Sumber Pa & Ma
Kadang kala kita risau apabila melihat bayi orang lain yang seusia dengan bayi kita berselera apabila diperkenalkan dengan makanan pejal sedangkan anak kita menjelirkan lidahnya saat disuap makan.
Sebenarnya ia bergantung kepada bayi itu sendiri. Memang anda digalakkan untuk mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi apabila sudah mencecah usia enam bulan. Tetapi semua bayi adalah berbeza. Ada yang teruja mencuba sesuatu tekstur dan rasa yang baharu.
Bayi mendapat apa yang diperlukan oleh badan mereka daripada susu ibu atau susu formula sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya setahun. Jadi, anda tidak perlu terburu-buru memaksa bayi untuk mula berselera makan bijirin atau bubur sebaik sahaja usianya mencecah enam bulan.
Perhatikan beberapa petunjuk berikut sebagai petanda bayi anda bersedia untuk makanan pejal:
*Adakah dia suka mengutip sesuatu dan memasukkan ke dalam mulut?
*Adakah dia teruja melihat anda makan?
*Adakah bayi anda kelihatan masih lapar biarpun selepas sesi penyusuan?
Perkenalkan makanan pejal sedikit demi sedikit secara perlahan kepada bayi anda adalah pendekatan yang lebih baik. Mahu atau tidak anda perlu melaluinya juga kerana faktor berikut:
*Stok simpanan zat besi bayi semakin berkurangan selepas dia mencapai usia enam bulan.
*Bayi perlu belajar mengunyah untuk membantu perkembangan pertuturannya.
*Pertumbuhan bayi mungkin menjadi perlahan apabila dia hanya bergantung kepada susu ibu sahaja selepas usia enam bulan.
Bilakah masa sesuai untuk perkenalkan makanan pejal?
Adakah selepas menyusukannya? Bayi anda mungkin masih kenyang. Cuba tawarkan makanan sebelum sesi penyusuan.
Adakah pada waktu tengahari? Dia mungkin sedang keletihan dan mengantuk. Beri makanan selepas masa tidur siang atau ketika moodnya sedang gembira dan bersedia mencuba pengalaman baharu.
Anda sendiri perlu bertenang! Sekiranya bayi terus bertambah berat badan, ini bermakna dia dalam keadaan sihat. Anda boleh berhenti seketika dan cuba perkenalkan makanan pejal lagi dalam masa seminggu dua lagi untuk melihat sama ada bayi lebih menunjukkan minat atau tidak.
Sumber Pa & Ma
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment