Monday, October 27, 2014

Tingkatkan Fokus Anda Dengan Vitamin Shaklee - Omega Guard, B Complex & Meal Shakes

Assalamualaikum semua

Isu kurang fokus atau tidak memberi perhatian dalam kelas nampak macam perkara remeh tapi sebenarnya boleh memberi impak yang besar dalam proses pembelajaran bagi mereka yang bernama pelajar. Kita semua pernah bergelar pelajar kan? Tak kisahlah belajar setakat sekolah menengah, kolej atau universiti, apa yang pasti kita semua sedia maklum, fokus dalam kelas memainkan peranan yang saaangat penting.



Sumber Google


Apakah penyebab yang menjadikan otak kita kurang fokus pada sesuatu perkara?

Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada gejala kurang fokus salah satunya adalah tidak mengambil sarapan pagi. Ini boleh menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Akibatnya, otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. 

Namun, makan secara berlebihan pula akan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan. Keadaan ini pula akan menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Seterusnya akan mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus. Jadi, bersederhanalah dalam pemakanan kita seharian.


Sumber Google

Percayakah anda posisi tidur turut memberi impak dalam masalah kurang fokus? Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup muka dengan sebarang objek seperti selimut, buku atau lengan boleh menyebabkan gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen. Selain itu, tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang. 

Tahukah anda otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia? Ini bermakna ketika menghidu udara tercemar boleh menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Sekiranya anda merokok sila berhenti sebelum terlewat. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya. Bagi perokok tegar boleh dapatkan formula terhebat dari Shaklee di sini.


Apakah solusi bagi meningkatkan fokus di kalangan pelajar?

Untuk dapatkan tips fokus di dalam kelas boleh layari artikel ini. Selain itu, pengambilan suplemen yang konsisten turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan fokus para pelajar sekalian.

Sumber Google


Omega Guard

DHA dan EPA merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam dan dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Kedua-dua unsur ini boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee. Pemakanan yang berkhasiat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang dan seterusnya dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.



B Complex

Sebagai seorang pelajar, stres dah jadi makanan kitalah. Mana nak handle homework, pop kuiz, exam ditambah lagi dengan tugasan yang berlambak-lambak. Memang stres. Di sini suplemen B Complex memainkan peranan yang cukup penting. Unsur Vitamin B1 (tiamin) berfungsi sebagai antistres selain bermanfaat dalam memperkuat sistem pertahanan badan. Ini akan membantu pelajar berfikiran positif dan sentiasa berada dalam mood baik serta bersemangat.



Meal Shakes

Salah satu menu ringkas dan mudah disediakan ketika sarapan pagi. Malah, boleh dipelbagaikan cara penyediaannya. Ia juga sangat berkhasiat kerana mengandungi nutrisi lengkap dan menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan. Selain itu, ia juga mengandungi asid folid, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar terutama bagi pelajar sekolah rendah.



Sekiranya anda seorang pelajar dan mempunyai masalah fokus, sila cari jalan penyelesaiannya. Bertindak sebelum terlambat. Ingin Tingkatkan Fokus Anda Dengan Vitamin Shaklee? Jom hubungi saya sekarang pm/wassap 011-37008943. Terima kasih





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.






Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit





Sunday, October 26, 2014

10 Cara Hebat Untuk Fokus Di Dalam Kelas

Assalamualaikum..

Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas? Jadi, WS ingin berkongsi 10 cara hebat memaksimakan fokus anda ketika di dalam kelas. Jom!
  
1. Set Niat:
     Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2. “Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.

3. Catat Nota:
      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.

4. Kawal Pernafasan:
      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan:
      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.

6. “Refresh” Visual:
      Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.

7. Gerakkan Badan:
      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8. Minum Air:
      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:
      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

10. Teknik Herotan: 
     Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!

Sumber dari warkahsiber.blogspot.com


Sumber Google




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Saturday, October 25, 2014

Testimoni Set Sendi Shaklee

Assalamualaikum semua

Post kalini nak sharing testimoni mengenai keberkesanan produk Set Sendi Shaklee. FYI, Set Sendi Shaklee amat disarankan kepada mereka yang mempunyai masalah sakit lutut, sakit pinggang, lenguh-lenguh dan yang seangkatan dengannya. Set Sendi Shaklee terdiri daripada:

  • Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
  • Ostematrix
  • Omega Guard 


Kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk mencuba Set Sendi Shaklee, boleh rujuk kepada testimoni di bawah. Semua testimoni ini daripada sumber Google. Selamat mencuba Set Sendi Shaklee semua ;)

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba produk Set Sendi Shaklee sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. Terima kasih














Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit








Friday, October 24, 2014

9 Kebaikan Bersenam Untuk Kehidupan Anda

Bersenam adalah salah satu cara untuk mendapatkan fizikal yang sihat.
Jika keadaan fizikal anda sihat dan cergas, anda boleh melakukan apa sahaja pekerjaan dengan maksimum. Terdapat banyak kebaikan bersenam jika anda rajin melakukannya. Bersenam bukan bermakna anda perlu menghabiskan waktu berjam-jam di pusat fitness ataupun di perkarangan tasik. Senaman seperti yoga atau ‘sit up’ tidak memerlukan waktu yang lama dan anda boleh melakukannya di ruang kediaman. Jika anda betul-betul tidak mempunyai waktu untuk bersenam, anda hanya perlu mempraktikkan senaman yang paling mudah dan murah iaitu berjalan kaki!
Berikut beberapa kebaikan bersenam yang boleh anda peroleh:
1.Memperkuatkan Jantung
Bersenam bukan sahaja membuatkan anda berasa lebih sihat dan segar, malah memperkuatkan lagi keadaan jantung anda. Secara tak lansung tindakbalas jantung menjadi lebih efisien. Jantung juga akan terus berlatih sehingga menjadi lebih kuat. Otot jantung yang kuat berupaya membantu mencegah penyakit jantung.
2. Mengurangi Kadar Gula Dalam Darah
Senaman mampu melancarkan otot untuk mengambil glukos dalam darah dan mengubahnya menjadi energi. Ia penting untuk mengurangi risiko terkena diabetis dan penyakit kardiovaskular yang lain, yang disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal.
3. Menjaga Paru-Paru
Bersenam mampu membuatkan otot paru-paru bergerak serta meningkatkan kapasiti kerja paru-paru itu sendiri. Selain itu, senaman teratur juga dapat membantu melancarkan pergaliran udara yang masuk dan keluar melalui paru-paru.
4.Mengurangkan Berat Badan
Senaman dapat membantu mencegah lebihan berat badan. Apabila ia dilakukan secara teratur, bermakna semakin banyak kalori yang terbakar.
5. Mengawal Tekanan Darah
Senaman mampu menurunkan stress serta mempengaruhi tekanan darah. Jika tahap stress anda menurun, maka tekanan darah pun akan turut serta menurun. Jadi, sebab itulah bersenam merupakan pilihan yang tepat ketika anda berasa penat dengan aktiviti yang telah dilakukan.
6. Elok Untuk Tulang & Sendi
Orang yang rajin bersenam memiliki tulang yang lebih padat dan kuat berbading dengan mereka yang liat atau malas bersenam. Bersenam juga elok untuk mencegah osteoporosis. Jarang bersenam juga boleh membuatkan sendi-sendi anda menjadi kaku dan lemah.
7.Kulit Jadi Lebih Sihat & Berseri
Salah satu cara menjaga kesihatan kulit yang wajar anda berikan perhatian adalah dengan bersenam. Kulit memerlukan nutrisi agar sentiasa sihat dan terjaga keanjalan serta kelembapannya.  Bersenam akan meningkatkan denyutan jantung sehingga dapat melancarkan perjalanan darah, sekaligus menyalurkan nutrisi yang baik ke sel-sel kulit.
Bersenam boleh mengurangi jerawat yang ada pada wajah dan tubuh anda. Jerawat biasanya muncul disebakan faktor luaran dan dalaman. Salah satu faktor dalaman yang mengundang timbulnya jerawat adalah stress. Bersenam akan membantu tubuh anda menjadi lebih relaks dan terhindar daripada stress.
8.Meningkatkan Konsentrasi
Perjalanan darah  lancar ke otak disebabkan oleh senaman yang telah membuatkan fungsi kerja otak serta peningkatan kosenstrasi. Anda akan memiliki kosentrasi yang baik jika anda dapat bersenam secara teratur.
9. Menjadikan Kehidupan Seksual Bertambah Baik
Ketika anda berasa terlalu penat untuk melakukan hubungan seksual, bermakna ia memerlukan senaman. Latihan fizikal yang teratur boleh membuatkan anda menjadi lebih berenergi dan nampak ‘fresh’. Semua ini memberikan efek positif  pada kehidupan seksual anda. Kebaikan bersenam memang tiada tandingannya buat wanita kerana ia mampu meningatkan ghairah seksualnya.
Sumber dari www.wom.my


Sumber Google




Jom hubungi saya sekarang!



PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Thursday, October 23, 2014

6 Petua Redakan Anak Demam

Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.
Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas. Berikut adalah petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.
  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.
  1. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun.
  1. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
  1. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendiri. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.
  1. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
  1. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.

Sumber dari pama.karangkraf.com






Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, October 22, 2014

Pengalaman Pertama Kali Menjejakkan Kaki Ke...

Assalamualaikum semua

Saya ni kan nama je SID (Shaklee Independent Distributor) tapi tak pernah pun jejak kaki di cawangan Shaklee yang berdekatan. Kalau nak beli barang biasanya saya order online, boleh usha dengan mak upline saya yang comey lote tu atau mintak tolong suami. Nak dijadikan cerita baru-baru ini saya telah dapat meluangkan masa pergi ke Branch Shaklee Sri Rampai. Kiranya ini first timelah.




Selepas ambil nombor (yang guna sistem macam bank tu) dan sementara menunggu giliran, mata start melilau keadaan sekeliling. Rata-rata yang tengah menunggu nombor mereka dipanggil sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang leka dengan laptopnya, ada yang tengah menekan-nekan kalkulator (tengah kira bonus barangkali) ada yang tengah memborong barang hingga berkotak-kotak banyaknya. Wow larat ke nak angkut semua tu kak oii? Memang gagah dan gigih sekali akak tu *Angkat topi*  

Sampai jer giliran saya, borang pesanan yang telah siap diisi diberikan kepada staf yang bertugas di kaunter. Selepas menyemak beberapa maklumat yang diberi, staf tersebut menyebut harga barang disertai dengan senyuman dan 'eye contact'. Saya yang agak blur membalas senyuman sambil berkata, 
'Bayar sekarang ke?'
'Ye betul. U first time datang sini aa?'
'A ah' tersenyum kelat *Blushing* 

Selepas membuat bayaran tersebut, sekali lagi nombor giliran diambil. Kali ini tunggu giliran untuk ambil barang pula. Selepas nombor saya dipanggil dan menyemak beberapa maklumat, akhir sekali dapatlah barang yang saya order tu. Sibbaik takde apa yang silap.



Dengan sistem yang teratur dan staf yang mesra pelanggan, semua urusan dapat diselesaikan dengan segera. Suasana di sekeliling pun bersih dan selesa ditambah dengan dekorasi yang simple tapi praktikal. Terdapat juga ruang pameran yang dikhaskan untuk sebahagian produk Shaklee yang terpilih. Oklah, next time saya akan kongsikan produk apakah yang saya telah beli ketika mengunjungi Shaklee Cawangan Sri Rampai buat kali pertama InsyaAllah...

p/s: Alamat penuh Shaklee Cawangan Sri Rampai
No. 32, Jln Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 
53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027







Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Tuesday, October 21, 2014

Ubat Kolestrol dan CoQ10 - Kekalkan Tahap CoQ10 Anda Dengan CoQHealth Shaklee

Ubat Kolestrol dan CoQ10

Lipitor dan Zocor adalah antara ubat kolestrol yang paling banyak memberi keuntungan kepada syarikat farmaseutikal dengan profit sebanyak USD 9.2 Billion.

Mengikut FDA, lebih dari 20 juta Rakyat Amerika menggunakan ubat ini. Di Malaysia? Tiada perangkaan khusus tapi saya pasti juta-juta juga!

Banyak kajian klinikal oleh farmaseutikal company menunjukkan ia mampu menurunkan tahap kolestrol dan juga memberi kesan baik utk kesihatan jantung.

Ok, tetapi tidak banyak di war-war kan tentang kesan sampingan ubat ini.

Mungkin doktor anda terlalu sibuk untuk bercerita ttg kesan ini pada anda. It's ok. At least sedikit sebanyak anda perlu tahu.




Physician's Desk Reference menyenaraikan berikut sebagai kesan ubat kolestrol : 

1. Liver toxicity (kerosakan sel hati)
2. Kidney failure (kegagalan buah pinggang)
3. Sembelit
4. Insomnia
5. Tinnitus ( bunyi berdesing di telinga)
6. Menyebabkan tekanan darah tinggi
7. Kesakitan atau lemah otot
7. Rhabdomyolisis

Apa itu Rhabdomyolisis?

Kesan sampingan yang paling serius di mana sel-set otot pecah dan mengeluarkan semua toksik didalam saluran darah, dan ini akan menyebabkan sel-sel buah pinggang tersumbat, kegagalan buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.

FDA telah merekodkan 81 kes kematian akibat dari kesan Rhabdomyolisis semenjak tahun1997.

Jika anda makan ubat kolestrol dan terasa sakit otot terutamanya di bahagian betis, anda demam atau air kencing anda berwarna gelap - it's an emergency! Discus semula dgn doktor anda sebelum terlambat.

Selain itu, ubat statin ini juga akan mengurangkan penghasilan nutrisi yang sangat penting dalam badan iaitu CoQ10 sebanyak 40% !!





CoQ10 Adalah nutrient yang sangat penting untuk jantung yang sihat.

Secara azali, Semakin usia kita meningkat, semakin kurang penghasilan CoQ10 dalam badan kita. Apatah lagi jika ubat statin yang kita ambil menyebabkan ia berkurangan sebanyak 40%??

CoQ10 bukan sahaja untuk jantung tetapi untuk semua organ seperti otak, buah pinggang dan hati.

6 Fungsi utama CoQ10 :

1. Sebagai antioksidan yang menghalang kerosakan sel

2. Mencegah pembentukan artherosclerosis atau 'pengkaratan' salur darah.

3. Meningkatkan tenaga sel-sel jantung, mengurangkan tekanan darah dan menurunkan paras kolestrol.

4. Mengurangkan sakit dada.

5. Menstabilkan denyutan atau ritma jantung.

6. Meningkatkan tenaga (Mitochondria &ATPs)

So, Jika anda mengambil ubat kolestrol, pastikan anda juga mengambil CoQ10 yang cukup untuk menampung kekurangan itu. 

Banyak juga alternatif lain yang boleh anda gunakan secara natural untuk menurunkan kolestrol anda. Kolestrol itu penting tapi bukan dalam julat yang tinggi dan membahayakan.

Jasad kita hanya satu. Give him/her the best!

Love always,

Dr. Malinda

Copy paste dari FB Dr Malinda Health & Beauty Clinic



Assalamualaikum semua

CoQHealth atau cara sebutannya Co-Q-Health merupakan produk Shaklee yang akan saya huraikan pada hari ini. CoQ10 atau Coenzyme Q10 pula merupakan nutrien larut lemak semulajadi dalam tubuh kita untuk memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Nutrien ini ditemui di dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi untuk berfungsi seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. 

Unsur CoQ10 didapati sangat banyak di dalam sel-sel jantung. Proses penghasilan tenaga yang berulang beribu-ribu kali setiap saat ini membolehkan jantung kekal berdegup untuk membolehkan organ-organ lain dapat berfungsi bagi membekalkan tenaga berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan seterusnya organ-organ tidak mampu berfungsi dengan betul. Telitinya ciptaan Allah kepada manusia kan?

Berdasarkan penerangan artikel di atas, ubat statin mampu mengurangkan penghasilan CoQ10 sebanyak 40%. Cuba bayangkan apabila kita berumur 20 tahun ke atas ditambah pula dengan pengambilan ubat kolestrol, akibatnya pengeluaran CoQ10 semakin merosot. Bagaimanakah cara untuk atasi masalah ini? Di sinilah produk CoQHealth Shaklee memainkan peranan penting.

Sebiji kapsul CoQHealth mengandungi:

  • CoQ10 28mg
  • Vit E 10 mg
  • Ekstrak Teh Hijau 10 mg


Funsi CoQHealth ialah:
  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • melindungi arteri sihat daripada pengoksidaan  LDL (Low Density Lipoprotein)
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah


Untuk testimoni yang berkaitan dengan CoQHealth Shaklee sila layari link ini.


Pelbagai faktor lain turut menyumbang kepada kemerosotan CoQ10 selain pengambilan ubat kolestrol. Diet yang tidak seimbang, pendedahan rutin harian kepada radikal bebas dan sebagainya boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Justeru, pengambilan suplemen insyaAllah boleh membantu mengekalkan tahap CoQ10 anda pada paras yang sepatutnya. Ingin mencuba CoQHealth Shaklee? Sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap 011-37008943. Terima kasih   






Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit