Friday, January 30, 2015

Resepi Bubur Lambuk Simple Versi Terengganu Kita

Assalamualaikum semua

Sedapnyer bubur lambuk. Nak tunggu Ramadhan menjelma, a few months lagi tu. Di bulan Ramadhan kalau tetiber mengidam nak makan bubur lambuk free, kena beratur panjang kat Masjid Kampung Baru. Barulah dapat makan bubur lambuk. Tapiiiiii rasanya lain sangat, totally different dengan bubur lambuk kat kampung. Jadi terpaksalah masak sendiri kalau dah teringin sangat-sangat.

Apa yang totally different sangat tuh? Bubur lambuk kampung saya diadun dengan ikan yang telah dipanggang. Lepas tu ditambah dengan ubi keledek dan sayur-sayuran kampung seperti pucuk ubi, pucuk kadok, pucuk midin, pucuk paku, daun kunyit, daun kesom dan daun mungga (murungai). Segala adik-beradik sepupu-sepapat daun ada dalam resepi ini.

Bawang merah, halia, lada hitam dan nyor gula (kerisik) turut digunakan selain garam dan budu sebagai penambah rasa. Budu? Yeah got budu inside u know. Nak bagi ada rasa berlemak dan berkrim, kita tambah santan pekat pulak. Dapat semangkuk dua confirm terus tertidur. Cakap banyak tak guna, jom try buat. 


Resepi Bubur Lambuk Simple Versi Terengganu Kita

Bahan-bahan:
  • Beras
  • Ikan selayang (dipanggang)
  • Sayur-sayuran kampung
  • Ubi keledek 
  • Bawang merah
  • Halia
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Kerisik
  • Budu
  • Santan
  • Garam


Cara buat:
  • Beras dibasuh dan direbus dengan air yang banyak agar menjadi bubur nasi.
  • Masukkan sekali ubi keledek yang telah dipotong kecil bersama halia dan bawang merah yang dimayang halus. 
  • Biarkan seketika sehingga ubi keledek empuk dan kacau sekali sekala agar bubur nasi tidak berkerak.
  • Kemudian masukkan lada hitam, kerisik dan ikan yang telah dibuang tulangnya. Jika bubur terlalu pekat boleh tambah air.
  • Selepas menggelegak, masukkan santan kemudian tambah garam dan budu secukup rasa.
  • Sayuran-sayuran kampung pula perlu dipotong, dibasuh dan ditoskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bubur nasi.
  • Apabila sayur telah layu bolehlah dihidangkan.

Jom pakat tra belaka deh. 


Good info: Tahukah anda kandungan vitamin A dalam sayuran berwarna oren seperti lobak merah dan keledek berwarna oren, menyimpan dan menghasilkan semula kolagen yang musnah? Ingin tahu lebih lanjut tentang khasiat pemakanan? Sila klik Kulit Lebih Muda Dengan Kolagen Daripada Makanan Secara Semulajadi.



Resepi Bubur Lambuk Simple Versi Terengganu Kita ermm dap





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Tuesday, January 27, 2015

Set Penyusuan Shaklee Memberi Tenaga Maksimum Para Ibu - Shaklee Effect By IReach

Assalamualaikum semua

Harini rasa terpanggil nak share entri mengenai pengguna Shaklee yang telah merasai perubahan setelah consume produk Set Penyusuan Shaklee dengan izin Yang Maha Esa. Pengguna terbabit adalah Puan Dilla Jalil dari Ipoh, Perak. Actually entri 'Set Penyusuan Shaklee Memberi Tenaga Maksimum Para Ibu' ni dah lama terperap. Daripada jadi pekasam lebih baik publish. Semoga bermanfaat kepada para ibu yang masih menyusu anak-anak mereka. Anda semua memang awesome!

Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, keperluan anak-anak tidak boleh tidak, pasti akan cuba dipenuhi. Mempunyai anak yang masih menyusu sedikit sebanyak telah membuatkan Puan Dilla Jalil cepat penat dan tidak bermaya. Dahlah struggle dengan kerja-kerja ofis, balik rumah mana nak masak, kemas rumah, jaga anak lagi. Semuanya menuntut kudrat dari seseorang yang bernama ibu, ummi, emak, mama dan mummy. Touching gitu..

Pada suatu hari nak dijadikan cerita, Puan Dilla telah Google dan terjumpe satu website mention pasal Set Penyusuan Shaklee. Walaupun pada mulanya mendapat tentangan daripada suami, tapi Puan Jalil tetap mahu mencuba. Alhamdulilah usaha beliau tidak sia-sia. Selepas consume produk tersebut, badan beliau rasa lebih bertenaga dan mudah bangun tengah malam utuk mengepam susu. Ingat senang ker nak bangun tengah-tengah malam pam susu? Sendiri jawab.

Puan Dilla bukan saja berjaya mengatasi masalah yang menghantuinya selama ini. Malah beliau turut berkongsi manfaat yang diperoleh dari Set Penyusuan Shaklee. Sang suami yang tak berapa nak setuju kini memberi sokongan yang tak berbelah bahagi and they lived happily ever after. The End.

Haa tu cerita Puan Dilla Jalil. Cerita anda bagaimana pula? Jom tengok video yang saya tempek kat bawah ni. Enjoice!





Nilah dia...Set Penyusuan Shaklee Memberi Tenaga Maksimum Para Ibu.

ESP
ESP kaya dengan protein. Bertindak sebagai makanan sel dan membantu memekatkan susu ibu. Kulit ibu dan anak lebih cantik, cerah dan sihat. Selain itu, ESP adalah rendah lemak dan bebas daripada laktosa serta kolestrol. 

Alfalfa 
Merupakan 'milk booster' atau makanan penambah susu yang popular. Kaya dengan mineral, serat dan klorofil.

Vitalea
Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral utama. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh para ibu yang menyusukan bayi. Mempunyai pelbagai nutrien yang diperlukan agar ibu akan sihat, cergas dan bertenaga sentiasa.

B Complex
Kombinasi kesemua vitamin B hebat termasuk asid folic. Membantu menukarkan makanan kepada tenaga agar ibu-ibu lebih bertenaga. Produk ini juga anti stres agar dapat membantu kita lebih fokus dan tenang dalam menjalani proses penyusuan bersama bayi tersayang.

Vitamin C
Membantu memperbaiki tisu-tisu yang rosak agar membina kulit yang sihat. Produk ini turut membantu dalam meningkatkan sistem imun ibu dan penting untuk perkembangan anak yang menyusu agar sentiasa sihat dan cergas. 

Ostematrix
Menyusu bayi boleh memberi kesan kepada kehilangan jisim tulang. Sekiranya ibu-ibu menyusu tidak mengambil sumber kalsium yang mencukupi tidak mustahil mereka akan mengalami osteoporosis. Produk ini sangat membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat.


Bagi ibu-ibu yang berminat memaksimunkan tenaga anda, jom dapatkan segera Set Penyusuan Shaklee. Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. Terima kasih.





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.
Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.






Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Friday, January 23, 2015

12 Petua Cuci Pakaian Terkena Kotoran-Guna Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate Pun Boleh

Assalamualaikum semua

Kak Senah, Kak Temah dan semua akak-akak di luar sana sila beri perhatian. Kak Bedah nak bagi tarbiyah sikit bab mencuci pakaian. Sebagai mak-mak biasanya kita akan uruskan dari awal hingga akhir bab-bab laundry. Start dari proses membasuh, menyidai, melipat, hinggalah menyerika dan menyimpan pakaian.  

Memang takkan pernah habis. Kalau miss satu hari proses melipat kain baju (contoh), kau terimalah akibatnya esok hari. Pukul 11, 12 malam orang lain tercari-cari bantal nak tidur. Kita pulak tercongok depan bakul pakaian sebab nak melipat kain baju punyer pasal.

Apa penyebab kita spend banyak masa kat kain baju kita ni? Antara punca yang paling femes bagi Kak Senah adalah terpaksa memberus baju sekolah anaknya agar sentiasa putih berseri macam hari pertama ke sekolah. Maklumlah suri rumah sepenuh masa. Nanti karang malu plak kalau orang tegur baju sekolah anak macam mak bz kat opis 24 jam kikiki.

Kak Temah kita pulak pening dengan gelagat anak-anak lelakinya yang tengah membesar. Paham-paham ajerlah kalau mereka join main bola sepak di padang. Habis semua baju, seluar dan kasut bermandi lumpur. Kalau hari-hari macam ni kena heart attack Kak Temah kita yang sorang ni. Kesian kesian kesian.

Kenapa kita perlu bersusah payah habiskan masa kita pada benda yang remeh-temeh ni? Kenapa2? Banyaaakkkkk lagi benda penting yang perlu dibereskan. Jom kita hantar p dobi jer nak?. Alamak bajet larilah beb. Y not kita cuba pencuci yang boleh meringankan beban kita yang dah bertahun kita galas nih? Pernah dengar produk Basic H Shaklee? Antara produk yang paling tip top dan laris di pasaran.

Selain Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate, Set Home Care-Get Clean Shaklee terdiri daripada:
  • Fresh Laundry Concentrate (Serbuk)
  • Soft Fabric Concentrate
  • Dish Wash Concentrate 

Ermm betul ker boleh memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Kak Senah dan Kak Temah kita? Acu try tengok gambar kat bawah tuh. Macam menjadi jerr, macam nak kena try sebotol dua jerr. Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti nak guna selalu. Mana pulak nak cari barang ni? Kat Giant takder kak. Meh order dengan saya meh. Boleh pm/wassap Aida di talian 011-37008943. Harga berbaloi sangat, siapa lambat melepas.

Kalau tetiber Basic H dah out of stock macam mana? Mehler Kak Bedah belanjer 12 Petua Cuci Pakaian Terkena Kotoran. At least takdelah akak-akak mengigau sidai kain tengah-tengah malam.


         (Sumber Google) Semoga murah rezki kepada tuan punya gambar, saya tumpang share kat sini yer TQ.



12 Petua Cuci Pakaian Terkena Kotoran
Petua menghilangkan pelbagai jenis noda yg terkena pada pakaian :
1. Petua Membersihkan Pakaian Terkena Cat
- Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

2. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Karat
- Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.
3. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Minyak
- Kesan tompokan minyak pada pakaian terutama berwarna putih memang sukar dihilangkan. Penggunaan bahan peluntur boleh memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak masih tidak hilang. Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit margerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.
4. Petua Menghilangkan kesan dakwat .
- Memang sukar menghilangkan kesan dakwat pada pakaian jika anda tidak tahu cara yang betul membersikannya. Cuba mana-mana petua ini untuk menanggalkan kesan degil dakwat pada pakaian.
a) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
b) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
c) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian tenyeh2 dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
d) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.
5. Petua Menghilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian
- Pakaian yang bertahi lalat memang sukar untuk dibersihkan dengan sabun atau detergen pencuci pakaian. Jangan putus asa. Sebelum anda buang pakaian tersebut, cuba dulu petua ini.
- Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
6. Petua Menghilangkan Gam Kuat ( Brand gajah dll )
- Petua ni saya dah praktikkan sendiri dan ianya berhasil. beli tinner di kedai hardware. kemudian basahkan baju yg terkena gam tadi kemudian tenyeh2 berulang kali hingga kesan gam itu hilang. buat berulang2 kali hingga kesan itu betul2 hilang.
7. Petua menghilangkan kesan darah pada pakaian
- Basahkan pakaian yg terkena darah kemudian letak garam halus banyak2 kemudian tenyeh hinga kesan itu hilang
* rendam dengan air coca cola
* sapukan dengan sabun mandi ketul/cair kemudian tenyeh hingga kesan darah hilang
8. Petua menghilangkan kesan peluh di kolar ataupun lengan baju
- Tenyeh dengan syamphoo ataupun sabun mandi ketul kemudian berus pelan2 hingga kesan hilang.
9. petua menghilangkan lunturan di baju berwarna.
- Didihkan air di dalam periuk dengan detergen dan perahan air limau nipis kemudian masukkan pakaian yg terkena luntur.
* rendam dengan air dan cuka makan
10. petua menghilangkan kesan chewing gum pada pakaian
- Letak tinner pada pakaian yg terkena chewing gum td kemudian tenyeh2 hingga kesan td hilang
* tenyeh dengan ketul ais kemudian kikis keluar pelan2 kemudian bakinya tenyeh dgn minyak masak hingga benar2 hilang ( letak di frezeer dlm 30 menit pun blh jg )
11. petua menghilangkan getah pisang pada pakaian
- Tenyeh dengan kapur makan biarkan sekejab kemudian basuh seperti biasa bersama detergen.
12. Petua menghilangkan kesan kopi/teh pada pakaian
- Rendam dengan air hangat dan detergen dan perahan limau nipis dan letakkan juga sedikit baking powder.

Sumber dari FB Page Pakej Dobi Coin & Kursus Dobi





My future laundry section lalalala (Sumber Google)





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Monday, January 19, 2015

8 Tips Untuk Memudahkan Ibu Bapa Uruskan Waktu Tidur Anak

Assalamualaikum semua

Saya kagum sangat dengan mak bapak yang ada ramai anak dan boleh uruskan waktu tidur anak-anak mereka dengan berdisiplin. Ingat senang ker nak tidurkan budak-budak ni? Kerenah mereka mengalahkan menteri-menteri (erk macam tak kena jer hehe). Cuba bayangkan sorang nak terkencing sorang pulak nak susu. The rest tengah bergaduh berebut barang permainan atau terjerit-jerit tanpa sebab. Memang menguji kesabaran betullah. 

So harini nak berkongsi 8 Tips Untuk Memudahkan Ibu Bapa Uruskan Waktu Tidur Anak. Sumber ini dari www.ratuhati.com. Semoga bermanfaat kepada mak bapak di luar sana termasuk saya sendiri. InsyaAllah...



Anak, jika kurang tidur, biasanya mereka kurang cerdas pada siang hari atau boleh juga jadi hiperaktif dan sukar mengawal emosi mereka. Anak yang tidak cukup tidur juga mudah jadi obes dan perkembangan mental dan fizikal mereka boleh terganggu. Oleh sebab itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak mendapat tidur yang cukup. 

Ada beberapa perkara yang boleh diamalkan untuk membantu mereka untuk mudah tidur.


1. Tetapkan waktu tidur dan disiplinkan mereka untuk mengikutinya. 

Anak-anak suka kepada rutin, mereka boleh jangkakan apa dan bila sesuatu berlaku, seperti waktu tidur. Apabila ibu bapa mengingatkan tentang waktu tidur, mereka tahu di mana mereka patut berada ketika itu dan apa yang patut mereka buat. Jika waktu tidur yang tetap tidak dijadikan rutin atau waktu tidur adalah apabila anak mengantuk, ia menunjukkan seakan anda mempunyai kurang autoriti. Jangan lupa juga tetapkan waktu bangun. Amalkan setiap hari termasuk pada hari cuti.


2. Rutin, rutin, rutin.

Rutin sebelum tidur membuatkan anak lebih tenang dan membuatkan waktu itu istimewa pada mereka dan ibu bapa. Lakukan perkara yang rutin selama lebih kurang 30 minit sebelum tidur untuk menyediakan anak untuk tidur. Minum air, gosok gigi, buang air, perbualan ringan, bercerita dan bacaan doa tidur serta ayat al Quran membantu menenangkan anak. Sediakan keadaan yang tenang dan sunyi.


3. Elakkan TV.

Walaupun anak anda senyap ketika menonton tv, sebenarnya tv sangat memberi stimulasi dengan pergerakan dan warna yang terang benderang. Mereka mungkin senyap, tetapi macam-macam yang ada dalam fikiran mereka. Jadi ketika hampir tiba waktu yang telah ditetapkan untuk tidur, padamkan televisyen. Cuba bacakan mereka cerita, ini membantu mereka untuk tenang dan mereka juga dapat perhatian daripada ibu bapa yang sangat mereka inginkan.


4. Hentikan gurauan

Gurauan, geletekan memang bagus untuk anak-anak. Namun ia patut dihentikan apabila hampir waktu tidur. Ia sangat memberi stimulasi dan akan mengepam adrenalin yang membuatkan sangat sukar untuk mereka tidur selepas itu.  


5. Snek lewat malam

Elakkan snek lewat malam, terutamanya yang manis. Makanan seumpama minyak, jadi elakkan 'mengisi minyak' ketika enjin perlu direhatkan. 


6. Ketepikan alat permainan.

Elakkan memberi rangsangan dengan permainan, termasuk 'crib toys' pada anak kecil. Jika anak patung untuk dipeluk, okey sahaja, tetapi tidak permainan yang boleh menyanyi atau mengeluarkan bunyi.


7. Bertenang.

Lebih stres anda dengan anak yang tidak mahu tidur, membuatkan anak semakin sukar untuk tidur. Jadi jangan marah-marah, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Jika anda bertenang, tetapi tetap tegas dengan waktu tidur itu, mereka juga akan tenang.


8. Jika anak sukar juga tidur, kenalpasti kenapa. 

Ia boleh jadi masalah kesihatan seperti tonsil. Antara simptomnya adalah sukar bernafas semasa tidur, berdengkur dan kerap terjaga pada waktu malam. Dapatkan pemeriksaan kesihatan.





Good night my sweetheart (Sumber Google)



Sumber dari www.ratuhati.com





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Friday, January 16, 2015

Vitamin Untuk Rambut Yang Cantik Dan Sihat Macam Artis Bollywood

Assalamualaikum semua

Amboih tajuk, kalau muka dah memang Jawa takde maknenye tetiber nak bertuko jadi macam artis Bollywood. Tapi harini tak nak cakap pasal paras rupa. Nak cakap pasal rambut. Rambut boleh transfrom dari keras kejung jadi lembut beralun kalau kena caranya.

Cuba tengok artis-artis Bollywood, akak memang kagum sangat dengan rambut mereka ni dik oi. Patutlah jadi pujaan ramai. Cantik bebenor. Tak puas mata memandang. Sape-sape nak rambut sihat bersinar macam Ashwarya Rai meh tengok suplemen apa yang Shaklee sarankan. Ashwarya Rai sangat kan eja nama pun betul ke tidak.



Dah nama heroin mana2 p rambut sentiasa ditiup angin kikiki (Sumber Google)


Saranan dari Shaklee

Produk pertama yang akak nak citer, Carotomax namanya. Produk yang kaya denga alpha dan beta carotene bukan sahaja bagus untuk mata. Tapi turut membantu melembapkan permukaan kulit kepala dan melembapkan rambut. Jadi rambut akan dilindungi dari kekeringan. Takdelah rambut kusut-masai bagai Kak Limah kita tu. Horror kan especially die start nyanyi lagu enjit-enjit semut huhu. Try letak Ashwarya Rai confirm akak tak lari dik.


Ada tak antara adik-adik sekalian yang dah beruban? Muda-muda lagi dah beruban. Apa taknya kalau asyik stres memanjang. Beruban di usia muda, rambut gugur dan kelemumur antara kesan yang berlaku disebabkan stres. Di sinilah B-Complex aka suplemen anti-stres memainkan peranan penting. Bukan hanya mampu memperbaiki masalah kulit kepala, malah masalah-masalah yang akak mention tadi boleh diatasi insyaAllah. Jangan stres-stres tau tak bagus untuk kesihatan.

Selain B-Complex, Vitamin C  juga boleh membantu dalam mengurangkan masalah rambut gugur. Ini kerana Vitamin C berupaya menggalakkan pengeluaran tirosin yg berperanan menguatkan akar rambut. Tirosin ni apa? 'Tyrosine adalah salah satu asid amino , yang menjadi blok binaan protein . Badan membuat tyrosine dari lain asid amino dipanggil phenylalanine . Tyrosine juga boleh dijumpai dalam produk tenusu , daging , ikan , telur , kacang , oat , dan gandum.'- Sumber dari www.webmd.com. Google translate sangat kann...Banyak tau manfaat Vitamin C ni. Boleh baca kat sini kalau nak tahu lebih lanjut.

Lagi satu produk yang confirm akan tersenarai dalam bab-bab kecantikan adalah tak lain tak bukan Vitamin E.  Vitamin E banyak membantu dalam melancarkan peredaran darah di kulit kepala. Bila kulit kepala kita sihat, ia akan dapat menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Bila akar rambut kita sihat, susah nak gugur dan dapat mengelakkan dari tragedi botak. Nampak tak permainan Vitamin E kat situ? Nampak? Excellent! 

Last sekali nak tahu tak suplemen yang boleh menjaga dan memperbaiki tekstur rambut? Jeng jeng jeng...GLA Complex. Kenapa? Tak percaya? Jangan ingat GLA Complex ini untuk wanita je tau, lelaki pon boleh consume. Nanti jangan jeles kalau abang-abang sado kita berimej rambut lembut beralun. Terasa tercabar pulak tetiber. Nak tahu Perbezaan GLA Complex Shaklee Dengan Produk GLA Lain Di Pasaran? Klik sini okeh.

Suplemen ni semua untuk kesihatan rambut dari dalam. Untuk luaran pula anda juga boleh memiliki syampu dan conditioner yang sesuai dengan masalah rambut anda. Untuk keterangan selebihnya, sila klik link 10 Tips Rahsia Rambut Sihat - Rahsia Rambut Sihat Dengan Produk Penjagaan Rambut ProSanté Shaklee

Dari Bollywood dah sampai masa kita kembali ke Greenwood, Malaysia. Berminat nak consume Vitamin Untuk Rambut Yang Cantik Dan Sihat Macam Artis Bollywood? Tak payah cari jauh-jauh, kat sini pun banyak. Cari jer SID (Shaklee Independent Distributor) yang berdekatan dengan tempat anda. Nak dapatkan dari akak pun boleh sangat. Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap Aida 011-37008943. Terima kasih.

 Gunakan tanpa was-was ;)



Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.


Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit





Sunday, January 11, 2015

Makanan Laut Cerdaskan Anak?

Fakta pemakanan membuktikan makanan laut kaya dengan khasiat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan sihat dan cerdas anak. Kandungan proteinnya yang tinggi sememangnya diperlukan oleh kanak-kanak sepanjang tumbesaran mereka. Fakta paling menarik apabila dikatakan, dengan makan makanan laut ia boleh meningkatkan kecerdasan anak!
Makanan laut mengandungi protein sebanyak 15%, lemak 15% dan vitamin mineral 5%, ia juga terkenal mengandungi Omega 6, Omega 9 dan asid amino essensial yang boleh membantu perkembangan optima seorang anak.
Makanan yang termasuk dalam kategori makanan laut adalah ikan, udang, sotong, rumpai laut, ketam.  Makanan laut juga baik untuk membantu sistem pencernaan anak. Oleh itu ibu disarankan memperkenalkan makanan laut kepada anak sejak awal lagi. Kandungan protein yang tinggi dalam makanan laut digunakan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dalam badan anak.
Tidak hairanlah jika anak yang gemar makan makanan laut sejak usia kanak-kanak akan memiliki ketinggian badan lebih optima berbanding anak yang tidak makan makanan laut. Makanan laut juga membantu sistem pencernaan anak kerana kandungan protein yang dimiliki mudah dihadam.
Selain kandungan protein yang tinggi, makanan laut juga merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan jantung. Menurut fakta pemakanan, kandungan lemak tidak tepu yang ada dalam makanan laut tinggi dan boleh mencegah masalah jantung koroner.
Selain daripada itu, fakta menarik yang mesti diketahui iaitu makanan laut mengandungi taurin yang juga terdapat dalam susu ibu. Taurin diperlukan bayi untuk pertumbuhan sarafnya dan mencerdaskan minda. Kandungan taurin yang tinggi boleh diperoleh daripada kerang dan ketam.  Makanan laut membantu pembentukan otot dan menjaga keseimbangan metabolilsme badan.



Sumber dari pama.karangkraf.com






Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, January 8, 2015

CoQHealth Membantu Mengusir Kulit Kusam Kepada Lebih Cerah Dan Berseri

Assalamualaikum semua

Sebut jer pasal CoQHealth pasti teringat akan fungsinya yang superb terhadap jantung. Tapi jangan tak tahu CoQHealth juga boleh membantu mengusir masalah kulit kusam dan kasar dalam mengekalkan kulit yang lebih cerah dan berseri. Lebih cerah dan berseri? R U sure about that? *Rolling eyes*

Nilah yang kita kena siasat ni. Harini nak menyelongkar kandungan dalam CoQHealth yang memainkan peranan penting dalam membantu kita mendapatkan kulit yang lebih cerah dan berseri. Siasat jangan tak siasat kak oii.

Tahukah anda antara musuh utama kepada kulit kusam dan kasar? Ye betul adik-adik. Sinar UV antara faktor yang memberi kesan kepada masalah ini. Lebih-lebih lagi kita hidup atas bumi Malaysia terchenta yang terletak berhampiran khatulistiwa. So most of the time, memang panas kecuali musim hujan. Sebab tu susah nak tengok orang Malaysia berjemur di tepi-tepi pantai. 

FYI, sinar UV boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu UVA dan UVB. UVA menyebabkan kulit kita cepat tua dan berkedut manakala UVB pula menjadikan kulit kelihatan gelap dan kusam. Ini kerana sinaran UVA dan UVB mampu menembusi kulit hingga ke lapisan dalam (epidermis). UV juga berupaya merosakkan DNA, kolagen dan elastin. 

Cuba bayangkan mereka yang perlu bekerja di bawah terik mentari. Nak tak nak pasti kena mengadap sinar UV ni. Takkan nak berlindung duduk dalam kotak pulak kan? Jadi, bagaimanakah cara nak mengusir masalah ini dengan produk CoQHealth?


Poster cilok dari Google


Okeh basically, CoQHealth membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 (koenzim Q10) dalam badan. CoQ10 didapati sangat banyak di dalam sel-sel jantung. Ini kerana tugasan berat yang dilakukan oleh jantung memerlukan tenaga yang banyak. Kerja jantung ni non-stop kalau dia stop paham-paham jerlah.

Apabila jantung kita boleh bekerja pada tahap optimum, keadaan ini dapat memperbaiki dan meningkatkan peredaran darah. Peredaran darah yang sihat dan lancar dapat membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih baik. So, bila sel kulit kita sihat sejahtera, of course kulit kita akan lebih kelihatan muda berseri. *Wink wink*

Selain mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, CoQHealth juga mengandungi Vitamin E yang berperanan sebagai anti-oksidanKalau ada point anti-oksidan, apakah yang terlintas di fikiran anda semua? Awet mudalah apa lagi.

Vitamin E sangat membantu dalam menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas (contohnya sinar UV). Sinar UV memang terer menyebabkan kulit menjadi kering dan menghilangkan kelembapan semulajadi. 

Di sinilah Vitamin E memainkan peranan yang penting dalam membantu mengelak kesan cahaya matahari yang berlebihan pada kulit. Seterusnya, mengekalkan kelembapan semulajadi kulit kita. Dengan itu, kulit akan sentiasa dijaga dengan baik. Siapalah yang tak nak memiliki kulit yang halus mulus dan cerah berseri betul, tak? Kata nak jadi Miss Universe untuk suami khenn.

Meh kita tengok fakta nutrisi dalam setiap kapsul CoQHealth Plus meh.
Coenzyme Q10  = 28mg
Vitamin E           = 10mg
Green Tea         = 10 mg
Kalau nak tahu 6 fungsi utama CoQ10, boleh klik link ini hokeh.

Ada lagi satu fakta yang penting iaitu, kadar CoQ10 semulajadi yang terdapat dalam badan manusia semakin merosot apabila berusia 20 tahun. Jadi mereka yang dah mencapai 20 tahun tu jangan tunggu lama-lama jom dapatkan CoQHealth Plus Shaklee sekarang. *Ehem ehem* 

Ingin Mengusir Kulit Kusam Kepada Lebih Cerah Dan Berseri? CoQHealth sedia membantu. Berminat? Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. Terima kasih.


Betul tu bukan sekadar untuk jantung tauu (Sumber Google)



Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit