Monday, October 20, 2014

Testimoni Set Penyusuan Bajet Shaklee

Assalamualaikum semua

Post kalini nak sharing testimoni mengenai keberkesanan produk Set Penyusuan Bajet Shaklee. FYI, Set Penyusuan Bajet  Shaklee terdiri daripada Alfalfa Complex dan ESP. Produk ini amat disarankan kepada mereka yang mempunyai masalah dalam penyusuan bayi. Kepada ibu-ibu yang masih ragu-ragu untuk mencuba Set Penyusuan Bajet Shaklee, boleh rujuk kepada testimoni di bawah. Semua testimoni ini daripada sumber Google. Selamat mencuba Set Penyusuan Bajet Shaklee yer ibu-ibu semua ;)

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba produk Set Penyusuan Bajet Shaklee sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. Terima kasih




















Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Sunday, October 19, 2014

Kenali Musuh No.1 Ibu Menyusu!

MOHON BACA NOTE INI SAMPAI HABIS

 Assalamualaikum semua..setiap hari otak sy ligat berpikir mcmane lagi cara nak fahamkan ibu2 betapa pentingnya konsep "DEMAND & SUPPLY" dalam menjayakan penyusuan susu ibu.. mungkin ramai ibu tak faham konsep ni sbb ramai lagi yg tak kenal dgn FIL (feedback inhibitor of lactation)..sebenarnya selain STRESS dan pemikiran NEGATIF, FIL merupakan MUSUH NO 1 semua ibu yg menyusukan anak..tolongla ibu2 berkenalanlah dgn FIL ni..

"FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen."


Faham tak? Ok meh fazi terangkan dgn lebih mudah..actually kalau ibu suka tunggu breast betul2 bengkak atau biar je breast tak dikosongkan dlm tempoh yg agak lama, paras FIL dlm payudara jd mkin banyak dan tinggi dia nilah sebenarnya yg menghantar signal pada otak supaya kurangkan / perlahankan atau berhenti menghasilkan susu sbb kurang permintaan dari ibu..sama jugak mcm kolah air yg ade pelampung tu, bile penuh paip air dh tak perlu keluarkan air lagi..

Situasi berbeza kalau ibu yg raaaajin susukan anak, rajin pam waktu kat ofis n payudara sentiasa kosong, paras FIL akan kurang n sikit je bergantung pd berapa kosong breast ibu..bile FIL ni kurang, bdn akan terus2an menghasilkan susu sbb otak takde pun terima hasutan dr FIL supaya kurang atau berhentikan pengeluaran susu..

Skrg agak2 dh faham tak kenapa sy sering sebut pasal konsep demand & supply? Sbb tu sy tak pernah nk bgtau semua ibu kene mkn ni br susu byk, kene minum ni br susu byk, jgn mkn ni nanti susu drop..tu seme mind set je..buktinya sy main belasah je seme mknan yg ade (makanan berkhasiat & halal) tak kesah ape pun sy mkn..alhamdulillah tak pernah lagi susu drop sbb sy mkn sesetengah jenis makanan..bagus ibu2 mcm sy yg berselera mkn mcm sy ni sbb semua benda jd milk booster sbb once kite enjoy dgn makanan tu seme jd milk booster ok!

So kene ingat..nak susu banyak :-
1. Kerap kosongkan payudara maksudnya kerapla susukan baby bile baby ade dgn kita & keraplah mengepam bile baby takde dgn kita..
2. Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam..no no no ya..sbb jgn biar protien jahat FIL ni menghasut otak menghentikan production susu..tu yg buat supply akan mkin drop..
3. Makan sayur n makanan apa je yg awak semua suka ya..enjoy the food..minum air kosong lebih..
4. Keep positif..jauhi stress ni semua boleh block hormon oksitosin (hormon yg bertanggungjawab keluarkan susu dr payudara) dari terhasil..Bile hormon oksitosin kurang, susu pun malu2 nak keluar..
5. Teruskan berdoa, selalulah berzikir..hanya Dia tempat kita memohon setiap hajat..

SALAM PENYUSUAN SUSU IBU!
Dari saya,
Noorfazila Abdul Rahman
Breastfeeding Peer Counselor Anda!

#‎BFterritory
#‎wordsfromfazi
#‎breastfeedingtips



Copy paste from FB Noorfazila Binti Abdul Rahman



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Saturday, October 18, 2014

Kekejangan Otot, Punca Dan Cara Atasinya - Ostematrix Dan ESP Sedia Membantu Anda

Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.

 Sesetengah orang akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit. Pun begitu, ada juga yang mengalaminya dalam tempoh yang agak lama. Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Antaranya disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama, tidak melakukan pemanasan badan sebelum bersukan, melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.


Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda.

Bagi mengatasi permasalahan ini, anda digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot.

Selain menitikberatkan pemakanan, anda  juga disarankan untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.

Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah.   

Artikel dan gambar dari nona.karangkraf.com


Ostematrix Dan ESP Sedia Membantu Anda


Assalamualaikum semua...

Alahai kesian pulak kat cik abang kat atas tu. Cramp kaki lah pulak. Kekejagan otot jangan dipandang remeh yer. Takut melarat dan timbul masalah lain pulak. Harini nak berkongsi produk Shaklee yang boleh mengatasi kekejangan otot terutama kepada mereka yang aktif bersukan, warga emas, kaum ibu terutamanya yang sedang hamil dan menyusu bayi. 
Ostematrix

  • Mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D sebagai bahan utama yang telah diuji secara klinikal. Produk ini juga mengandungi Zinc, Copper, Manganese, dan Boron tapi dalam peratus yang amat sedikit.
  • Kalsium sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang.
  • Vitamin D pula boleh meningkatkan penyerapan kalsium untuk meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan kerangka.


ESP

  • ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Malah produk ini turut mengandungi sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia bebas dari perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
  • Meransang regenerasi kulit dan otot serta mengurangkan kedutan
  • Membantu membina otot, kuku, rambut, kulit dan lain-lain


Bagi mereka yang susah nak telan pil boleh bancuh ESP. Kepada mereka yang tak suka soya atau alergik dengan soya boleh telan pil Ostematrix. Bagus kan? Flexible gitu. Nak amik kedua-duanya pun boleh. No harm orang putih kata. Jadi sekiranya anda mengalami kekejangan otot, jangan risau yer Ostematrix dan ESP sedia membantu anda. Hanya hubungi saya dengan segera pm fb/wassap 011-37008943. Terima kasih




Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Friday, October 17, 2014

Khasiat Mangga – Bukan Sekadar Sedap

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (al-An’aam [6]: 99)
Di dalam ayat-ayat Al-Qur`an, Allah menyuruh manusia supaya memperhatikan keberagaman dan keindahan disertai seruan agar merenungkan ciptaan-ciptaan-Nya yang amat menakjubkan.

Al-Qur`an menyebutkan sejumlah buah-buahan yang oleh ilmu pengetahuan modern ditegaskan memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Antaranya adalah kurma, anggur, zaitun, tin, dan delima.

Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang memberikan manfaat pada tubuh manusia dalam berbagai cara, juga enak rasanya seperti buah mangga.

Mangga merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di kawasan Asia. Secara ilmiah ia dikenal dengan nama Mangifera Indica dan digolongkan ke dalam kelompok suku Anacardiceae. Pohon dari tanaman mangga berupa kayu dengan ketinggian batang yang mampu mencapai angka maksimal 40 meter.



Jus mangga, jus yang digemari ramai


Secara tradisional, tanaman mangga boleh digunakan untuk mengubati luka dan dapat digunakan untuk merawat infeksi yang disebabkan oleh bakteria. Apabila seseorang mengalami luka, maka daun mangga diambil lalu dikemam dan diletakkan pada luka tersebut. Bagi individu yang mengalami ulcer pada bagian perut, tanaman ini juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit tersebut.

Ini terbukti dengan kajian secara saintifik di mana para saintis mengisolasi struktur antibakteria yang boleh membunuh bakteria dan struktur antiinflamasi yang dapat menyembuhkan luka. Disamping itu, para saintis juga dapat mengisolasi struktur antiulcerogenic pada tanaman tersebut yang dapat menyembuhkan ulcer pada perut.

Secara saintifik, tanaman mangga mengandung vitamin C, vitamin A, vitamin B6, vitamin E, pektin, fosfor, kalium, magnesium, astragalin, betakaroten, quercetin yang sangat diperlukan oleh tubuh. Berkat kekayaan komponen, mangga mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan badan.

Malah sehingga kini, para saintis masih lagi mengkaji dan merungkai 1001 khasiat dari buah mangga. Antara khasiat yang ditemui adalah:

 1. Mencegah kanser

Buah mangga mengandung komponen antioksidan seperti quercetin, astragalin, isoquercitrin, fisetin, asam galat, dan methylgallat. Kandungan antioksidan tersebut dapat membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser. Kanser yang lazim adalah seperti kanser usus, prostate, leukimia, dan payudara.  Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok, dan sebagainya.

 2. Menurunkan kadar kolestrol

Buah mangga yang berwarna kuning ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, Secara tidak langsung, mencegah dari penyakit obesiti.

 3. Menyihatkan Mata

Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.

4. Membantu pencernaan dalam tubuh

Mangga memiliki peranan penting dalam menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan. Mangga membantu masalah pencernaan enzim secara semulajadi. Bahan aktif dalam mangga seperti ester, terpene dan aldehida berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan

5. Mencegah strok

Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk meningkatkan keteraturan tekanan jantung dan membantu untuk otot berfungsi dengan baik. Pengambilan kalium yang memadai akan menyebabkan  tekanan darah menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.

6. Menyihatkan otak dan meningkatkan daya memori

Mangga kaya dengan vitamin. Sebagaimana banyaknya kandungan vitamin C, mangga juga mempunyai  vitamin B-6 yang sangat penting untuk mempertahankan dan meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan neurotransmitter utama yang memberikan kontribusi dalam menentukan keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam Glutamin di mangga mampu meningkatkan konsentrasi dan daya memori.

7. Menghaluskan kulit

Buah yang memiliki rasa manis asam ini ternyata juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu memaksa sel-sel kulit untuk kembali atau melakukan proses regenerasi lebih cepat dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Kulit akan lebih halus dan sihat.

 8. Melegakan panas dalam

Mangga juga berfungsi sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor  dan biasanya di sebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor faktor lain, seperti : kekurangan vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam lebih cepat.

Sumber dari http://www.iluvislam.com/





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Thursday, October 16, 2014

Antara Rawatan Mesin Hemodialisis Dan Buah Pinggang, Mana Satu Pilihan Anda?

Assalamualaikum semua

Cuba bandingkan antara dua gambar di bawah, dapatkah anda lihat persamaannya? Ye betul, mesin hemodialisis itu merupakan pengganti kepada fungsi buah pinggang kita. Tapi apakah maksud hemodialisis?




Sumber Google

 Sumber dari alamcyber.blogspot.com (Sila abaikan 'caption' tersebut) 




Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Rawatan boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisis atau di rumah. Pesakit rawatan hemodialisis perlu menjalani pembedahan membuat fistula terlebih dahulu. 

Dua jarum khas dicucuk ke dalam fistula untuk mengalirkan darah dan disambungkan ke mesin hemodialisis melalui tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan buah pinggang tiruan pada mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam badan melalui jarum yang satu lagi. - Sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Hemodialisis


Berdasarkan sumber website wikipedia.org turut menyatakan



..Di pusat-pusat Dialisis Swasta ianya memerlukan sekurang-kurang RM 300 hingga RM 400 untuk sekali membuat dialisis...


Cuba buat pengiraan kos rawatan dialisis, banyak bukan? Umpama jatuh ditimpa tangga, mampukah kita hadapi dengan sakit yang tak tertanggung ditambah pula dengan kos perubatan yang membebankan? Tak dapat bayangkan bagaimana mereka yang kurang berkemampuan berhadapan dengan situasi ini.
.
.
.

Sekarang mari saya kongsikan kisah benar yang pernah berlaku pada tahun 2009. Sumber ini dari http://annschenkel.com/radiation-exposure-and-resveratrol/  Untuk review lengkap, anda boleh klik pada link tersebut.  


Vivix Recovery Story – Kidneys Healed & Transplant Canceled

Karen Sandifer, a former Home Health Care Supervisor, shares the following story regarding Brandy (her friend) and Vivix.  Brandy was preparing to give her husband one of her kidneys, because he was at stage 4 renal failure with polycystic kidneys.

“Tony has been taking Shaklee Vivix since February, 2009, and guess what?  We went to see the kidney doctor to find out about testing me so that I could give him a kidney and part of my liver, because he was high stage 4 renal failure with polycystic kidneys.  At stage 5 you have to be on dialysis to live.  So we wanted to do a transplant before he had to start.

“When they did his blood work, they told us that he is stage 2 to low stage 3, and then proceeded to take him off the renal diets, saying he does not need any blood pressure medication and to enjoy life, because he hopefully had many years before he has to think about dialysis!  YOU DON’T GET BETTER WITH THIS DISEASE!  And according to the specialists that we consulted, they all said that THERE IS NO CURE!

Kisah Penyembuhan Vivix -  Buah Pinggang Sembuh & Transplant Dibatalkan

Karen Sandifer, bekas penyelia Home Health Care, berkongsi kisah ini mengenai Brandy (sahabatnya) dan Vivix. Brandy dah bersedia untuk berikan satu buah pinggang dia kepada suami kerana suaminya mengalami kegagalan buah pinggang tahap 4 dengan buah pinggang polisistik.

"Tony mula mengambil Vivix sejak Febuari 2009 dan cuba teka? Kami pergi berjumpa pakar buah pinggang untuk membuat ujian supaya saya boleh memberikan buah pinggang dan sebahagian hati saya, kerana dia berapa pada tahap tinggi (4) kegagalan buah pinggang dengan buah pinggang polisistik. Jika tahap 5 anda perlu dialisis untuk terus hidup. Jadi kami mahu melakukan pemindahan organ sebelum dia terpaksa hidup dengan dialisis.

"Apabila mereka melakukan ujian darah, kami diberitahu yang dia berada pada tahap 2 atau tahap 3 rendah, dan seterusnya menghentikan dia dari meneruskan diet untuk buah pinggang, dia tidak memerlukan ubat-ubatan untuk tekanan darah lagi dan boleh menikmati hidupnya kembali, kerana dia mempunyai masa bertahun lagi sebelum perlu memikirkan untuk menjalani hidup dengan dialisis! Berdasarkan kata pakar yang berunding dengan kami, kesemua mereka mengatakan TIADA PENAWAR!


p/s translation di atas saya ambil dari http://www.freevitamin.my/





Kenapa yer asyik nak tekankan betapa bagusnya Vivix Shaklee?

Kajian makmal yang telah dilakukan oleh pihak R & D Shaklee telah membuktikan kombinasi unik dalam Vivix Shaklee ini dapat memberi kesan positif terhadap tindakan anti-penuaan dan pencegahan penyakit berbahaya dengan 4 mekanisme iaitu:

  • Melindungi kerosakan DNA-Setiap hari, sel tubuh kita diserang oleh hampir sejuta serangan yang mengganggu fungsi sel dan merosakkan DNA. Ramuan Vivix Shaklee melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Memperbaiki kawalan genetik yang menolong melambatkan penuaan dan kematian sel
  • Memberi tenaga kepada sel-Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  • Menghalang pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End Products) – protein AGE yang berlebihan akan merosakkan sel tubuh.

Dengan kata lain, Vivix Shaklee berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas selain kaya dengan resveratrol dan polifenol. 

Sekiranya anda bukanlah salah seorang pesakit buah pinggang, penggunaan Vivix Shaklee secara berterusan akan memberi kebaikan kepada tubuh badan. Bukankah mencegah adalah lebih baik dari mengubati? Ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai khasiat Vivix Shaklee pada tubuh badan? Boleh rujuk link ini. 

Walaupun entri kali ini dah macam rojak, saya berusaha untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui 10 Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang, sila layari link ini.

Kesimpulannya, Vivix Shaklee boleh merawat penyakit buah pinggang? Jika itu yang anda dapat simpulkan, fikir kembali. Vivix Shaklee hanyalah ikhtiar yang dapat saya tawarkan. Sembuh atau sebaliknya bukanlah di tangan saya. Hanya Allah Penentu Segala. Akhir kata, Antara Buah Pinggang Dan Mesin Hemodialisis, Mana Satu Pilihan Anda? 

Ingin dapatkan Vivix Shaklee dengan segera? Kos pos percuma bagi seluruh Malaysia dan dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian 2 unit Vivix Shaklee. Dengan harga yang jauh berbeza dengan kos rawatan dialisis, khasiat yang diperoleh insyaAllah berbaloi-baloi. Boleh hubungi saya dengan segera pm fb/wassap 011-37008943. Terima kasih





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Wednesday, October 15, 2014

10 Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang & Ketahui Bahaya Makan Jering

MUNGKIN info ini ada yang sudah tahu, namun untuk yang belum tahu sila baca dan sayangilah 'Buah Pinggang anda'. 



'Kapit jering' akibatkan kegagalan buah pinggang

AMARAN kepada penggemar buah jering! Memakan buah itu secara berlebihan boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.


Ketua Unit Nefrologi, Jabatan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr. Sukeri Muhamad berkata, keadaan yang dikenali masyarakat tempatan sebagai 'kapit jering' itu berlaku apabila seseorang memakan buah jering mentah dalam kuantiti banyak.

Katanya, individu yang sihat mungkin mendapati buah pinggang mereka terpaksa dirawat menggunakan kaedah dialisis akibat daripada memakan buah jering secara berlebihan.

"Saya belum pernah tengok kes ia (buah jering) mengakibatkan buah pinggang menjadi rosak terus, tetapi biasanya buah pinggang individu yang terkena 'kapit jering' akan berhenti berfungsi sehingga seminggu lamanya.



BOLEH makan tapi jangan berlebihan...

"Jering boleh dimakan tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak, namun bagi pesakit buah pinggang kronik kita tidak galakkan langsung memakan jering," katanya ketika ditemui pada Forum Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Ke-9.


Beliau berkata, individu yang tiba-tiba mengalami air kencing berdarah, tidak kencing langsung dan sakit perut berpanjangan mestilah memberitahu pihak hospital sekiranya mereka telah memakan jering bagi memastikan rawatan diberi adalah tepat.

"Jika tidak dimaklumkan, mungkin doktor akan tersilap membuat diagnosis seperti menjangka mereka mengalami masalah apendiks," katanya.

'Djengkolic acid'  dalam buah jering bahaya untuk buah pinggang.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah NKF, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher berkata, risiko 'kapit jering' berlaku kerana sejenis asid dipanggil 'djengkolic acid' dalam buah jering.

Beliau yang merupakan pakar perunding buah pinggang terkemuka negara berkata, kandungan asid tersebut boleh dikurangkan melalui kaedah merebus buah jering sehingga masak.

"Asid inilah yang merosakkan buah pinggang buat sementara, kalau direbus betul-betul, risiko 'kapit jering' dapat dikurangkan," nasihatnya.

Lebih 300 hadirin terdiri daripada pesakit, keluarga dan pengusaha pusat dialisis hadir pada program itu yang julung kalinya diadakan di negeri ini.

Forum itu membincangkan peranan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi bantuan kewangan serta peluang pekerjaan kepada pesakit buah pinggang.




KETAHUI 10 TANDA AWAL MENGHIDAP PENYAKIT BUAH PINGGANG:

Tidak ramai yang mengetahui apakah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang. Mari ketahui apakah tanda-tanda simptom tersebut.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. 

Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang untuk dikongsikan di bawah :

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Keletihan melampau sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.-ALAMCYBER2020-

Sumber artikel dan gambar dari alamcyber.blogspot.com 






Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : 
Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit