Thursday, August 28, 2014

Enaknya Makanan Jejari

Jadikan masa makan si kecil sesuatu yang menyeronokkan. Selepas memperkenalkan bayi anda dengan makanan pejal, jangan lupa perkenalkan dia dengan makanan jejari. Makanan jejari merujuk kepada makanan yang boleh dipegang dan dimakan sendiri oleh bayi.
Menikmati makanan jejari memang menyeronokkan bagi bayi kerana mereka boleh mengeksplorasi kemahiran jari-jemari mereka. Makanan jejari sesuai untuk bayi berusia tujuh bulan ke atas. Bagi ibu bapa pula, ini adalah langkah pertama bayi anda untuk belajar makan sendiri.
Bagaimanapun, makanan jejari bukanlah makanan utama yang perlu diberikan kepada anak. Makanan ini lebih merupakan makanan sampingan yang biasanya diberikan selepas waktu makan utama. Namun, jangan sesekali meninggalkan si kecil makan makanan jejari sendirian kerana mereka mungkin tercekik.
Salah satu kebaikan memberi anak makanan jejari adalah dia boleh menikmati makanan dengan menggunakan tangan mereka sendiri. Cara ini juga mampu menguatkan otot jari-jemarinya selain melatih kemahiran memegang makanan dengan lebih sempurna.
Oleh kerana makanan jejari perlu dipegang, anda perlu pastikan tangan anak sentiasa berada dalam keadaan bersih. Hal ini penting untuk mengelakkan daripada terjadinya masalah keracunan makanan. Makanan jejari biasanya disediakan dalam warna-warna menarik dan pelbagai tekstur.
Antara contoh makanan jejari adalah buah-buahan seperti pisang, epal, pic, sayuran iaitu lobak merah, brokoli dan yang bersesuaian yang dipotong bentuk jejari. Oleh itu, sekiranya si manja bermasalah untuk makan, janganlah terlalu memaksa. Sebaliknya, cadangkan pada anak, makanan jejari.



Sumber dari pama.karangkraf.com
Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Sunday, August 24, 2014

Si Hijau Salad Berkhasiat

Kehadirannya hanya sebagai pelengkap hiasan hidangan. Kadang kala ia dibiarkan sahaja tanpa disentuh. Hakikatnya si hijau segar ini mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan. Daun salad sebenarnya sedap dimakan terutama apabila masih segar dan rangup.
Tahukah anda daun salad mempunyai kepentingan dari segi perubatan juga. Si hijau yang mempunyai nama saintifik Lactuca sativa membekalkan khasiat seperti berikut:
*Penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur.
*Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, postasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink.
*Daun ini mengandungi karotin, saraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.
*Ia juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.

Jika anda dalam pelan diet, amalan makan salad antara menu sihat yang digalakkan. Bagaimanapun ia perlu mengikut kriteria diet salad yang baik iaitu:
*Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung.
*Bataskan penggunaan bijirin.
*Pilih minyak zaitan dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3.
*Jangan tambah gula di dalam hidangan salad.
*Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad.
*Elakkan penambahan makanan berlemak sebaliknya tambah sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging.

Sumber dari pama.karangkraf.com

Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, August 20, 2014

Penyakit Batu Karang Hempedu? Sila Kawal Dengan DTX Complex Shaklee

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.



Sumber Google *Gallbladder=pundi hempedu,Gallstones=batu karang, yg lain cari sendiri :p



Simptom-simptom

1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

"Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.

2. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

"Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

"Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

"Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.


Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:

  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.


Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

copy paste dari e-kesihatan.blogspot.com





Assalamualaikum semua... 'Last' post ada cerita pasal penyakit batu karang di bahagian buah pinggang. Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut boleh ikuti di link ini. Harini topik yang sama juga masih lagi penyakit batu karang tapi di bahagian pundi hempedu. Produk yang disarankan oleh Shaklee adalah Alfalfa Complex, B Complex, Carotomax, Lecithin, Ostematrix, Vitamin C dan yang 'special' sikit sebab post kali ini ada kaitan dengan hati. Jadi boleh juga ambil DTX Complex.

Dtx Complex
  • membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksin daripada tubuh
  • antioksidan, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan melalui penyelidikan yang dibuat, mampu menyokong keupayaan dalam meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati


Vit C 
  • mengasidkan urin dan seterusnya batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid
  • menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak
  • mengukuhkan sistem imun tubuh


B-Complex
  • menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang
  • menurunkan retensi cecair 


OsteMatrix  
  • mengandungi Magnesium yang menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 


Alfalfa Complex 
  • mengurangkan infeksi & inflamasi
  • antikulat


Carotomax 
  • menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  • penting dalam pemulihan sistem imun


Lecithin 
  • membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang


"Saya memang takde penyakit batu karang ni. So, no point makan suplemen bagai". Betul! Sekiranya anda sihat walafiat dan selalu bersenam, jaga pemakanan, minum banyak air kosong, tidak merokok blablabla 'and the list goes on'...  memang tak perlu suplemen ni semua. Tapi bagi mereka yang agak sukar nak amalkan gaya hidup sihat, saya sarankan bolehlah mencuba. Ambil mana yang perlu sahaja. Sekiraya ada pertanyaan jangan malu segan boleh hubungi saya dengan segera pm/wassap 011-37008943 TQ   


Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Sunday, August 17, 2014

Shaklee Vitamin Semulajadi : 5 Perbezaan Vitamin Sintetik Vs Vitamin Semulajadi

Ramai yang bertanya pada saya samada Shaklee selamat diambil dan tanpa kesan sampingan..jawapan saya sangat mudah..Ya Shaklee adalah Vitamin Semulajadi dan ia selamat diambil dan tiada kesan sampingan..mengapa saya katakan begitu..mari kita baca 5 Perbezaan Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi..


Gambar hanya hiasan (Sumber Google)


Penghasilan
Vitamin Semulajadi : dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin Sintetik : dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Keserasian dengan badan
Vitamin Semulajadi : dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin Sintetik : walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Harga
Vitamin Semulajadi : tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin Sintetik : biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

Kesan kepada tubuh badan
Vitamin Semulajadi : mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin Sintetik : oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka masa panjang
Vitamin Semulajadi : tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin Sintetik : mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.
Pilihan ditangan anda..jika saya sudah tentulah pilih yang semulajadi dan Shaklee adalah pilihan yang tepat..Anda pula bagaimana..Tepuk dada tanyalah selera..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Copy paste from FB Nurul Azliza

Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Friday, August 15, 2014

Waspada Serangan Batu Karang Dan Halang Dengan Set Batu Karang Shaklee

Assalamualaikum semua

Sambil-sambil duk sibuk men'google' gambarajah ureter, buah pinggang terserempaklah pulak dengan gambar-gambar batu karang yang boleh mimpi ngeri dibuatnya. Nasiblah siapa suruh jual suplemen kan? Jual tudung yang mengelip-ngelip kau taknak. Harini bukan nak bercerita pasal tudung tapi pasal batu karang. Jangan buat-buat 'confuse' pulak.

Batu karang cukup sinonim dengan pundi kencing, ureter dan buah pinggang kerana kedudukannya yang terletak di bahagian tersebut. Yelah mana pernah dengar batu karang di jantung atau di otak. Alien ke apa? Batu karang adalah mendapan yang terjadi dalam saluran kencing iaitu hasil daripada mineral dan asid garam. Batu karang selalunya terjadi apabila air kencing menjadi pekat dan membentuk kristal.

Kebanyakan batu karang tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing di mana ianya menjadi bertambah besar. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing.


Tengok gambar terus faham kan? (Sumber Google)


Tanda-tanda sakit batu karang
  • Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
  • Sakit pada bahagian belakang badan, bawah tulang rusuk atau di bahagian bawah abdomen dan pangkal peha.
  • Air kencing berdarah.
  • Air kencing keruh dan berbau busuk.
  • Membuang air kecil lebih kerap daripada biasa 
  • Demam, seram sejuk dan menggigil (jika ada jangkitan)
  • Loya dan muntah

Saranan bagi menghalang penyakit batu karang
  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  • Elakkan minuman manis seperti kopi, teh dan terutamanya minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. (Ehem boleh juga ambil B Complex Shaklee sebagai tambahan)
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.



Suplemen Shaklee yang disyorkankan bagi pesakit batu karang

Vit C 
  • mengasidkan urin dan seterusnya batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid
  • menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak
  • mengukuhkan sistem imun tubuh

B-Complex
  • menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang
  • menurunkan retensi cecair 

OsteMatrix  
  • mengandungi Magnesium yang menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 

Alfalfa Complex 
  • mengurangkan infeksi & inflamasi
  • antikulat

Carotomax 
  • menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  • penting dalam pemulihan sistem imun

Lecithin 
  • membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, jangan gundah-gulana saya boleh 'guide' produk yang paling sesuai untuk anda. Dapatkan Set Batu Karang Shaklee dengan menghubungi saya seperti maklumat di bawah sekarang.




Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.



Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Wednesday, August 13, 2014

Petua Mengatasi Bayi Kembung Perut

1. Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam. Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.

2. Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara 2 minggu dan 6 bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia 2 tahun atau lebih.

3. Untuk memastikan samaada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa samaada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

4. Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

A. Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

B. Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :

• Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

• Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

• Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

• Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

• Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.



Sumber Google



Copy & paste dari Page Petua Hilang Jerawat Pantas



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Monday, August 11, 2014

Keburukan Permainan Tablet

Hebat sungguh anak-anak zaman sekarang. Hadiah hari lahir yang mereka terima sehingga secanggih komputer tablet. Nampaknya ramai ibu bapa berebut untuk memberikan anak-anak mereka permainan tablet kerana tidak mahu dianggap ketinggalan.
Namun hakikatnya, tahukah anda bahawa sebenarnya pemberian tersebut telah mendedahkan si kecil kepada banyak keburukan dalam perkembangan mereka yang lebih positif. Berikut adalah beberapa keburukan yang bakal dirasakan sekiranya terus membiarkan anak anda membesar dengan permainan tablet tanpa kawalan.

  1. Kemahiran motor dan rasa yang terbatas
Apabila si kecil keterlaluan menggunakan jari-jemari mereka menyentuh skrin tablet untuk bermain, ia sebenarnya telah membantutkan perkembangan kemahiran mereka. Mereka tidak dapat rasa dan bau benda yang sebenar. Mereka tidak dapat meningkatkan kemahiran tangan mreka. Jangan terkejut sekiranya anak anda nanti tidak mahir memegang pensil untuk menulis nama apabila sudah masuk ke tadika.

  1. Ketagih ‘game’
Jangan berbangga sekiranya si kecil yang baharu berusia setahun dua sudah pandai bermain ‘game’ dalam tablet. Ia hanya akan membuatkan mereka rasa ketagih dan tidak boleh berhenti bermain.

  1. Meningkatkan risiko rabun
Akibat terlalu lama mata tertumpu kepada skrin tablet, ia boleh menyebabkan mata anak yang masih kecil cepat letih dan penat. Ini meningkatkan risiko mereka bercermin mata walaupun baharu berusia bawah enam tahun.

  1. Mengganggu tidur
Mungkin ada segelintir ibu bapa yang gemar menggunakan teknologi untuk tujuan menidurkan anak mereka. Membacakan buku sebelum anak tidur memang aktiviti yang bagus tetapi jika menggunakan tablet, ia hanya akan membuatkan anak anda semakin sukar tidur. Cahaya yang terang daripada tablet dan pelbagai bunyi-bunyian hanya akan membuatkan si kecil anda semakin aktif dan ligat. Lebih baik baring bersama dan peluk anak sampai mereka tertidur.

  1. Anak mudah mengamuk
Cuba anda minta semula tablet yang sedang digunakan oleh si kecil untuk bermain. Apa reaksi mereka? Tentu sahaja dia akan mengamuk dan menangis. Inilah akibatnya jika kita tidak mengawal aktiviti penggunaan tablet. Bila sudah ketagih, emosi mereka tidak stabil kerana asyik teringatkan ‘game’ sahaja.

Apa pun keputusan terletak di tangan ibu bapa. Persoalannya adakah anda membelikan anak tablet untuk mereka bermain sepanjang masa kerana tidak mahu mereka mengganggu aktiviti anda atau sekadar ingin mendedahkan mereka dengan teknologi iaitu bermain bersama tablet tersebut dalam masa tertentu? Jangan jadikan gajet tersebut sebagai bahan pujukan untuk menyuruh si kecil duduk diam atau berhenti menangis kerana kesannya amat buruk untuk perkembangan mereka.


Sumber dari pama.karangkraf.com

Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Saturday, August 9, 2014

Petua Untuk Menurunkan Darah Tinggi - Vivix Boleh Membantu Menurunkan Darah Tinggi Anda

Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. 



Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

- Makan biji buah Peria.

- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.



Copy & paste dari Page Petua Hilang Jerawat Pantas



 Sumber Google


Siapa kat sini suka makan benda-benda masin? Contohnya macam ikan pekasam. Goreng sampai garing lepas tu hidangkan bersama bawang dan cili potong. Tambah perahan limau nipis dan makan bersama nasi panas. Perghh!! Tambah nasi 3 pinggan pun tak sedar cik kak oii. Sedap memang sedap tapi hati-hati penyakit darah tinggi tak mengenal usia. Bagi mereka yang tidak gemar juadah ini jangan seronok sangat. Belum tentu lagi korang selamat. Cuba perhati dalam menu seharian, pernah makan budu, cencaluk, belacan haaa telur masin. Mestilah pernah makan kan? 

Kesimpulannya, pengambilan garam berlebihan dalam pemakanan boleh memberi kesan kurang baik dalam jangka masa yang panjang. Mungkin bukan hari ini, esok atau lusa tapi mungkin satu hari nanti kita turut disahkan sebagai pesakit darah tinggi. Nauzubillah..minta dijauhkan. Bagi mereka yang telah disahkan penghidap darah tinggi, boleh dapatkan Vivix Shaklee. Kenapa Vivix yang menjadi pilihan? 

Untuk pengetahuan semua, Vivix merupakan produk yang kaya dengan resveratrol dan polifenol. Apakah yang dimaksudkan dengan resveratrol dan polifenol? Untuk keterangan lanjut mengenai dua unsur ini, anda boleh dapatkan keterangan lanjut di sini.

Inilah dia Polygonum Cuspidatum (Sumber Google)

Salah satu kandungan dalam Vivix adalah Polygonum Cuspidatum. Polygonum Cuspidatum yang juga dikenali sebagai Knotweed Jepun merupakan tumbuhan 'perennial' yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah salah satu sumber komersial resveratrol; yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah.  

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina. Ujian demi ujian telah dilakukan dan kesimpulan yang dibuat telah menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan. 

Walaupun produk ni boleh mengawal pelbagai jenis penyakit namun ia tidak sesuai untuk kanak-kanak, ibu hamil dan ibu yang menyusu bayi serta mereka yang sedang dalam rawatan kimoterapi. Harap maklum 

Testimoni Pilihan




Sumber Google


Seronoknya baca testimoni kat atas ni. Seronok sebab mereka telah berjaya dalam mencari penawar yang serasi buat orang tersayang. Walau apa pun semuanya berlaku dengan izin Yang Maha Kuasa. Tugas kita berikhtiar dan selebihnya berdoa. Vivix bukan kepada mereka yang sedang sakit sahaja. Bagi mereka yang sihat dan prihatin dengan kesihatan diri juga boleh 'consume'. Jom dapatkan Vvivx hari ini!




Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit