Saya kagum sangat dengan mak bapak yang ada ramai anak dan boleh uruskan waktu tidur anak-anak mereka dengan berdisiplin. Ingat senang ker nak tidurkan budak-budak ni? Kerenah mereka mengalahkan menteri-menteri (erk macam tak kena jer hehe). Cuba bayangkan sorang nak terkencing sorang pulak nak susu. The rest tengah bergaduh berebut barang permainan atau terjerit-jerit tanpa sebab. Memang menguji kesabaran betullah.
So harini nak berkongsi 8 Tips Untuk Memudahkan Ibu Bapa Uruskan Waktu Tidur Anak. Sumber ini dari www.ratuhati.com. Semoga bermanfaat kepada mak bapak di luar sana termasuk saya sendiri. InsyaAllah...
Anak, jika kurang tidur, biasanya mereka kurang cerdas pada siang hari atau boleh juga jadi hiperaktif dan sukar mengawal emosi mereka. Anak yang tidak cukup tidur juga mudah jadi obes dan perkembangan mental dan fizikal mereka boleh terganggu. Oleh sebab itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak mendapat tidur yang cukup.
Ada beberapa perkara yang boleh diamalkan untuk membantu mereka untuk mudah tidur.
1. Tetapkan waktu tidur dan disiplinkan mereka untuk mengikutinya.
Anak-anak suka kepada rutin, mereka boleh jangkakan apa dan bila sesuatu berlaku, seperti waktu tidur. Apabila ibu bapa mengingatkan tentang waktu tidur, mereka tahu di mana mereka patut berada ketika itu dan apa yang patut mereka buat. Jika waktu tidur yang tetap tidak dijadikan rutin atau waktu tidur adalah apabila anak mengantuk, ia menunjukkan seakan anda mempunyai kurang autoriti. Jangan lupa juga tetapkan waktu bangun. Amalkan setiap hari termasuk pada hari cuti.
2. Rutin, rutin, rutin.
Rutin sebelum tidur membuatkan anak lebih tenang dan membuatkan waktu itu istimewa pada mereka dan ibu bapa. Lakukan perkara yang rutin selama lebih kurang 30 minit sebelum tidur untuk menyediakan anak untuk tidur. Minum air, gosok gigi, buang air, perbualan ringan, bercerita dan bacaan doa tidur serta ayat al Quran membantu menenangkan anak. Sediakan keadaan yang tenang dan sunyi.
3. Elakkan TV.
Walaupun anak anda senyap ketika menonton tv, sebenarnya tv sangat memberi stimulasi dengan pergerakan dan warna yang terang benderang. Mereka mungkin senyap, tetapi macam-macam yang ada dalam fikiran mereka. Jadi ketika hampir tiba waktu yang telah ditetapkan untuk tidur, padamkan televisyen. Cuba bacakan mereka cerita, ini membantu mereka untuk tenang dan mereka juga dapat perhatian daripada ibu bapa yang sangat mereka inginkan.
4. Hentikan gurauan
Gurauan, geletekan memang bagus untuk anak-anak. Namun ia patut dihentikan apabila hampir waktu tidur. Ia sangat memberi stimulasi dan akan mengepam adrenalin yang membuatkan sangat sukar untuk mereka tidur selepas itu.
5. Snek lewat malam
Elakkan snek lewat malam, terutamanya yang manis. Makanan seumpama minyak, jadi elakkan 'mengisi minyak' ketika enjin perlu direhatkan.
6. Ketepikan alat permainan.
Elakkan memberi rangsangan dengan permainan, termasuk 'crib toys' pada anak kecil. Jika anak patung untuk dipeluk, okey sahaja, tetapi tidak permainan yang boleh menyanyi atau mengeluarkan bunyi.
7. Bertenang.
Lebih stres anda dengan anak yang tidak mahu tidur, membuatkan anak semakin sukar untuk tidur. Jadi jangan marah-marah, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Jika anda bertenang, tetapi tetap tegas dengan waktu tidur itu, mereka juga akan tenang.
8. Jika anak sukar juga tidur, kenalpasti kenapa.
Ia boleh jadi masalah kesihatan seperti tonsil. Antara simptomnya adalah sukar bernafas semasa tidur, berdengkur dan kerap terjaga pada waktu malam. Dapatkan pemeriksaan kesihatan.
Good night my sweetheart (Sumber Google)
Sumber dari www.ratuhati.com
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment