Jadikan masa makan si kecil sesuatu yang menyeronokkan. Selepas memperkenalkan bayi anda dengan makanan pejal, jangan lupa perkenalkan dia dengan makanan jejari. Makanan jejari merujuk kepada makanan yang boleh dipegang dan dimakan sendiri oleh bayi.
Menikmati makanan jejari memang menyeronokkan bagi bayi kerana mereka boleh mengeksplorasi kemahiran jari-jemari mereka. Makanan jejari sesuai untuk bayi berusia tujuh bulan ke atas. Bagi ibu bapa pula, ini adalah langkah pertama bayi anda untuk belajar makan sendiri.
Bagaimanapun, makanan jejari bukanlah makanan utama yang perlu diberikan kepada anak. Makanan ini lebih merupakan makanan sampingan yang biasanya diberikan selepas waktu makan utama. Namun, jangan sesekali meninggalkan si kecil makan makanan jejari sendirian kerana mereka mungkin tercekik.
Salah satu kebaikan memberi anak makanan jejari adalah dia boleh menikmati makanan dengan menggunakan tangan mereka sendiri. Cara ini juga mampu menguatkan otot jari-jemarinya selain melatih kemahiran memegang makanan dengan lebih sempurna.
Oleh kerana makanan jejari perlu dipegang, anda perlu pastikan tangan anak sentiasa berada dalam keadaan bersih. Hal ini penting untuk mengelakkan daripada terjadinya masalah keracunan makanan. Makanan jejari biasanya disediakan dalam warna-warna menarik dan pelbagai tekstur.
Antara contoh makanan jejari adalah buah-buahan seperti pisang, epal, pic, sayuran iaitu lobak merah, brokoli dan yang bersesuaian yang dipotong bentuk jejari. Oleh itu, sekiranya si manja bermasalah untuk makan, janganlah terlalu memaksa. Sebaliknya, cadangkan pada anak, makanan jejari.
Sumber dari pama.karangkraf.com
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment