Monday, September 22, 2014

Set Kesuburan Bajet Shaklee Khusus Untuk Suami Dan Isteri

Assalamualaikum semua

Sempena tajuk 'Set Kesuburan Bajet Shaklee Khusus Untuk Suami Dan Isteri' dah sah-sah mestilah berkaitan dengan cahaya mata, kan? Kenapa pula dinamakan set bajet? Kerana produk yang akan saya huraikan adalah produk yang paling asas dalam mengatasi masalah kesuburan. Sebenarnya Shaklee mempunyai rangkaian produk kesuburan yang meliputi pelbagai aspek kesihatan. Jadi sebagai seorang pengguna, anda haruslah prihatin apa sebenarnya yang anda perlukan dalam mengatasi masalah yang sedang anda alami. Saya bagi contoh ye. Andai kata anda sering rasa stress/terbeban/berkecamuk/asyik nak marah jer mungkin B Complex adalah jawapannya. 

Sekiranya anda dan pasangan telah melakukan pemeriksaan doktor dan telah disahkan tiada apa-apa masalah yang berkaitan dengan kesuburan, mungkin sudah sampai masanya untuk mencuba rawatan alternatif atau suplemen tambahan sebagai ikhtiar.

Di sini ingin juga saya kongsikan antara 3 petikan dari website Dr Hamid Arshat mengenai fungsi suplemen dengan masalah kesuburan.







Tanpa membuang masa jom kita berkenalan dengan Set Kesuburan Bajet Shaklee yang terdiri daripada:

GLA
  • Amat disarankan kepada mereka yang mempunyai masalah senggugut, PMS dan kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur akan menyukarkan pengiraan waktu subur. Ini kerana waktu subur mempunyai kebarangkalian untuk hamil lebih tinggi daripada waktu tidak subur. Untuk mengira waktu subur anda, sila rujuk artikel ini.
  • GLA turut berperanan memastikan cecair mukus (cecair kesuburan) di dalam serviks mencukupi di mana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopio di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cairan ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari.
  • Berdasarkan testimoni pengguna, GLA turut membantu dalam mengecutkan cyst. Sila rujuk entri ini
  • Untuk mengetahui lebih lanjut tentang isi kandungan GLA sila rujuk entri ini.

ESP

  • Protein yang terkandung dalam ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur serta fungsi badan yang sempurna.
  • ESP boleh membantu dalam membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan seterusnya akan meningkatkan tahap kesuburan dan peluang untuk hamil. 
  • ESP mampu membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang bagi meningkatkan tahap kesihatan berada pada tahap optimum. 
  • Memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan bagi mengelakkan keletihan.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan ESP sila rujuk entri ini.


Vitamin E

  • Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan Selenium yang mana fungsinya ialah untuk membantu Vitamin E bertindak dengan lebih baik dan berkesan.
  • Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan Selenium akan hilang melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.   
  • Vitamin E yang kaya dengan antioksidan boleh membantu dalam mencegah kerosakan DNA sperma, serta memperbaiki kuantiti dan kualiti sperma.
  • Mempertingkatkan kebolehan reproduktif bagi suami dan isteri dalam membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.


Zinc Complex
  • Zink turut berperanan dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti sperma selain menambah kepekatan dan kekuatan sperma. 
  • Bertindak merangsang pembentukan hormon testosterone dan membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian.
  • Zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid).
  • Kesan dari kekurangan zink adalah penurunan hormon testosteron, pengecutan testis, penyakit prostat dan sperma yang lemah.
  • Zink turut digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Anak merupakan anugerah dan amanah yang maha hebat daripada Allah SWT. Kepada mereka yang belum berpeluang merasainya tentulah akan berusaha ke arah itu kan? Di samping berusaha, kita jangan lupa berdoa kepadaNya. Di sini saya ingin berkongsi antara doa yang boleh diamalkan. 


Sumber Google


Bagi testimoni mengenai keberkesanan produk Set Kesuburan Bajet Shaklee, sila rujuk di halaman ini. Kepada yang berminat untuk mendapatkan Set Kesuburan Bajet Shaklee khusus untuk suami dan isteri, boleh hubungi saya dengan segera. Jangan malu jangan segan, saya akan cuba memberikan konsultasi yang terbaik utnuk anda. Terima kasih



Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments: