulan-bulan awal iaitu
  1. Baby acne (seperti jerawat) yang biasanya berlaku di minggu-minggu awal. Ia kelihatan seperti jerawat-jerawat kecil di sekitar kawasan pipi, dahi dan kepala. Ia tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada bayi. Ruam berlaku disebabkan susu ibu mungkin dibiarkan di pipi tanpa dilap atau dibersihkan. Ibu disarankan menggunakan air biasa dan tuala lembut untuk membersihkan kawasan pipi setiap kali selepas sesi penyusuan.
  2.  Ekzema juga ruam yang biasa berlaku kepada bayi ketika berusia satu hingga lima bulan. Kulit penghidap ekzema sentiasa kelihatan kering. Rawatan yang biasa digunakan untuk ekzema adalah menggunakan agen pelembap.
  3.  Terdapat juga sejenis ruam yang dikenali sebagai seborrheic dermatitis yang biasanya berlaku ketika bayi berusia sebulan. Ia seperti jerawat merah yang kecil dan bersisik kekuningan di kawasan kening, bulu mata dan kulit kepala.
sumber google

Untuk makluman ibu, alahan terhadap sus ibu itu sendiri adalah sesuatu yang mustahil. Bayi berkemungkinan sensitif kepada protein dalam susu ibu yang datangnya daripada pemakanan si ibu sendiri.
Menurut kajian, punca utama adalah protein daripada susu lembu. Sekiranya ibu mengamalkan pengambilan produk tenusu secara berlebihan (susu, keju, ais krim atau sebarang produk diproses yang mengandungi casein atau whey protein), cuba berhenti untuk seketika (dua minggu) dan lihat jika ada perubahan. Ini sahaja cara untuk mengetahuinya secara khusus.

Sumber Pa & Ma



Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments: