Wednesday, August 13, 2014

Petua Mengatasi Bayi Kembung Perut

1. Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam. Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.

2. Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara 2 minggu dan 6 bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia 2 tahun atau lebih.

3. Untuk memastikan samaada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa samaada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

4. Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

A. Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

B. Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :

• Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

• Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

• Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

• Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

• Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.



Sumber Google



Copy & paste dari Page Petua Hilang Jerawat Pantas



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments: