Saturday, July 12, 2014

Legakan Masalah Resdung Dengan Alfalfa, B Complex Dan Vitamin C

Assalamualaikum. Secara peribadi, saya memang penggemar makanan laut dan sangat suka makan benda-benda yang berada dalam kategori makruh seperti budu, belacan dan sebagainya. Apa motif cakap pasal makanan waktu pagi ni Bedah? Macam tak kena jer dengan tajuk 'Legakan Masalah Resdung Dengan Alfalfa, B Complex Dan Vitamin C'. Ala saje jer nak 'relate' kisah peribadi dengan sebahagian daripada kita yang tidak dapat merasai nikmat makanan tersebut dek kerana masalah resdung. Penyakit resdung ni kan tidak mengenal umur atau rupa bentuk hidung itu sendiri. Tak kisahlah hidungmu mancung bak seludang atau pun tidak, apa yang pasti penyakit resdung perlu dibendung agar tidak memudaratkan kehidupan kita. Ikuti kupasan masalah resdung yang saya kongsikan dari website resdung.delimarubie.my


Sumber Google

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.

 APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.
Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia. Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.

Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak di dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan di dalam lapisan hidung.

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.
Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia. Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung. Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak. Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lendir dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
 
JENIS  RESDUNG (SINUSITIS)
*  Akut
*  Kronik

AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. 

Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama    di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
*Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
*Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
*Kerap bersin pada waktu pagi
*Ada kalanya hidung tersumbat
*Tanpa demam tetapi hingus bertambah
*Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
*Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.


Saranan daripada produk Shaklee



Sumber Google

Testimoni Pilihan

Sumber Google

Jangan biarkan masalah resdung menguasai anda. Jom legakan masalah resdung anda dengan dapatkan Alfalfa, B Complex Dan Vitamin C Shaklee sekarang.


Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments: