Umum tahu, tabiat pemakanan yang sihat adalah dengan mengambil makanan yang mempunyai tiga sumber utama iaitu Protein, Lemak Berkhasiat dan Serat. Berikut saya berkongsi sedikit maklumat daripada pakar nutrisi mengenai makanan yang menyihatkan dan pastinya mampu untuk mengenyangkan kita untuk satu tempoh yang tertentu.
Namun, harus diingatkan agar walaupun makanan ini banyak khasiatnya, usahlah diambil dalam kuantiti yang banyak kerana tujuan utamanya adalah sekadar membekalkan tenaga dan pengalas perut yang berkesan.
Sumber Google
1. Telur
Sebiji telur yang mengandungi purata 70 kalori, mampu untuk membekalkan 6 gram protein kepada tubuh kita menurut penjelasan Dr. Shelley Mcguire, seorang pakar nutrisi dari Amerika. Menurut kajian yang dilakukan, individu yang mengambil telur sebagai sarapan pagi mampu untuk menurunkan berat badan mereka berbanding individu yang mengambil sarapan yang berbeza.
Ini adalah kerana dengan pengambilan telur, mereka akan merasa kekenyangan untuk beberapa jam. Ini dibantu oleh protein yang terdapat di dalam telur tersebut yang akan memastikan perut kita diisi secukupnya. Melalui kajian ini juga dikatakan bahawa individu yang mengambil telur turut mempunyai lebih tenaga dalam menjalankan tugasan harian.
Sumber Google
2. Sup
Menurut kajian, apa sahaja bentuk makanan yang berasaskan air mampu membuat seseorang itu kenyang. Apa yang menariknya, sekiranya anda mendahulukan waktu makan anda dengan menjamu sup sebelum hidangan utama, ianya mampu untuk memberi arahan kepada minda kita agar tidak makan terlalu banyak.
Jadi, biasaannya selepas anda menghabiskan sup dan hidangan utama tersebut, anda akan merasa cukup kenyang. Dengan ini anda mampu untuk mengelakkan diri dari makan berterusan. Sebarang jenis sup boleh dinikmati namun adalah lebih baik jika dipastikan sup tersebut mempunyai bahan-bahan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran.
Sumber Google
3. Yogurt
Adalah lebih baik jika anda dapat mengambil yogurt dalam pemakanan seharian anda. Yogurt sebenarnya mempunyai kelebihan berbanding susu segar. Seperti yang dketahui, yogurt memiliki banyak protein dan kalsium berbanding susu. Dan apa yang menariknya, yogurt adalah lebih mudah dihadam berbanding susu.
Menurut kajian, pengambilan yogurt mampu untuk meningkatkan imunisasi badan dan dengan ini akan menjadikan badan kita lebih sihat. Dalam masa yang sama juga, ianya mampu untuk menurunkan kadar kolestrol di dalam badan. Maka, pengambilannya sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Pengambilan segelas yogurt mampu untuk mengisi perut kita untuk beberapa jam dan mampu mengelakkan kita dari berasa lapar.
Sumber Google
4. Oat
Satu makanan yang menjadi kebiasaan di barat. Seperti yang kita ketahui, Oat mengandungi pelbagai khasiat yang mampu untuk memelihara tubuh kita secara menyeluruh. Oat mengandungi pelbagai zat dan vitamin antaranya Thiamin, Asid Folik, Biotin dan Vitamin E. Pengambilan Oat juga mampu untuk mengawal kadar kolestrol, kadar tekanan darah dan kadar gula di dalam badan.
Ia juga mampu bertindak sebagai agen anti-kanser kerana mengandungi Phytochemicals (unsur kimia semulajadi dari tumbuhan). Menurut kajian, pengambilan Oat yang kerap mampu untuk mengurangkan risiko penyakit barah seperti barah payudara, barah postat dan barah ovari. Ianya turut mengurangkan risiko untuk mengalami obesiti. Pengambilan oat juga mampu untuk membuat kita merasa kenyang untuk satu jangka masa yang panjang.
Sumber Google
5. Kekacang
Tentu ramai yang meminati kacang, namun sedarkah anda terdapat banyak kelebihan dalam pengambilan kacang dalam pemakanan? Kacang memang diketahui kaya dengan protein dan padat dengan Anti-Oksidan, Vitamin dan Mineral. Pengambilan sebarang jenis kekacang dalam menu pemakanan turut mampu untuk mengenyangkan perut untuk satu jangka masa yang lama. Apa yang menariknya adalah kekacang boleh dinikmati di mana-mana sahaja yang kita mahu. Kekacang juga mempunyai daya tahan yang lama berbanding sayuran dan buah-buahan.
Menurut kajian, kekacang mempunyai nutrisi yang baik terutamanya asid lemak seperti Oleic dan Palmitoleic yang mampu untuk mengurangkan kadar kolestrol. Ia juga dikatakan mampun mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan strok. Kekacang turut mengandungi banyak vitamin yang tergolong dalam kumpulan Vitamin B-Complex seperti Riboflavin, Thiamin, Niacin, Asid Pantothenic dan Vitamin B-6 yang dikatakan penting untuk memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Terdapat juga beberapa jenis makanan lain yang mampu untuk mengenyangkan kita selain dari yang telah dikongsikan. Namun, diingatkan agar ianya tidak di ambil berlebihan kerana ianya memadai jika diambil dalam kadar yang sederhana. Semoga tips ini mampu untuk memberikan sedikit panduan kepada anda yang ingin mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Semoga perut anda kekenyangan dan dalam masa yang sama tubuh anda berada di dalam keadaan yang sihat. InsyaAllah.
Sumber dari neonhati.blogspot.com
Assalamualaikum semua
Nak tambah satu lagi point bagi makanan yang sihat dan mengenyangkan iaitu ESP atau nama panjangnya, Energy Soy Protein. Dan bonus bagi mereka yang tak berapa rajin, sebab senang sangat nak menyediakannya. Hanya guna air suam dan bancuh begitu sahaja. Bagi penggemar coklat, boleh bancuh bersama Milo atau Vico. Tapi jangan tambah dalam minuman berkafein yer. Habis musnah khasiat yang ada.
Disebabkan oleh kelebihannya yang mudah mengenyangkan, produk ini sangat sesuai bagi mereka yang ada gastrik. Nak tahu cerita pasal gastrik? boleh klik link Cegah Gastrik Sebelum Terlambat Dengan Set Gastrik Shaklee. Eh tapi bagaimana ESP dapat membantu?
ESP yang kaya dengan sumber protein sangat membantu dalam memulihkan dan membina tisu baru di bahagian perut yang telah rosak. Rosak sebab apa? Rosak disebabkan terhakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Selain itu, ESP berasaskan soya. Soya kan bersifat alkali. Mereka yang ada gastrik mempunyai kadar asid yang tinggi dalam perut. Bila bersatu, kedua-dua unsur ini mampu meneutralkan keasidan dalam perut. As simple as that? Yup. Cubalah.
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Energy Soy Protein sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap Aida 011-37008943. Terima kasih
Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.
Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan.
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment