Thursday, September 11, 2014

Kepentingan DHA Untuk Minda

Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas?
DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh.
DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.


 Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
*Meningkatkan daya fokus
*Perkembangan otak yang baik
*Menajamkan penglihatan
*Meningkatkan sistem imun
*Mencegah ekzema

Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:
*1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
*2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
*4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.


Makanan yang kaya DHA:
*Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi  10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.
*Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.

Sumber dari pama.karangkraf.com




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments: