Kaedah Mengepam Susu Ibu merupakan satu kemahiran seperti juga menyusukan anak. Di sini, terdapat beberapa tips yg ingin saya kongsikan untuk membantu anda memudahkan proses mengepam susu dan membantu anda mendapat "let down reflex" lebih cepat, menghasilkan susu yang lebih banyak dan menjadikan sesi mengepam lebih selesa (convenience).
- Lakukannya mengikut rutin kebiasaan anda : Tempat, kerusi, air kosong, alatan mengepam. Pastikan segalanya tersedia dalam kedudukan yg sama setiap hari. Selesakan diri anda setiap kali sesi mengepam, elakkan melakukannya dlm keadaan tergopoh-gapah, terkejar-kejar masa..ini akan membantu anda mengepam dengan lebih tenang dan membantu anda untuk mendapat "let down refleks" dengan lebih cepat.
- Minum air masak : Minumlah beberapa gelas air sebelum sesi mengepam dilakukan dan begitu juga selepas selesai mengepam.
- Bawa bersama gambar anak anda : Sambil mengepam lihatla gambar-gambar anak atau videonya anda juga boleh membawa baju atau selimut yg ada bau baby supaya anda dapat rasakan seperti dia berada dekat dengan anda seperti waktu menyusukannya. Anda juga boleh mengepam sambil menelefon baby sitter apa yg sedang anak anda lakukan waktu itu. Sepanjang mengepam, berzikirlah sebanyak mungkin. Jika tiada video dan gambar anak gantikan dengan membaca AlQuran.
- Minimumkan kesakitan / ketidakselesaan : Jika pam membuatkan puting anda sakit, cuba gunakan level yg lebih rendah (pam elektrik). Boleh gunakan krim seperti BEPANTHEN jika anda rasa sakit atau tidak selesa selepas mengepam.
- Mengepam la sekerap anak menyusu (2-3jam) : Jika anda risau tentang production anda yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak, pam lah lebih kerap lagi..atau tambah sesi mengepam dari jadual biasa anda. Ini kerana untuk stimulate lebih byk susu kita perlu PAM LEBIH KERAP BUKAN PAM LEBIH LAMA!
- Mulakan sesi mengepam di awal pagi : Ini kerana waktu pagi, payudara lebih banyak susu kerana badan lebih aktif menghasilkan susu sepanjang malam kerana hormon prolaktin dan oksitosin lebih tinggi di waktu malam dengan syarat anda rajin menyusukan anak sepanjang malam. Ini sangat membantu terutama untuk ibu yang sedang berusaha menambah stok susu.
- Jika hasil mengepam tidak seperti hasil yang biasa diperolehi periksalah pam anda! : Periksa sama ada semua part telah dipasang betul dan dalam keadaan baik. Perkara tersebut boleh menyebabkan suction akan bermasalah dan susu tidak dapat dikeluarkan dengan lebih lancar menyebabkan payudara tidak dapat dikosongkan dengan betul.
- Lakukan tandem pumping : Pamlah ketika anak sedang menyusu di sebelah. Anak anda merupakan penghantar/pencipta signal paling hebat pada otak melalui gaya hisapannya. Kebiasaannya ibu akan mudah merasa let down reflex apabila menyusukan anak berbanding sewaktu sisi mengepam susu. Ini membantu ibu mendapat susu sewaktu anak sedang menyusu melalui payudara sebelah lagi. Pastikan juga anak hanya minum dari sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu dan utk sesi penyusuan seterusnya beri anak payudara yang sebelah lagi.
- Ada sesetengah ibu menghasilkan lebih banyak susu menggunakan double pam : Secara logic dan teorinya, sememangnya paras hormon prolaktin dalam darah akan meningkat apabila susu dikeluarkan serentak dari kedua-dua payudara. Terdapat banyak jenis pam payudara yg berkualiti dan mudah dikendalikan. Bagaimanapun untuk pengguna pam manual, anda boleh menggunakan 2 unit pam manual untuk melakukan double pumping.
- Jika sesi mengepam menyakitkan atau membuatkan anda tidak selesa, tukar lah pam anda! : Pemilihan pam amat penting. Sebaiknya pilihlah pam yang mepunyai gred horpital dan tidak menyakitkan. Terdapat banyak jenis pam yang berprestasi tinggi dengan harga mampu milik. Ini kerana, suction yg baik, tidak menyakitkan membolehkan ibu mendapat keselesaan seterusnya susu yg dapat dipam juga lumayan hasilnya.
Mulakan dengan urutan : Bermula dari bahagian ketiak, gunakan jari dari tangan yg bertentangan untuk membuat urutan bulatan kecil di sekeliling payudara buat berulang-ulang kali. Buat urutan dari dada ke areola juga. Setelah itu lakukan urutan yg sama pada payudara yg di sebelah lagi. Jangan lupa memulakan sesi dengan Bismillahirrahmanirrahim.
UNTUK KESELESAAN
Pakai lah "two-piece outfits" untuk membolehkan anda mengepam dengan lebih mudah. Pilihlah baju yang agak longgar yg mudah untuk anda selak ke atas. Nursing blouse juga sangat membantu.
SALAM PENYUSUAN SUSU IBU,
Noorfazila Abdul Rahman
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Anda!
Copy & paste from Noorfazila Abdul Rahman
Jom tonton latest vimeo mengenai Set Penyusuan Shaklee
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
Pakai lah "two-piece outfits" untuk membolehkan anda mengepam dengan lebih mudah. Pilihlah baju yang agak longgar yg mudah untuk anda selak ke atas. Nursing blouse juga sangat membantu.
SALAM PENYUSUAN SUSU IBU,
Noorfazila Abdul Rahman
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Anda!
Copy & paste from Noorfazila Abdul Rahman
Jom tonton latest vimeo mengenai Set Penyusuan Shaklee
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment