Monday, March 2, 2015

Diet Ketika Ramadhan

Assalamualaikum semua

Bahhahhaha saya tahu saya tahu. Ramadhan belum lagi menjelma. Ni bukan kes tak sabar nak sambut puasa. Just sharing kepada mereka yang sedang struggle nak ganti puasa termasuklah diri saya sendiri. Chaiyok! Chaiyok! Sharing is caring. This article brought to you by wwww2.hmetro.com.my. Happy reading uolls!

Diet Ketika Ramadhan

Pasar atau bazar Rama­dan memang meriah de­ngan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman buat juadah berbuka.
Selepas sehari­an berpuasa, ramai yang rambang mata apabila ke bazar Ramadan. Apa saja diinginkan pasti dibeli tanpa memikirkan kemampuan kita untuk menghabiskan semua makanan yang dibeli itu. 
Pada masa sama, ramai juga yang mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa terutama ketika menjalani ibadah puasa.
Foto

Ia penting bagi me­ngelakkan beberapa ­masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut serta kandungan gula rendah dalam darah.

Sekiranya masalah ini berlaku, pasti boleh mengganggu sese­orang itu berpuasa dengan ­se­lesa dan menghayati keistimewaan Ramadan.

Kunci kepada amalan pemakanan secara ­sihat ialah makan pelbagai ­jenis makanan secara sederhana dan seimbang walaupun pada bulan puasa.

Ambil makanan ­daripada semua kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, ­lemak serta gula dan garam juga perlu seimbang.

Bukan itu saja, pe­ngambilan air sama ada dalam bentuk minuman atau sup perlu mencukupi bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

Keba­nya­kan kita suka mengambil kuih-muih manis sebagai juadah berbuka puasa. Apa yang paling penting, tidak makan secara berlebihan dan digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dulu sebaik saja berbuka puasa.

Ia bertujuan untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita. Me­ngikut sunnah, lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama berbuka puasa kerana ia kaya de­ngan tenaga serta serat.


Contoh makanan:

Berbuka puasa

Berbuka dengan tiga biji buah kurma, setengah cawan jus buah-buahan, satu cawan sup sayur atau setengah cawan bubur lambuk dan sekeping kuih.

Makan malam de­ngan makan satu setengah cawan nasi, seketul ikan atau ayam, satu cawan sayur campur dan sebiji buah.

Makan lewat malam (moreh). Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.

Pengambilan makanan yang pedas serta berempah tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri membuatkan perut tidak selesa pada siang hari.


Bersahur

Amalan bersahur penting semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga ­sepanjang waktu berpuasa pada siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sebelum tidur tidak digalakkan.

Semasa bersahur, digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar.

Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur. Bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.


Contoh makanan ketika sahur: 

Bersahur de­ngan satu setengah cawan nasi, seekor ikan goreng, setengah cawan sup sayur campur dan tauhu, sebiji pisang atau tiga biji kurma, segelas air kosong dan segelas susu rendah lemak.

Secawan bijirin sarapan dengan setengah gelas susu rendah lemak dan kismis atau hirisan pisang, dua keping roti mil penuh dengan sedikit jem, segelas jus oren dan segelas air kosong.

Bulan puasa juga peluang yang baik untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah berat badan. Namun, perkara penting adalah mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta ­me­ngurangkan makanan tinggi lemak dan gula.

Beri perhatian pada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, kita lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang ba­nyak.

Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda tidak aktif. Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana seperti regangan dan berjalan kaki.

Pengambilan makanan secara sihat bukan saja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Copy paste from www2.hmetro.com.my

Bagi mereka yang ada masalah ketika berpuasa mungkin anda berminat dengan artikel ini Masalah Kesihatan Semasa Berpuasa - Mighty 3 Gems Shaklee Bantu Selamatkan Puasa Anda. Harap dapat membantu. 



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments: