Wednesday, August 6, 2014

Petua Tradisional Untuk Merawat Keputihan-Dapatkan Set Mengatasi Masalah Keputihan Shaklee Hari Ini

Untuk Wanita Yang Mengalami Masalah Keputihan

Pilihan 1: Basuh daun jeruju hitam secukupnya dengan bersih. Rebuskan dengan 3 gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, tapiskan air didihan tersebut dan minum.

Pilihan 2: Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, tapis dan minum.

Pilihan 3: Ambil kira-kira 30 gram daun baharu Cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.

Pilihan 4: Ambil 20 gram daun dan akar Tapak Leman dan potong kecil. Sertakan juga 10 gram daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gram daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum 2 kali sehari sebelum datang haid.

Pilihan 5: Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.

Pilihan 6: Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.

Pilihan 7: Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.

Pilihan 8: Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.

Pilihan 9: Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk. Digunakan sebagai ubat sapu.

Pilihan 10: Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan 3 gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila sudah sejuk.

Pilihan 11: Ambil segenggam daun turi dan kunyit. Basuh bersih dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan ke dalam ¾ cawan air panas dan dikacau rata. Biarkan untuk beberapa minit sebelum diperah dan tapis untuk diminum. Amalkan 2 kali sehari.

Pilihan 12: Ambil 120 gram daun turi, 120 gram daun sirih, 50 gram daun ketumbel dan 150 gram daun jambut batu. Hancurkan dan rebus dengan air secukupnya. Campurkan ke dalam air mandian dan berendam untuk beberapa minit di dalam air campuran tersebut.

Pilihan 13: Ambil kira-kira 60 gram bunga balung ayam dan daging secukupnya. Rebus dengan 3 gelas air sehingga daging menjadi empuk. Makan daging dan minum air rebusan itu apabila telah sejuk.

Pilihan 14: Ambil 15 gram balung ayam lebar yang kering, 15 gram daun hempedu bumi kering dan hati-hati ungu kering. Rebus dengan 3 gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Amalkan 2 kali sehari sebelum makan.

Pilihan 15: Rebus bunga butang dengan segelas air. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Pilihan 16: Rebus akar dan batang bunga matahari sehingga air rebusan tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Pilihan 17: Ambil bunga siantan kira-kira segenggam dan rebus. Biarkan sejuk sebelum diminum.

Pilihan 18: Rebus bunga cempaka telur secukupnya sehingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Pilihan 19: Sediakan beberapa helai daun inai, buah temu kunci dan tapak sulaiman. Bersihkan bahan-bahan tersebut terlebih dahulu. Rebus kesemua bahan tersebut hingga mendidih. Setelah mendidih, tuangkan air tersebut ke dalam gelas dan biarkan ia suam. Kemudian, minum air rebusan tersebut sekali sehari. Ulangi meminumnya setiap hari sehingga masalah keputihan anda berjaya diatasi.



(Sumber Google)

Copy & paste dari Page Petua Hilang Jerawat Pantas


Ish ish ish takde benda lain ke nak cerita? Malu nak baca. Amboi yang baca nak malu apa? Yang duk menaip ni lagi malu kott. Tapi takkan ke mana malu tu kalau tak bertempat. Takyah malu-malu kata nak sihat kan? Keputihan ni orang perempuan jer alami. Jadi kepada suami-suami kat luar sana kenalah 'bermurah hati berlapang dada' kalau si isteri minta bajet lebih nak beli vitamin atau suplemen sebab nak jaga kesihatan diri. Jangan 'condemn' atau perli kiteorang yer kecik hati tau.



 Jangan malu nak bertanya ok? (Sumber Google)

Keputihan atau cecair yang keluar dari faraj adalah perkara lumrah bagi perempuan. Cecair faraj ini akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid. Masalah mula timbul apabila warnanya bertukar kekuningan dan kehijauan yang menandakan jangkitan kuman telah berlaku. Selain itu, keadaan stres yang melampau juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Sebut pasal masalah keputihan Shaklee menawarkan tiga produk utama yang boleh mengawal dan seterusnya mengatasi masalah ini iaitu Alfalfa Complex, GLA Complex dan juga Garlic. Apakah fungsi setiap satu produk ini? Jom kita siasat.


kreatif ler katakan

Alfalfa Complex
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Memberi kelegaan semasa haid
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Merawat masalah keputihan pada wanita
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Membesar dan menegangkan payudara/punggung
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Sebagai 'milk booster'
  • Pesakit SLE disarankan tidak mengambil produk ini. Harap maklum

GLA Complex
  • Membantu mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopause
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menangani inflamasi kulit
  • Membantu menentang kanser
  • Membantu dalam mengawal berat badan
  • Menghalang komplikasi diabetes dan darah tinggi

Garlic Shaklee
  • Membantu meningkatkan tahap sistem penghadaman
  • Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan bagus dalam mempertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat dan virus 
  • Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi 
  • Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh 
  • Dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal kandungan gula dalam darah bagi pengidap diabetes
Testimoni pilihan


Sumber Google


Sekiranya anda yang berada di luar sana masih ragu-ragu sama ada anda mengalami masalah keputihan atau pun tidak, bolehlah dapatkan nasihat dan rawatan dari pihak pakar. Bagi mereka yang sedang mengalaminya dan ingin mencuba petua orang dulu-dulu pun tak salah, silalah mencuba. Bagi yang berminat nak 'consume' produk Shaklee pula amatlah dialu-alukan. Apa yang penting di sini, kita mencari ikhtiar dan penawar untuk kesihatan bersama. Oleh sebab itu, jangan malu jangan segan hubungi saya sekarang untuk mendapatkan konsultasi berterusan, cara makan yang betul serta tips menarik menanti anda eksklusif untuk pelanggan saya sahaja.




Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.






Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit





No comments: