Wednesday, September 10, 2014

Cuba Atasi Masalah Fibroid Dengan GLA Complex

Fibroid Tidak Kenal Usia

Ramai yang menyangka fibroid berisiko kepada golongan wanita berumur sekitar 30 tahun ke atas sahaja, namun sebenarnya ia boleh berlaku kepada setiap wanita yang sudah mencapai umur akil baligh.

Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami gejala atau tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.

Pakar Perunding Obsetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Adilah Ahmat berkata, wanita yang mempunyai fibroid yang merupakan penyakit yang berkaitan dengan rahim, tidak perlu bimbang tentang kehadirannya kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.




“Fibroid ialah sel-sel otot rahim yang bergumpal dan bukan sejenis kanser. Hanya kurang satu peratus fibroid boleh bertukar menjadi kanser yang dipanggil Sarkoma.

“Lebih 50 peratus wanita mengalaminya, namun daripada mereka tidak tahu pun mereka mempunyai fibroid sehinggalah membuat pemeriksaan berkala dan doktor mengesahkan di dalam rahim mereka terdapat ketulan fibroid," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitupun, ia tidak berbahaya bergantung kepada kedudukan dan saiznya. Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.

Beliau menambah, tiada sebab-sebab dan punca-punca tertentu mengapa wanita mempunyai ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana ia sendiri terdiri daripada otot rahim.

Lazimnya, fibroid membesar secara perlahan-lahan dan tanpa simptom.

Lokasi fibroid di dalam rahim sama ada di luar, tengah, dan dalam akan memberi gejala berbeza kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang.

Dr.Adilah berkata, terdapat lima jenis fibroid iaitu fibroid sidemucosa, fibroid intramyometrium, fibroid subserosa, fibroid broad ligament, dan fibroid servikal.

“Jika fibroid bersaiz kecil, ia akan melekat di dinding rahim sahaja (fibroid subserosa) tetapi jika ia terbonggol ke dalam (fibroid sidemucosa), ia akan mengubah lapisan tempat darah haid yang akan menyebabkan pengeluaran darah haid dalam jumlah yang banyak.

“Fibroid yang besar jika terbonggol ke dalam akan menekan pundi kencing yang akan menyebabkan masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing atau sering kali tidak dapat mengawal kencing.

“Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing.

“Jika membonggol ke belakang pula, ia akan menekan saluran usus di belakang. Ia mungkin akan menyebabkan kesukaran membuang air besar dan sembelit.

"Apabila ini berlaku, sepatutnya mereka berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya," katanya.

Beliau menambah, wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid masih boleh mengandung kecuali ia tumbuh di bahagian servik dan sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia akan menyebabkan salur fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil.

“Ibu yang mempunyai fibroid di dalam rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.

“Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin. Ia akan menyebabkan risiko pendarahan," katanya.

Dr. Adilah menegaskan, sekiranya didapati ia tumbuh dalam saiz yang kecil pesakit tidak digalakkan untuk membuangnya melalui pembedahan kerana dikhuatiri pada masa akan datang akan wujud lagi ketulan-ketulan yang lain kerana benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.

“Jika ia tidak berbahaya, mengapa mahu melakukan pembedahan berulang kali, Sebenarnya pada fasa menopous, fibroid akan mengecut kerana wanita tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pembesaran ketulan fibroid.

“Pembedahan juga agak berisiko kerana akan mengakibatkan pendarahan yang banyak kerana rahim merupakan sumber bekalan darah yang utama," ujarnya.

Ujarnya, biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras akan menyebabkan pesakit tidak selesa.

Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda tersebut.

Beliau menambah, doktor akan mengesyorkan ia dibuang sekiranya saiz terlalu besar sehingga menyebabkan perut kembung seperti orang mengandung yang menimbulkan ketidakselesaan.

Pengeluaran darah haid yang begitu banyak sehingga pesakit perlu dimasukkan bekalan darah baharu kerana kekurangan darah, juga digalakkan untuk membuang fibroid.

Katanya, fibroid yang terlalu terbonggol ke dalam sehingga terkeluar ke pintu rahim yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, juga perlu dibuang.

Katanya, wanita perlu mengurangkan pengambilan produk berasaskan estrogen seperti susu, kacang soya, ubi keladi dan produk kecantikan yang menggunakan estrogen sebagai bahan utama selain amalan gaya hidup yang sihat.

- NURSYAMIMI SAIDI

Sumber dari utusan.com.my/utusan/Kesihatan



Assalamualaikum semua

Mungkin ada yang risau atau berteka teki dengan diri sendiri setelah membaca artikel di atas bukan? Jika ya, sila berjumpa dengan pakar yang bertauliah untuk mendapatkan kepastian. Jangan minta khidmat nasihat dari mereka yang tiada pengalaman takut lain pula jadinya. 

Menurut artikel di atas; (p/s i love this article, easier to understand & give rough idea what is fibroid all about; thumbs up!!)

  • tiada sebab dan punca tertentu mengapa wanita mempunyai ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana fibroid itu sendiri terdiri daripada otot rahim.
  • saiz fibroid yang terlalu besar hingga menimbulkan ketidakselesaan dinasihatkan agar dibuang. Bagi saiz fibroid dalam skala kecil pula tidak digalakkan untuk membuangnya melalui pembedahan.
  • pada fasa menopous, fibroid akan mengecut kerana wanita tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pembesaran ketulan fibroid

Secara alternatif, Shaklee ada menawarkan pelbagai suplemen untuk mengawal keadaan ini. Salah satu daripadanya ialah GLA Complex. GLA yang bermaksud Gamma-Linolenik Asid boleh membantu mengawal selia hormon kerana mengandungi sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin tu apa? Ia adalah bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Satu botol mengandungi 60 kapsul dan setiap kapsul mengandungi lebih 500mg GLA yang mana ia turut digabungkan dengan 'Sunflower Seed Oil', 'Borage Seed Oil' dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanannya. Untuk mengetahui isi kandungan dan manfaat utama GLA Complex boleh rujuk di sini.  

Ingin ketahui testimoni mengenai produk GLA Complex Shaklee? Sila klik di sini

Ingin dapatkan produk GLA Complex Shaklee? Sila hubungi saya dengan segera... pm/whatsapp 011-37008943. Terima kasih





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit






No comments: