Di sini ingin saya berkongsi sebuah vimeo tentang kisah seorang ibu yang mempunyai pengalaman dalam menyusukan bayinya yang lahir pramatang. Sebelum itu, apa kata kita fahami dulu, apakah maksud kelahiran pramatang?
Menurut sumber dari www.babycenter.com.my, kelahiran pramatang berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan.
Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.
Banyak cabaran yang menanti bagi bayi pramatang (Sumber Google)
Masalah-masalah yang kerap dialami bayi pramatang
Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap dialami bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran. Secara amnya bagi bayi yang jaundis mereka akan diletakkan di bawah lampu ungu untuk menurunkan tahap kuning bayi terbabit.
Apnea
Apnea adalah keadaan di mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
Anemia (Kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. Adalah agak mudah untuk mengetahui jika bayi anda mengalami anemia. Ia boleh dikesan melalui ujian darah.
Masalah pernafasan (Respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku. Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pra matang berfungsi dengan lebih baik. Dalam pada itu, jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.
Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dia dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.
Patent Ductus Arteriosus(PDA)
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA, bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Terdapat ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.
Masalah Retina
Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh mengalami kecederaan dan ini boleh menyebabkannya mengalami masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.
Sumber dari www.beingmary.com
Jom layan vimeo kisah menyusu anak pramatang
Tapi saya gerenti, sekiranya kita berada di tempat ibu tersebut, isu itu hanyalah perkara kecil jer kan? Janji amanah yang diberi dapat pulih seperti sediakala. Semoga ibu-ibu di luar sana yang mempunyai cabaran yang serupa, tabah dalam menghadapi ujian hebat ini.
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment