Bila umur sudah makin meningkat, ramai yang risau. Kulit tidak lagi anjal, kedut juga semakin ketara. Maka ramailah memilih untuk membeli pelbagai produk kecantikan untuk menegangkan apa yang kendur. Kebanyakan produk ini dikatakan mengandungi kolagen dan elastin. Namun, adakah ia berkesan atau semakin memudaratkan? Beringatlah, krim anti penuaan dengan bahan kimia di dalamnya sebenarnya boleh membuatkan kita kelihatan lebih berusia, bukan semakin meremajakan kulit.
Jika krim ini tidak berkesan, maka adakah cara lain untuk merangsang sel kulit, dan menambahkan penghasilan kolagen? Pasti ada caranya, salah satunya, melalui pemakanan.
Antara makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen adalah:
Sayuran dan Buah-buahan Berwarna Merah
Delima, tomato, tembikai, cili benggala merah, stroberi, epal
Sayur dan buah-buahan berwarna merah melindungi kulit daripada bahaya cahaya matahari. Tomato, cili benggala merah dan ubi bit mengandungi anti oksidan lycopene. Lycopene bertindak sebagai pelindung semuladijadi cahayamatahari, mengelakkan kulit daripada rosak dan menambahkan tahap kolagen. | |
Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran hijau kaya vitamin C, seperti kangkung, bayam, kailan menggalakkan kitaran penghasilan kolagen. Vitamin C menstabilkan enzim daripada memusnahkan kolagen. Ia juga mengelakkan radikal bebas yang melemahkan kolagen. Timun pula tinggi kandungan sulfur yang penting untuk penghasilan kolagen.
| |
Sayuran/buah Berwarna Oren
Kandungan vitamin A dalam sayuran berwarna oren seperti lobak merah dan keledek oren, menyimpan dan menghasilkan semula kolagen yang musnah.
| |
Minyak zaitun (extra virgin olive oil)
Kandungan lemak tak tepu dalam minyak zaitun berfungsi sebagai antiperadangan dan menjaga keanjalan kulit (terutamanya kulit kering).
| |
Bawang bombay
Kandungan flavonoid dan diallyl sulfide dalam bawang bombay berfungsi sebagai antioksidan pelindung DNA, antiperadangan dan alergi.
| |
Ikan
Kandungan protein organik dan omega 3 dalam ikan menguatkan struktur otot yang berfungsi menjaga keanjalan kulit. Omega 3 juga berfungsi 'menenangkan' kulit yang meradang.
| |
Bawang Putih
Bawang putih adalah sumber yang baik untuk sulfur yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan. Ia juga mengandungi lipoic acid dan taurine yang tinggi, untuk membina semula serat kolagen yang telah musnah.
| |
Buah-buahan Citrus
Buah-buahan citrus seperti limau, oren, lemon dan limau gedang kaya dengan vitamin C yang membantu pembentukan kolagen dan mempercepatkan kadar penghasilan kolagen.
| |
Avokado
Kandungan vitamin E dalam avokado berfungsi memerangi radikal bebas dan merangsang pembentukan sel kulit baru, serta menguatkan jaringan kolagen. Ia juga membantu mengurangi risiko terkena kanser kulit.
| |
Soya
Soya samada dalam bentuk air, tempe atau tauhu mengandungi genistin, hormon tumbuhan yang bertindak sebagai anti oksidan yang membantu penghasilan kolagen dan menghalang enzim yang merosakkan kulit.
| |
Rumpai Laut
Rumpai laut kaya dengan iodin, elemen penting untuk fungsi tiroid dan metabolisma yang sihat. Iodin sangat penting untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Mineral, asid amino dan beta-keroten di dalamnya membantu mengekalkan kolagen pada kulit, memperbaiki tona dan tekstur kulit.
|
Sumber dari www.ratuhati.com
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment