Thursday, November 20, 2014

5 Tips Buat Hantaran Dengan Bajet Yang Kecil Tapi Cantik Dan Menarik

Assalammualaikum semua...

Bila cuti sekolah menjengah, maka banyaklah resepsi majlis kahwin berlangsung. Ada jemputan di kota, tak kurang juga di desa. Maka bagi bakal pengantin, haruslah sibuk dalam membuat persiapan, yer dok?? Takkan nak tersengih jer tup-tup semua benda tersedia depan mata kan? Mestilah segala benda perlu diambil tahu agar majlis berjalan lancar. 

Namun isu yang sering menjadi igauan ngeri bagi bakal pengantin adalah bajet. Semua benda perlu ada bajet. Unless korang anak perdana menteri atau retis fofular confirm berduyun-duyun orang nak sponsor khennn. So, harini nak lah berkongsi 5 Tips Buat Hantaran Dengan Bajet Yang Kecil Tapi Cantik Dan Menarik. Jangan pulak bagi alasan 'Saya tak kreatif lah' 'Tak mahir kraftangan ler kiter, tangan keras ye ler' No-no-no kata nak jimat kan. Jom kita intai-intai apa kekdah yang diguna pakai jom.



Simple and nice (Sumber dellaire.wordpress.com)

1. Setkan warna dan tema
Mula-mula sekali pilih tema dan warna yang mudah didapati. Paling kurang kain yang alas dulang biarlah sama. Barulah nampak seia sekata. Kalau korang suker benor dusty color, turquoise tapi susah nak cari barang yang warna sebegitu, lupakanlah. Tak terjejas pon majlis kahwin korang yer dok?

2. Survey harga barang hantaran 
Bagi perempuan, kita memang suke survey harga barang kan? So, adalah reason untuk masuk semua kedai kikiki. Aktiviti survey ni bukannya apa, boleh buat perbandingan harga tapi of courselah makan masa. Berbanding lelaki, mereka lebih cepat membuat keputusan, takyah pikir lama-lama, leceh katanya. Masuk kedai-tengok saiz-tengok harga- terus bayar. Bagi mereka YES (Year End Sale) satu malapetaka yang perlu dielakkan. Tapi bagi kita kaum hawa? YES Rahmat yang sangat mendamaikan jiwa raga kikiki.

3. Guna bunga plastik
Walaupun bunga plastik tak secantik bunga segar tapi harganya takdelah mencekik darah seperti mana bunga segar. Lagi satu, lepas majlis kahwin bunga-bunga plastik tersebut boleh diguna semula. Letak jer dalam pasu bunga dah jadi hiasan dalam rumah. Haaa kan jimat tu.



Kek bajet tak sampai seratus hinggit

4. Kek 
Sekiranya anda memang terer buat kek, masa nilah nak tunjuk skill kat bakal keluarga mertua. Kalau memang tak berapa reti nak buat, terpaksalah beli. Antara kek yang selalu menjadi pilihan adalah kek fondant. Kek fondant memang cantik tapi harganya aiyarkkk... Setahu saya harganya memang mahal disebabkan oleh bahan-bahan yang digunakan. Nak jimat guna kek aising biasa atau beli cupcake pastu susun cantik-cantik. Kreatif dan jimat.

5. Aksesori tambahan
Yang ni just nak menaikkan seri gubahan jer. Tambah ribbon, tambah manik-manik tambah bunga kecik-kecik macam bunga baby breath, forget-me-not pon dah ok. Jangan overdo pulak yer nanti jadi berserabut. 

Kepada mereka yang buntu dah takde idea nak bagi apa, apa kata korang ikut macam akak sorang ni. Gunalah suplemen Shaklee sebagai hantaran. Bukan saja menyihatkan badan malah harganya berbaloi-baloi. Nak order boleh contatct ai ok. (Sempat lagi tu)





Itulah dia serba sedikit edisi menjimatkan wang ringgit bagi part barang hantaran. Actually buat benda ni simple jer. Antara nak dengan tak nak jer. Tak usahlah nak gah di mata orang akhirnya rabak di poket sendiri. Kepada adik-adik yang bakal menjadi raja sehari, selamat mencuba 5 Tips Buat Hantaran Dengan Bajet Yang Kecil Tapi Cantik Dan Menarik. Terima kasih.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments: