Tuesday, September 9, 2014

Meningkatkan Tahap Kesuburan Dengan Set Slimming Shaklee

Assalamualaikum semua

Tahukah anda Set Slimming Shaklee mampu membantu dalam meningkatkan tahap kesuburan? Tapi bagaimana ya? Begini...masalah kegemukan merupakan antara salah satu penyebab ketidaksuburan di kalangan mereka yang ingin hamil. Jadi, di sinilah Set Slimming Shaklee memainkan peranan. Namun, ada juga yang berjaya hamil terdiri daripada golongan obesiti. Apa pun yang terjadi semuanya dengan izin Yang Maha Kuasa. Siapalah kita yang nak mempertikaikannya kan? Selain faktor tersebut, ada pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada permasalahan ini. Oleh sebab itu, bagi pasangan yang terlibat perlulah melalui pemeriksaan tahap kesuburan masing-masing. Apakah langkah-langkah yang perlu anda lalui ketika pemeriksaan tahap kesuburan? Jom ikuti kupasan yang sempat saya kongsikan dari sumber utusan.com.my.



Pemeriksaan Tahap Kesuburan

Soalan:

Usia perkahwinan saya sudah mencecah empat tahun. Namun, kami masih belum dikurniakan anak. Badan saya dan suami memang agak gempal. Adakah ini punca kami sukar mendapatkan anak? Apa yang perlu saya lakukan untuk memeriksa tahap kesuburan saya?

- Rokiah, Kedah.

Jawapan

Saya amat memahami tentang permasalahan yang sedang dialami oleh anda. Memang agak tepat apa yang anda sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan mengalami infertiliti. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa tidak bertelur. Dalam bidang perubatan ia dikenali sebagai tiada berlakunya pengovulan.

Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (body mass index- BMI)- kurang daripada 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. Lelaki yang berbadan gempal juga mempunyai aras hormon lelaki yang tidak seimbang dan boleh mengakibatkan permasalahan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan sperma/ benih lelaki). Penurunan berat badan bagi anda dan suami adalah amat penting sebagai salah satu langkah rawatan bagi masalah ketidaksuburan atau infertiliti dan juga bagi menghindarkan diri anda berdua daripada mengalami masalah lain berkaitan obesiti.

Langkah pertama yang paling baik ialah berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat, penerangan berkenaan waktu subur, pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid dan hormon testosteron. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

Pemeriksaan seterusnya ialah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim dan pada masa yang sama ujian Pap smear boleh dijalankan. Selain pemeriksaan faraj, anda perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) melalui faraj yang dikenali sebagai transvaginal sonography (TVS). Wanita juga perlu menjalani ujian yang lain untuk mengesan masalah salur Fallopio sama ada tersumbat, melekat dan sebagainya dengan menjalani sama ada ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram atau HSG) atau ujian laparoskopi (secara tebukan di bahagian umbilikus atau pusat). Ujian x-ray rahim ialah satu tatacara yang mana doktor pakar x-ray atau pakar radiologi akan menyuntik satu suntikan cecair khas ke dalam rahim melalui saluran faraj dan pada masa yang sama 6 hingga 8 keping gambar akan diambil untuk mengesan sama ada salur Fallopio anda tersumbat atau tidak.

Lelaki

Bagi lelaki, sejarah perubatan, pemeriksaan klinikal dan ujian air mani perlu dijalankan. Orkidometer ialah sejenis alat yang berupa tasbih yang besar yang mempunyai ukuran yang berbeza-beza. Ia boleh digunakan untuk mengukur saiz buah zakar (kelenjar testis) bagi pihak lelaki. Buah zakar yang bersaiz normal ialah berukuran antara 15 hingga 20 ml. Pemeriksaan seterusnya ialah ujian air mani. Kadang-kadang ujian air mani perlu dijalankan beberapa kali kerana keputusannya mungkin berubah jika ujian yang pertama kali tidak normal.

Perkara yang boleh menyebabkan benih suami kurang bilangannya, tidak aktif atau tidak normal bentuknya ialah penyakit-penyakit jangkitan kuman yang mungkin berlaku pada umur kanak-kanak seperti deman beguk (mumps). Virus beguk boleh menyerang buah zakar dan merosakkan kilang benih lelaki.

Rawatan yang bersesuaian akan diberikan mengikut penyebab infertiliti. Pada kebiasaannya penyebab utama ialah anovulasi (tidak bertelur atau tidak subur). Ubat subur yang biasa diberikan ialah clomiphene citrate. Ubat ini merupakan hormon anti-estrogen sintetik yang berfungsi untuk meningkatkan rembesan hormon perangsang folikel (FSH) daripada kelenjar pituitari yang seterusnya akan meningkatkan perkembangan folikel di dalam ovari.


Sumber dari utusan.com.my/utusan/Kesihatan


Post hari ini nak berkongsi mengenai Set Slimming Shaklee. Set Slimming Shakle terdiri daripada Alfalfa Complex, Cinch Shake Mix, ESP, Herb-Lax, Lecithin, Omega Guard dan juga Phytocol ST. Wahhh banyaknya...macam mana nak pilih ni? Jangan pening kepala sila hubungi saya dengan segera. Konsultasi percuma (cara pengambilan, tips & cadangan, krisis pemulihan) eksklusif untuk customer yang membuat pembelian dengan saya sahaja ;) Diharapkan perkongsian saya pada hari ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin meningkatkan tahap kesuburan dengan Set Slimming Shaklee. Wallahhualam



Lecithin

  • Membantu memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu menghalang pembentukan lemak di hati

Omega guard

  • Mengandungi asid lemak Omega 3 yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. Dalam masa yang sama, Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah lemak jahat dibakar.
  • Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3. 

Herb-Lax

  • Membantu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan seterusnya membantu masalah sembelit
  • Membantu mengempiskan dan memejalkan perut
  • Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax.

Alfalfa

  • Membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol- dengan penggunaan jangka panjang, alfalfa mampu bertindak seperti span, mempunyai serat yang dapat menyerap kolesterol
  • Berfungsi sebagai detox dalam menyingkirkan bahan-bahan toksin dari dalam badan
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Melegakan sembelit

Cinch Shake Mix

  • Serbuk protein yang mengandungi leucine iaitu asid amino yang tugasnya memelihara otot ketika berdiet untuk kuruskan badan. Produk yang mengandungi protein ini memastikan perut sentiasa rasa kenyang dan dalam masa yang sama meningkatkan kadar metabolisma untuk membakar kalori sebanyak mungkin. 
  • Selain itu ketika diet, otot tidaklah kelihatan kendur atau tidak kuat kerana protein di dalam produk ini membantu mengekalkan kekuatan otot.

ESP

  • Memberi rasa kenyang dan faktor ini banyak membantu individu yang dalam proses penurunan berat badan
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  • Membantu merendahkan paras kolestrol
  • Kandungan ESP adalah rendah lemak, tanpa kolestrol
  • Membantu mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemulsi lemak dalam makanan
  • Bagi pesakit buah pinggang disarankan agar tidak mengambil produk ini.



Phytocol-ST

  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.



Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments: