Sunday, November 30, 2014

7 Panduan Kurangkan Gout

Utama penjagaan kesihatan, elak bawa maut

Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita. 

Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun. 

Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. 

Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout. 

1) Kekalkan hidrasi 

Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. 

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi. 

2) Elak minuman keras 

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis. 

3) Elak beli ubat gout di kaunter 

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. 

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. 

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan. 

4) Makan secara sihat 

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. 

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat. 

5) Mengekalkan berat badan 

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. 

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang. 

6) Rehat 

Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. 

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat. 

7) Halia 

Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. 
Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan. 

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.

Sumber dari www2.bharian.com.my



Sumber Google





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments: