Monday, July 21, 2014

Colours of My Family

Tetiba gatal nak buat entry yang takde kena-mengena dengan Shaklee. Rasa-rasanya topik ni paling relevan nak cerita kat sini.

Keluarga saya agak unik kerana perbezaan umur antara emak dan ayah yang jauh berbeza. Ayah saya anak keenam dari tujuh orang adik-beradik manakala emak pulak anak sulong dari tujuh orang adik-beradik. Jadi apa yang uniknya? Emak saya bernikah di usia 16 tahun manakala ayah pula pada awal 40-an (nampak sangat tak ingat). Perbezaan umur yang sangat ketara antara emak ayah saya bukanlah satu perkara luar biasa, but this is how the story begins...

Di sebelah ayah saya, saya mempunyai ramai sepupu yang sebaya dengan emak saya. Namun, panggilan yang biasa digunakan haruslah 'abang' dan 'kakak' bukan 'pakcik' atau 'makcik'.  Malah sepupu saya ni kebanyakkannya telah mempunyai anak yang sebaya dengan saya. Dengan kata lain, saya sebaya dengan anak sepupu. Hehe macam dah pening jer. Lagu satu, kebanyakkan sepupu-sepupu saya dah berstatus datuk nenek sebab dah ada cucu. Kiranya saya pon dah ada cuculah kan?

Seperti yang telah saya sebutkan di awal tadi, emak anak sulong dari 7 orang adik-beradik. Cuba bayangkan saya mempunyai seorang bapa saudara dan emak saudara yang lebih muda dari saya. Malah sepupu-sepupu saya belah mak majoritinya masih kecil dan bersekolah. Sepupu yang paling tua (tua ke?) berumur 15 tahun dan yang paling muda berusia 2 bulan 'and still counting...'. Dipendekkan cerita, sepupu-sepupu saya belah emak majoritinya kecil dan sebaya dengan anak perempuan saya yang berumur 4 tahun. Mereka inilah teman sepermainan anak saya bila berada di kampung.

Lagi satu fakta menarik ialah saya merupakan anak dan cucu sulong belah emak saya. Nenek, emak dan anak perempuan saya juga merupakan anak dan cucu sulong dalam susur galur keluarga belah emak. Menarik bukan?

Itulah serba sedikit cerita mengenai keluarga saya opsss belum abis lagi yer. Ni nak cerita belah suami pulak. Suami saya anak bongsu dari 7 orang adik beradik yang terdiri daripada 4 lelaki dan 3 perempuan. Perbezaan umur antara kakak yang nombor 6 dengan suami saya adalah 20 tahun (kalau tak silaplah). Rasa-rasanya korang dah boleh agak apa yang nak diceritakan pada perenggan seterusnya hehehe.

Abang dan kakak ipar pula sebaya dengan emak saya. Tapi panggilan yang digunakan haruslah 'abang' dan 'kakak'. Yelah mereka kan abang dan kakak kepada suami saya? Malah mereka juga ada yang mempunyai anak-anak yang sebaya dengan saya. Saya boleh kategorikan anak saudara belah suami kepada 3 bahagian. Sudah berkahwin, bekerjaya dan masih belajar di ipt atau sekolah.

Bagi anak saudara yang sudah berkahwin pula, mereka juga telah mempunyai anak. Menurut khabar terbaru melalui emak mertua saya, dia menerima cicit perempuan pertama yang baru berusia 2 bulan. Kalau tak silap, cicit yang keenam alhamdulilah. Makin meriahlah raya tahun ini dengan kehadiran ahli keluarga baru.

Dengan kata lain saya juga sudah ada 6 orang cucu saudara. Lagi satu fakta menarik ialah anak saya merupakan cucu yang ke 33. Kesimpulannya, emak mertua saya mempunyai 7 orang anak, 33 orang cucu dan 6 orang cicit  'and still counting...'

Cuba bayangkan kalau semua berkumpul terutama masa raya dan berbuka puasa. Dah macam buat kenduri dah. Memang riuh rendah satu rumah. Itulah antara kemeriahan yang kami lalui saban tahun.

Akhirnya berjaya juga buat satu post yang tiada kena-mengena dengan Shaklee. Harap korang enjoy dengan 'Colours of My Family' entry. Terima kasih ye sebab sudi baca sampai habis :) Kalau ada rase pening-pening atau sakit kepala sila telan b complex dan ostematrix jenama Shaklee. InsyaAllah mujarab ;)


Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




No comments: