Wednesday, August 20, 2014

Penyakit Batu Karang Hempedu? Sila Kawal Dengan DTX Complex Shaklee

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.



Sumber Google *Gallbladder=pundi hempedu,Gallstones=batu karang, yg lain cari sendiri :p



Simptom-simptom

1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

"Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.

2. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

"Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

"Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

"Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.


Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:

  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.


Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

copy paste dari e-kesihatan.blogspot.com





Assalamualaikum semua... 'Last' post ada cerita pasal penyakit batu karang di bahagian buah pinggang. Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut boleh ikuti di link ini. Harini topik yang sama juga masih lagi penyakit batu karang tapi di bahagian pundi hempedu. Produk yang disarankan oleh Shaklee adalah Alfalfa Complex, B Complex, Carotomax, Lecithin, Ostematrix, Vitamin C dan yang 'special' sikit sebab post kali ini ada kaitan dengan hati. Jadi boleh juga ambil DTX Complex.

Dtx Complex
  • membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksin daripada tubuh
  • antioksidan, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan melalui penyelidikan yang dibuat, mampu menyokong keupayaan dalam meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati


Vit C 
  • mengasidkan urin dan seterusnya batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid
  • menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak
  • mengukuhkan sistem imun tubuh


B-Complex
  • menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang
  • menurunkan retensi cecair 


OsteMatrix  
  • mengandungi Magnesium yang menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 


Alfalfa Complex 
  • mengurangkan infeksi & inflamasi
  • antikulat


Carotomax 
  • menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  • penting dalam pemulihan sistem imun


Lecithin 
  • membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang


"Saya memang takde penyakit batu karang ni. So, no point makan suplemen bagai". Betul! Sekiranya anda sihat walafiat dan selalu bersenam, jaga pemakanan, minum banyak air kosong, tidak merokok blablabla 'and the list goes on'...  memang tak perlu suplemen ni semua. Tapi bagi mereka yang agak sukar nak amalkan gaya hidup sihat, saya sarankan bolehlah mencuba. Ambil mana yang perlu sahaja. Sekiraya ada pertanyaan jangan malu segan boleh hubungi saya dengan segera pm/wassap 011-37008943 TQ   


Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments: