Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama.
sumber google
Di manakah saya boleh mendapatkan bengkung?
Pada suatu masa dahulu, kain bengkung dijahit oleh seorang ibu bagi anaknya yang hamil. Kini, anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu.Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung:
- Bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak.
- Bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas.
- Bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan.
Bagaimanakah cara memakai bengkung?
Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari).Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.
Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.
Bengkung biasanya tidak dipakai begitu sahaja.
- Lapiklah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
- Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
- Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.
Apakah faedah berbengkung
"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar."Berbengkung juga dipercayai boleh membantu:
- mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
- melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
- mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
- menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
- memecahkan lemak dan selulit;
- mencegah dari makan berlebihan.
Baca lebih lanjut mengenai amalan-amalan berpantang selepas bersalin.
Jika anda tidak pasti mengenai pendekatan yang betul untuk berpantang, atau hanya mahu beberapa tip tentang amalan-amalan berpantang, bincanglah dengan ibu-ibu lain! Komuniti ibu hamil kami mungkin boleh membantu.
Copy & paste dari www.babycenter.com.my
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment