Friday, January 30, 2015

Resepi Bubur Lambuk Simple Versi Terengganu Kita

Assalamualaikum semua

Sedapnyer bubur lambuk. Nak tunggu Ramadhan menjelma, a few months lagi tu. Di bulan Ramadhan kalau tetiber mengidam nak makan bubur lambuk free, kena beratur panjang kat Masjid Kampung Baru. Barulah dapat makan bubur lambuk. Tapiiiiii rasanya lain sangat, totally different dengan bubur lambuk kat kampung. Jadi terpaksalah masak sendiri kalau dah teringin sangat-sangat.

Apa yang totally different sangat tuh? Bubur lambuk kampung saya diadun dengan ikan yang telah dipanggang. Lepas tu ditambah dengan ubi keledek dan sayur-sayuran kampung seperti pucuk ubi, pucuk kadok, pucuk midin, pucuk paku, daun kunyit, daun kesom dan daun mungga (murungai). Segala adik-beradik sepupu-sepapat daun ada dalam resepi ini.

Bawang merah, halia, lada hitam dan nyor gula (kerisik) turut digunakan selain garam dan budu sebagai penambah rasa. Budu? Yeah got budu inside u know. Nak bagi ada rasa berlemak dan berkrim, kita tambah santan pekat pulak. Dapat semangkuk dua confirm terus tertidur. Cakap banyak tak guna, jom try buat. 


Resepi Bubur Lambuk Simple Versi Terengganu Kita

Bahan-bahan:
  • Beras
  • Ikan selayang (dipanggang)
  • Sayur-sayuran kampung
  • Ubi keledek 
  • Bawang merah
  • Halia
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Kerisik
  • Budu
  • Santan
  • Garam


Cara buat:
  • Beras dibasuh dan direbus dengan air yang banyak agar menjadi bubur nasi.
  • Masukkan sekali ubi keledek yang telah dipotong kecil bersama halia dan bawang merah yang dimayang halus. 
  • Biarkan seketika sehingga ubi keledek empuk dan kacau sekali sekala agar bubur nasi tidak berkerak.
  • Kemudian masukkan lada hitam, kerisik dan ikan yang telah dibuang tulangnya. Jika bubur terlalu pekat boleh tambah air.
  • Selepas menggelegak, masukkan santan kemudian tambah garam dan budu secukup rasa.
  • Sayuran-sayuran kampung pula perlu dipotong, dibasuh dan ditoskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bubur nasi.
  • Apabila sayur telah layu bolehlah dihidangkan.

Jom pakat tra belaka deh. 


Good info: Tahukah anda kandungan vitamin A dalam sayuran berwarna oren seperti lobak merah dan keledek berwarna oren, menyimpan dan menghasilkan semula kolagen yang musnah? Ingin tahu lebih lanjut tentang khasiat pemakanan? Sila klik Kulit Lebih Muda Dengan Kolagen Daripada Makanan Secara Semulajadi.



Resepi Bubur Lambuk Simple Versi Terengganu Kita ermm dap





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments: