Kepada anda yang mood sedang berdiet bagus juga ketahui makanan untuk tenaga badan anda.
Dalam menjalani kehidupan seharian, ada ketikanya tubuh kita akan berasa seperti tidak bermaya dan kurang bersemangat. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya stres, kurang istirahat ataupun kurangnya nutrisi di dalam tubuh.
Tetapi, anda tak perlu bimbang kerana ada banyak cara mudah yang boleh anda praktik bagi meningkatkan kembali tenaga dan semangat anda. Salah satunya adalah dengan pengambilan makanan sihat yang sangat berguna untuk tubuh anda.
Sumber Google
1. Makan madu asli
Makanan yang mempunyai pelbagai khasiat dan juga boleh merawat apa jua jenis penyakit. Boleh dimakan dengan apa jenis makanan sekali pun sebagai makanan tambahan. Untuk kesan yang lebih mujarab, amalkan setiap hari dua sudu madu dicampur dengan telur ayam separuh masak sudah cukup untuk buat anda rasai kelainannya di malam hari.
Kandungan vitamin B yang diperlukan tubuh untuk meningkatkan hormon anda dan juga boleh diambil dua sudu madu secara terus setiap hari adalah lebih baik kerana anda mendapat nutrisinya secara terus.
Sumber Google
2. Mengamalkan pengambilan herba ginseng
Ubatan yang kerap diambil oleh masyarakat Cina ini juga boleh dijadikan salah satu amalan atau makanan tambahan kepada pasangan suami isteri kerana kandungan vitamin dan khasiatnya yang tersendiri.
Digunakan sebagai perawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dengan hanya meminum air yang sudah direneh dengan ginseng selama beberapa jam setiap hari.
Elemen yang penting terdapat didalam ginseng ialah ia boleh membantu menghasilkan tenaga untuk melancarkan perjalanan darah dalam sistem badan.
Sumber Google
3. Makan buah pisang
Penyelidikan yang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Pisang sangat popular di kalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera serta baik untuk sistem penghadaman.
Secara saintifiknya, pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa.
Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, gula semulajadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak kerana ia mengandungi magnesium, fosforus,iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Sumber Google
4. Minum minuman soya
Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh kerana kandungan protein yang tinggi dapat menyokong tahap tenaga, mengekalkan stamina serta berupaya meningkatkan pretasi sukan seseorang.
Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang. Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita berupaya untuk melakukan aktiviti seharian.
Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi seperti protein, vitamin A,vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium,iron, phosporus, dan potassium. Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan,terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan.
Makanlah telur yang direbus, bukan digoreng untuk menghindari lemak tepu dan juga kolestrol.
Makanan sihat boleh memberikan energi atau tenaga yang kuat secara keseluruhan. Biar sesibuk mana pun anda dengan aktiviti seharian, namun jangan lupa untuk mengambil makanan yang berzat kerana ia penting untuk memperkuatkan tubuh kita.
Sumber dari http://www.wom.my
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment