Thursday, March 5, 2015

Rahsia Cergas Berpuasa Ketika Hamil Anak Keempat - Shaklee Effect By IReach

Assalamualaikum semua

Bulan Ramadhan dah semakin hampir. Pasti ramai yang sedang berpuasa ganti. Kalau ada yang tiba-tiba disahkan mengandung, jangan risau berpuasalah mengikut kemampuan anda. Kalau larat puasa setakat pukul 3 petang, lepas tu dah tak boleh go on boleh berbuka. Lepas bersalin nanti jangan lupa ganti balik puasa yer.

Nasihat ni bukan saya yang cakap tapi doktor yang cakap. Kalau nak tahu saya disahkan hamil 6 minggu ketika hari kedua berpuasa di tahun 2009. Amik kau! 1st time pregnant di bulan puasa. Nganga mak dapat berita ni nak oiii. Nak cakap apa lagi selain Alhamdulilah kan? Bersyukur sangat-sangat dapat rezeki berlipat kali ganda dari Yang Maha Kuasa.

Walaupun tak dapek berpuasa penuh lantaran 3 hari terpaksa berbuka sebab dah sampai tahap menggigil. Yang kelakarnya, ketiga-tiga hari tersebut adalah hari minggu. Haaa nampak tak berpuasa kat rumah lebih sukar dari berpuasa kat pejabat? Kejap-kejap masuk dapur. Kejap-kejap bukak peti ais. Sungguh menguji iman dan kesabaran. Tapi overall, sepanjang kehamilan baby behave sangat hehehe. Alhamdulilah...


Ibu dan baby sihat sejahtera selalu (Sumber Google)

Tapi kali ni nak berkongsi pengalaman Shaklee Effect dari Cik Puan Haridah Sahri. Jangan nak overshadow pulak yer. Cik Puan Haridah Sahri disahkan pregnant anak keempat ketika berusia 34 tahun. Menurut cerita beliau, badan terasa sangat-sangat letih dan nak baring jer. Macam manalah nak puasa kan kalau badan lembik dan lunyai tak bermaya.

Nak dijadikan cerita, beliau cubalah consume ESP (Energizing Soy Protein) ketika satu Ramadhan. Alhamdulilah percubaannya tidak sia-sia. Beliau mampu berpuasa sepanjang hari. Jangan tak percaya Cik Puan Haridah Sahri berjaya berpuasa penuh selama sebulan ketika hamil. You go girl!

Lepas itu beliau tanpa membuang masa terus top up suplemen untuk Set Hamil iaitu:


Menurut Cik Puan Haridah Sahri anak keempat beliau lebih kuat dan cergas serta kulitnya lebih gebu. Alhamdulilah semua dengan izin-Nya jua. Inilah Rahsia Cergas Berpuasa Ketika Hamil Anak Keempat daripada cerita Cik Puan Haridah Sahri. 

Tak kisahlah hamil anak yang ke berapa. Janji ibu dan baby sihat sejahtera kan? Interested nak cuba Set Hamil Shaklee? Sebarang pertanyaan sila pm/wassap saya, Aida di 011-37008943. Terima kasih. 

Eh2 macam banyaklah pulak video IReach yang boleh relate dengan pengalaman hidupku. Craving for more? Stay tuned... 






Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.
Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Monday, March 2, 2015

Diet Ketika Ramadhan

Assalamualaikum semua

Bahhahhaha saya tahu saya tahu. Ramadhan belum lagi menjelma. Ni bukan kes tak sabar nak sambut puasa. Just sharing kepada mereka yang sedang struggle nak ganti puasa termasuklah diri saya sendiri. Chaiyok! Chaiyok! Sharing is caring. This article brought to you by wwww2.hmetro.com.my. Happy reading uolls!

Diet Ketika Ramadhan

Pasar atau bazar Rama­dan memang meriah de­ngan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman buat juadah berbuka.
Selepas sehari­an berpuasa, ramai yang rambang mata apabila ke bazar Ramadan. Apa saja diinginkan pasti dibeli tanpa memikirkan kemampuan kita untuk menghabiskan semua makanan yang dibeli itu. 
Pada masa sama, ramai juga yang mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa terutama ketika menjalani ibadah puasa.
Foto

Ia penting bagi me­ngelakkan beberapa ­masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut serta kandungan gula rendah dalam darah.

Sekiranya masalah ini berlaku, pasti boleh mengganggu sese­orang itu berpuasa dengan ­se­lesa dan menghayati keistimewaan Ramadan.

Kunci kepada amalan pemakanan secara ­sihat ialah makan pelbagai ­jenis makanan secara sederhana dan seimbang walaupun pada bulan puasa.

Ambil makanan ­daripada semua kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, ­lemak serta gula dan garam juga perlu seimbang.

Bukan itu saja, pe­ngambilan air sama ada dalam bentuk minuman atau sup perlu mencukupi bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

Keba­nya­kan kita suka mengambil kuih-muih manis sebagai juadah berbuka puasa. Apa yang paling penting, tidak makan secara berlebihan dan digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dulu sebaik saja berbuka puasa.

Ia bertujuan untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita. Me­ngikut sunnah, lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama berbuka puasa kerana ia kaya de­ngan tenaga serta serat.


Contoh makanan:

Berbuka puasa

Berbuka dengan tiga biji buah kurma, setengah cawan jus buah-buahan, satu cawan sup sayur atau setengah cawan bubur lambuk dan sekeping kuih.

Makan malam de­ngan makan satu setengah cawan nasi, seketul ikan atau ayam, satu cawan sayur campur dan sebiji buah.

Makan lewat malam (moreh). Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.

Pengambilan makanan yang pedas serta berempah tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri membuatkan perut tidak selesa pada siang hari.


Bersahur

Amalan bersahur penting semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga ­sepanjang waktu berpuasa pada siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sebelum tidur tidak digalakkan.

Semasa bersahur, digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar.

Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur. Bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.


Contoh makanan ketika sahur: 

Bersahur de­ngan satu setengah cawan nasi, seekor ikan goreng, setengah cawan sup sayur campur dan tauhu, sebiji pisang atau tiga biji kurma, segelas air kosong dan segelas susu rendah lemak.

Secawan bijirin sarapan dengan setengah gelas susu rendah lemak dan kismis atau hirisan pisang, dua keping roti mil penuh dengan sedikit jem, segelas jus oren dan segelas air kosong.

Bulan puasa juga peluang yang baik untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah berat badan. Namun, perkara penting adalah mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta ­me­ngurangkan makanan tinggi lemak dan gula.

Beri perhatian pada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, kita lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang ba­nyak.

Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda tidak aktif. Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana seperti regangan dan berjalan kaki.

Pengambilan makanan secara sihat bukan saja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Copy paste from www2.hmetro.com.my

Bagi mereka yang ada masalah ketika berpuasa mungkin anda berminat dengan artikel ini Masalah Kesihatan Semasa Berpuasa - Mighty 3 Gems Shaklee Bantu Selamatkan Puasa Anda. Harap dapat membantu. 



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, February 25, 2015

Cara Elak Jerawat Selepas 7 Tahun Mencari Produk Yang Serasi - Shaklee Effect By IReach

Assalamualaikum semua

Pada sekitar tahun 1998 ketika satu dunia kecoh dengan berita Y2K, dunia kecil saya pula digemparkan dengan kejadian jerawat tumbuh secara berjemaah dalam masa serentak. Saya telah berjumpa dengan 3 orang doktor dan ketiga-tiga mereka telah memberikan 3 jawapan yang berbeza. Yelah lain orang lain pendapatnya. Pasrah jelah masa tu.

Walaupun agak kecewa kerana duit dah banyak habis tapi jerawat still tumbuh dengan suburnya siap bernanah dan berwarna merah terbakar. Lagi haru kalau naik di bahagian dahi sebab tiap kali bersujud memang sakit yang amat. Tuhan jer tahu huhuhu.

Kalau nak cerita bab malu, memang malu sangat-sangat. Especially bila tengok reaksi orang luar atau kawan-kawan yang tak berapa rapat. Pandangan yang semacam. Macam mana nak citer ek? Macam tengok sampah yang kotor. Takkan nak senyum tengok sampah? Haa macam tulah lebih kurang. Sedey tau.

Tapi alhamdulilah kawan-kawan rapat still layan macam biasa. Terima kasih Ya Allah sebab kurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa ada di saat suka dan duka. Ngam sampai sekarang. Aha lagi satu, time muka penuh berjerawat nilah mereka beriya pulak nak ajak bergambar bagai khenn. Buat kenang-kenangan kata mereka. Sabor jelah aku..


Malu semalu-malunya (Sumber Google)


Tapi betullah bile muka kita dah teruk, semua produk pun kita dah takde perasaan. Semua ditepek kat muka tanpa fikir panjang dengan harapan produk tersebut serasi dengan kita. Dalam kes saya jerawat makin menghilang pada tahun 2001. Mungkin hormon dah makin stabil kot. Tetapiii jerawat muncul kembali pada tahun 2009 ketika pregnant dan kembali menghilang selepas bersalin. Macam chipsmore pulak. Kejap ada kejap tak ada.

Lain pulak dengan kisah Cik Puan Nor Farizan dalam mencari produk yang paling serasi dengan dirinya. Akibat salah guna produk yang mengandungi bahan kimia telah menyebabkan mukanya berjerawat. Personally, saya faham sangat dengan apa yang beliau rasakan. Rendah diri, malu memang sinonim sangat dah. 

Akhirnya pencarian selama 7 tahun membuahkan hasil. Kulit wajah yang diimpikannya selama ini menjadi kenyataan. Semuanya dengan izin Yang Maha Berkuasa. Kita pula perlu berusaha dan bertawakal, betul tak? Betul3.

Menurut Cik Puan Nor Farizan, beliau telah consume Vitamin E bagi membantu menghilangkan parut-parut jerawat. Selain itu, beliau turut menggunakan produk Vitamin C, Collagen Powder, GLA dan tidak lupa Set Pencuci Muka Nutriwhite. Akhirnya kulit muka yang cantik, licin, putih dan gebu menjadi milik Cik Puan Nor Farizan semula. 

Jom layan video kat bawah ni. Tak jeles ke? Nak cuba? Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap Aida 011-37008943. Fast action fast result. Terima kasih.



Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.


Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Friday, February 20, 2015

Awas, Simpton Penyakit Buah Pinggang-Cuba Halang Dengan Vivix Shaklee

Awas, Simpton Penyakit Buah Pinggang

Tahap kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.

Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang -  kegagalan akut dan kronik - akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.

Apabila seseorang misalnya sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.

Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.



Sumber Google


Kulit gatal berpanjangan

Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.

Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis. Kerosakan buah pinggang peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit
kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.

Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.

Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya ubat pengawal paras kolesterol jenis statin dikatakan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan buah pinggang.

Sila semak British Medical Journal (2010) di bawah laporan berjudul Unintended effects of statins in men and women in England and Wales: population based cohort study using the QResearch database.

Semaklah butiran yang tercatat pada label ubat pengawal kolesterol anda atau ahli keluarga anda. Ramai tidak tahu sebahagian besar preskripsi ubatan pengawal kolesterol adalah daripada keluarga statin!

Jika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika anda
mengalami tanda atau simptom yang lain seperti didedahkan dalam artikel ini.

Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah.

Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk air kencing berbuih, kerap kencing pada waktu malam, semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.

Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap.

 Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain. Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai
menyebabkan seseorang kerap buang air kecil.

Kerap buang air kecil juga boleh berpunca daripada stres kronik, lemah syahwat, masalah ereksi, terlalu kerap melakukan hubungan biologi serta sering melancap (beronani).

Perubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut.

Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.

Bengkak air

Seperti dinyatakan di atas, fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh.

 Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.

Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.

Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).

Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.

Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut.

Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.

Apabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti hilang selera makan, loya, muntah, melayang-layang, lesu kronik, sukar fokus, insomnia, sakit kepala, berat badan berkurangan, kulit gelap, kejang otot, sukar bernafas dan sakit
dada. Kulit semakin kering dan gatal. Semakin kerap atau sukar untuk buang air kecil.

Terdapat pelbagai punca kerosakan buah pinggang termasuk yang utama ialah paras gula yang sentiasa tinggi seperti dialami oleh penghidap diabetes.

Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu

Sumber dari http://www.sinarharian.com.my/



 (Sumber Google)


Cuba Halang Dengan Vivix Shaklee

Assalamualaikum semua,

Gerun pulak bila baca artikel di atas. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang dinyatakan segeralah berjumpa dengan yang pakar. Penyakit buah pinggang tidak mengenal usia. Kawan rapat suami saya berusia 30-an telah disahkan menghidap penyakit ini. Beliau sendiri buntu dan tidak pasti punca sebenar bagaimana penyakit tersebut boleh berlaku pada dirinya. Malah, beliau juga merupakan seorang yang aktif bersukan.

Tahukah anda pusat rawatan dialisis semakin hari semakin meningkat di seluruh Malaysia? Ini disebabkan oleh bilangan pesakit buah pinggang yang semakin membimbangkan. Biasanya rawatan dialisis ini boleh anda lakukan di hospital atau pun pusat-pusat rawatan dialisis swasta.

Tahukah anda rawatan dialisis bukan untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang yang dihadapi? Proses ini hanyalah untuk menggantikan fungsi buah pinggang anda. Dan satu lagi fakta yang pahit perlu ditelan, anda terpaksa menggunakan rawatan ini seumur hidup kecuali anda melakukan pemindahan organ buah pinggang. 

Mengawal adalah lebih baik daripada mengubati. Apakah kandungan Vivix Shaklee yang perlu kita tahu? Ramuan utama yang digunakan dalam menghasilkan Vivix Shaklee adalah bahan yang sukar ditemui. Iaitu campuran unik botani Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Nak tahu kebaikan setiap bahan tersebut boleh rujuk link ini.

Bagaimana pula Vivix Shaklee berfungsi? Kajian makmal yang telah dilakukan oleh pihak R & D Shaklee telah membuktikan kombinasi unik dalam Vivix Shaklee ini dapat memberi kesan positif terhadap tindakan anti-penuaan dan pencegahan penyakit berbahaya dengan 4 mekanisme iaitu:

  • Melindungi kerosakan DNA-Setiap hari, sel tubuh kita diserang oleh hampir sejuta serangan yang mengganggu fungsi sel dan merosakkan DNA. Ramuan Vivix Shaklee melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Memperbaiki kawalan genetik yang menolong melambatkan penuaan dan kematian sel
  • Memberi tenaga kepada sel-Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  • Menghalang pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End Products) – protein AGE yang berlebihan akan merosakkan sel tubuh.

Adakah anda sedang mengalami simptom-simptom penyakit buah pinggang? Jangan berlengah lagi segeralah berjumpa doktor. Tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Sebarang pertanyaan mengenai Vivix Shaklee sila pm/wassap saya, Aida di 011-37008943. Terima kasih.


Masam-masam manis rasanya (Sumber Google)





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Sunday, February 15, 2015

Ubat Parut Chicken Pox Membantu Hilangkan Parut Polka Dot Di Muka - Shaklee Effect By IReach

Assalamualaikum semua

Kisah cik puan dalam video kat bawah ni mirip dengan pengalaman saya. Biasanya chicken pox kena kat budak-budak kan? Tapi saya kena chicken pox ketika dewasa (30++ ehem) dan berjangkit daripada anak saya sendiri. Masa tu penghujung 2011 dan anak saya baru berusia setahun lebih. Kalau tengok gambar2 time dia kena chicken pox memang rasa sedih yang teramat. Alhamdulilah anak saya survived after struggle in two weeks.

Apa yang membezakan antara kes saya dengan Cik Puan Nur Hidayah Zakaria ialah, chicken pox saya banyak kat badan. Alhamdulilah tak naik kat muka. Tapi kalau tengok kat badan dah macam kain cotton corak polka dot habaq hang. Lagi satu saya belum kenal Shaklee on that time. Abis tu apa cerita hang punya kain cotton corak polka dot dot dot? Biarlah rahsia...

Kes Cik Puan Nur Hidayah pulak banyak naik kat muka sampai dia menghadapi masalah kurang yakin diri. Yerlah sebagai seorang isteri kita nak tampil cantik berseri depan suami kan? So nak dijadikan cerita, hatinya terbuka nak try Set Kulit Cantik Shaklee. Set Kulit Cantik Shaklee terdiri daripada:

  • Vit C
  • Vit E
  • B Complex
  • ESP
  • GLA
Nak tahu fungsi suplemen Set Kulit Cantik Shaklee? Anda boleh layari maklumat selanjutnya di entri Gabungan Vitamin Untuk Kulit. 



Lepas sebulan Cik Puan Nur Hidayah consume dah nampak hasilnya. Alhamdulilah3. Tengoklah video kat bawah ni. Berbeza kan muka beliau before and after consume Set Kulit Cantik Shaklee. Inilah Shaklee Effect dari Cik Puan Nur Hidayah Zakaria. 

Anda bagaimana pula? Nak cuba Set Kulit Cantik Shaklee? Jom dapatkan segera Set Kulit Cantik Shaklee. Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap Aida 011-37008943. Terima kasih.


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.




Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.


Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Tuesday, February 10, 2015

5 Kesan Fibroid Terhadap Kehamilan

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.
Bagi wanita, mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di dalam rahimnya merupakan perkara yang merunsingkan. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap 5 orang wanita di bawah umur 50 tahun.
Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20% wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid.


Kehamilan dan Fibroid
Fibroid biasanya terdapat dalam kalangan wanita pada usia subur. Maka tidak hairanlah fibroid ditemui dalam kalangan wanita hamil.
Kadang-kadang fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka semasa seseorang itu hamil. Ada fibroid yang dapat menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Akan tetapi, kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil.
Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.
Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70% wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid semasa hamil.
Sebanyak 30% wanita pula menghadapi pembesaran fibroid, dan fibroid ini didapati membesar dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.
Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian imbasan ultrabunyi dan kebanyakan wanita yang menghidap fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, kaum wanita tidak perlu gusar kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.
Masalah Kehamilan
Pasti ramai di kalangan wanita hamil akan tertanya-tanya adakah fibroid akan menyebabkan kehamilan mereka menghadapi masalah.
Wanita hamil yang menghidap fibroid memerlukan pengawasan berkala. Perkara ini penting untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik. Ia juga untuk membantu ibu supaya tidak mengalami keguguran dan kesakitan semasa hamil serta menghindari kelahiran bayi pramatang. Ibu juga berpeluang mempunyai cara terbaik bagi kelahiran bayinya dan tidak mengalami perdarahan yang teruk selepas kelahiran bayi.
Apabila wanita hamil dan menghidap fibroid, beberapa masalah mungkin berlaku. Antaranya termasuklah kehamilan itu berisiko untuk mengalami keguguran, meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang, pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi.
1. Keguguran
Hal ini berlaku disebabkan oleh kesan fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Apabila pembesaran berlaku, fibroid ini akan menyebabkan lapisan rahim, iaitu bahagian bagi penempelan janin menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut. Selain itu, fibroid juga akan menyebabkan inflamasi di lapisan penempelan dan mengakibatkan janin tidak dapat menempel dengan baik dan hal ini akan menyebabkan keguguran.
2. Kelahiran Pramatang
Keadaan ini berlaku kerana fibroid yang makin membesar semasa janin dalam kandungan membesar akan menyebabkan rahim membesar pada masa yang sama. Keadaan ini lebih kerap berlaku bagi fibroid yang berada di bahagian bawah rahim yang pada masa yang sama boleh menekan kepala bayi yang belum matang. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita tersebut mengalami kontraksi (kesakitan bersalin) lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya.
3. Pembesaran Fibroid
Ketika hamil, kebanyakan hormon akan dihasilkan oleh uri (plasenta) dan kebiasaannya menyebabkan peningkatan aras hormon estrogen. Peningkatan aras hormon estrogen yang tinggi akan menyebabkan pembesaran fibroid yang mungkin secara mendadak.
Jika pembesaran fibroid berlaku terlalu cepat, salur darah yang membekalkan nutrien kepada fibroid mungkin tidak boleh membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu fibroid. Jadi, sebahagian fibroid yang tidak mendapat bekalan darah akan mengalami degenerasi atau dikenal sebagai 'degenerasi merah' (red degeneration).
Proses degenerasi ini akan menyebabkan wanita yang sedang hamil mengalami kesakitan. Biasanya, kesakitan ini akan hilang dalam jangka masa yang pendek tanpa rawatan dan tidak akan mendatangkan masalah kepada kandungan. Bagi wanita yang tidak dapat menahan kesakitan, mereka boleh diberikan ubat penahan sakit jika perlu.
4. Kelahiran Yang Tidak Normal
Kelahiran normal terganggu jika fibroid berada pada bahagian bawah rahim. Bentuk rahim juga mungkin akan berubah disebabkan kewujudan fibroid. Hal ini akan meningkatkan risiko kedudukan bayi tidak normal seperti melintang atau songsang.
Bayi yang berada dalam keadaan melintang atau songsang terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Wanita yang mempunyai masalah sebegini akan diberikan tarikh tertentu bagi pembedahan caesarean secara terancang.
5. Pendarahan Yang Banyak Selepas Kelahiran
Rahim akan mengalami masalah untuk mengecut. Keadaan ini merupakan salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pakar perbidanan akan memberikan suntikan ubat yang kuat untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.

Sumber Google

Rawatan Fibroid Ketika Hamil
Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Ubat penahan sakit selalunya diberikan dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, sebarang pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.
Perdarahan yang banyak ini mungkin agak sukar dikawal. Keadaan ini berlaku kerana ada saluran darah yang agak banyak dan besar di bahagian rahim ketika hamil berbanding sewaktu tidak hamil.
Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas ibu melahirkan anaknya, sekiranya fibroid tersebut berbahaya jika tidak dibuang. Oleh itu, lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi selepas tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.

Copy paste dari Page JAGA KESIHATAN WANITA

Ingin tahu lebih lanjut mengenai fibroid? Sila layari link Cuba Atasi Masalah Fibroid Dengan GLA Complex. Terima kasih.



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Friday, February 6, 2015

Amalan Berpantang Selepas Bersalin Anak Kedua Bagai Mimpi Indah

Assalamualaikum semua

Alhamdulilah syukur kepada Yang Maha Esa masih diberi kesempatan untuk menjalankan rutin harian. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Amin...

Amalan Berpantang Selepas Bersalin Anak Kedua Bagai Mimpi Indah. Macam mana yer amalan berpantang nak relate dengan mimpi indah? Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Masa berpantang mana ada yang indah-indah?

Indah ker boleh makan ikan haruan bakar dengan nasi yang digaul lada hitam? Indah ker tidur mengiring sepanjang malam sebab nak susukan baby? Indah ker kalau time tidur anda disulami alunan soprano oleh insan hebat yang baru berusia beberapa hari? Indah ker ketika melalui proses berbekung, berurut dan bertungku?

Tak indah langsung tapi itulah nak cerita betapa besarnya jasa seorang ibu. Bukan nak condemn amalan orang tua-tua tau. Tidak sama sekali. Kalau nak baca kelebihan berpantang selepas bersalin boleh intai-intai entri ini.

Video apa pulak kat bawah ni yer? Just another sharing dari pengalaman seorang ibu muda yang pernah melalui pahit-getir ketika berpantang. Comel tak cik puan Khadeejah Hasmad kat bawah ni? Macam budak baru amik result SPM kan? Jom layan.





Dah play the video? Bagus2. Okeh sekarang nak share produk Shaklee yang telah cik puan Khadeejah Hasmad consume ketika berpantang.

ESP membekalkan tenaga segera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. Lagipun tengah pantang mana boleh makan sesedap rasa. Tapi takkan kita nak berlapar pulakkan? Cubalah ESP anda akan rasa perbezaannya.

Zinc Complex pula bagus untuk menyembuhkan luka dalaman semasa bersalin malah luka luaran juga akan cepat kering. Tak kisah anda bersalin normal mahupun caesarean (betul ke ejaan ni?). 

Alfalfa Complex boleh membantu hilangkan angin dalam badan serta berfungsi seperti kacip fatimah. Selain itu, salah satu elemen untuk milk booster. Tapi tak sesuai consume sekiranya baby anda ada jaundis. Dapatkan nasihat dari mereka yang tahu okeh?

Ostematrix berupaya melembutkan najis bagi mengelakkan sembelit. Takdelah mak budak bertapa lama-lama dalam toilet. Orang datang nak tengok baby pun tak sempat nak layan kikiki. Haa yang ni pun bagus untuk milk booster jugak.

Vitalea mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah. Ini kerana ia mengandungi zat besi yg sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi penyebab ibu-ibu kelihatan letih dan lesu jer. 

Sebagai tambahan, ibu-ibu boleh mencuba 

B Complex bagi mengurangkan tekanan atau stres yang dihadapi sepanjang tempoh berpantang. Stres jangan dianggap ringan yer. Jika serius boleh membawa kepada meroyan. 

Vitamin C seperti biasa bagus dalam mencantikkan kulit. Selain itu, meningkatkan tahap imun ibu-ibu bagi mengelak daripada terkena jangkitan demam, batuk dan selesema.

Kepada suami-suami yang prihatin kat luar sana, hadiahkanlah Set Berpantang Shaklee kepada isteri tersayang. Untung-untung nanti dapat baby baru kikiki. Ingin jadikan Amalan Berpantang Selepas Bersalin Anak Kedua Bagai Mimpi Indah? Jom dapatkan segera Set Berpantang Shaklee. Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap Aida 011-37008943. Terima kasih.





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit