Wednesday, December 31, 2014

Bencana Alam, Banjir & Grab Bag

Amat sedih melihat banjir yang melanda Malaysia ketika ini dan dari kejauhan saya hanya mampu berdoa semoga semua mangsa selamat dan dipermudahkan segala urusan bagi mereka yang perlu dibantu dan juga yang ingin membantu.
Bencana alam ini berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini. Pada tahun 2004 kita dikejutkan dengan Tsunami dengan kematian sekitar 230 ribu orang. Pada tahun 2005 pula Taufan Katrina telah melanda pantai tenggara New Orleans Amerika Syarikat yang menyebabkan banjir besar dan meragut sekitar 1,500 nyawa. Banjir besar kemudian melanda Malaysia pada tahu 2006 dengan Johor merupakan antara negeri yang terjejas teruk. Kemudian banjir yang tidak disangka-sangak turut pernah menenggelamkan beberapa kawasan di Shah Alam.
Pada tahun 2013 yang lalu, negara di Eropah juga mengalami banjir besar termasuk Jerman, Swiss, Republik Czech, Serbia, Belarus dan lain-lain lagi yang menyebabkan 25 kematian dan 10 daripadanya adalah di Jerman.
Tahun ini banjir paling besar pernah saya saksikan melanda Kelantan. Sedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa yang terperangkap tanpa makanan dan minuman. Bantuan pula sukar untuk sampai akibat dari terputusnya hubungan jalan, air yang terlalu dalam, arus yang terlalu kuat, cuaca yang sangat buruk dan pelbagai faktor lain.

Kini 21 orang telah kehilangan nyawa dan 10 lagi masih hilang setakat yang dilaporkan oleh Ketua Polis Negara. Kita tidak mahu penambahan kehilangan nyawa di dalam bencana ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak termasuk orang awam yang bertungkus lumus mengembeleng tenaga di dalam mengumpul dan menghantarkan bantuan ke kawasan yang terjejas.
Banyak cerita yang kita dengar dan baca di media sosial tentang kepayahan yang dialami oleh mangsa akibat terputus hubungan komunikasi, kekurangan makanan, minuman, terpisah antara keluarga dan sebagainya. Namun, sekiranya sedikit persediaan awal dibuat ketika sebelum banjir besar melanda, beberapa perkara kecil seperti itu mungkin boleh dikurangkan dengan adanya “Grab Bag”
Apa itu Grab Bag atau beg sambar?
Grab bag atau beg sambar sekiranya diterjemah secara literal di dalam bahasa melayu merupakan beg kecil yang mudah disambar ketika lari menyelamatkan diri daripada sesuatu bencana. Beg ini biasanya berbentuk beg sandang atau backpack di mana di dalamnya terkandung kit asas kelangsungan hidup.


Beg ini boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan apa saja beg kecil atau beg sandang yang mudah dibawa dan di dalamnya diisikan pelbagai benda yang penting untuk kelangsungan hidup sekurang-kurangnya untuk 3 hari. Selain itu butiran atau dokumen pengenalan diri, dokumen perubatan sekiranya ada atau apa saja dokumen penting turut di bungkus bersama di dalam beg ini.
Bagi saya, beg ini adalah perlu disediakan oleh sesiapa sahaja tak kira di mana anda berada, apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada bencana seperti banjir khususnya di negara kita Malaysia. Selain itu bencana lain yang sering berlaku adalah kebakaran. Dengan adanya beg ini, sekurang-kurangnya item-item penting seperti passport, surat beranak, dokumen pengenalan yang lain dapat diselamatkan.
Senarai perkara yang perlu ada.
Antara barangan atau perkara yang perlu ada di dalam grab bag adalah seperti berikut:-
  1. Dokumen pengenalan diri – yang asli ataupun fotokopi seperti kad pengenalan, passport, surat beranak, surat nikah, buku bank, buku asb dan sebagainya.
  2. Senarai hubungan/contact – nombor telefon atau alamat waris terdekat.
  3. Salinan pendua kunci rumah, kereta, motor dll.
  4. Sedikit wang kertas dan juga syiling
  5. Ubat-ubatan seperti panadol, ubat diarrhea, ubat demam
  6. Sepersalinan pakaian luar dan dalam.
  7. Selimut yang nipis dan ringan
  8. Wisel
  9. Set kebersihan diri seperti berus dan ubat gigi, sabun, syampoo, tuala wanita dan tisu kecil.
  10. Topi, jaket atau baju hujan “poncho”
  11. Lampu picit kecil berserta bateri.
  12. Mancis atau lighter
  13. Pisau poket (Pocket Knife)
  14. First aid kit saiz kecil
  15. Wayar pengecas telefon bimbit
  16. Bateri pengecas (Powerbank)
  17. Air mineral 1-3 liter.
  18. Snek – seperti coklat bar atau energy bar
  19. Buku atau quran kecil atau surah yasin
  20. Plastik kosong atau ziplock bag
Semua barangan di atas boleh di pek ke dalam plastik kalis air seperti ziplock dan masukkan ke dalam beg sandang  dan letakkan di tempat yang mudah dicapai.
Beg ini perlu disediakan untuk setiap individu di dalam sesebuah rumah. Untuk anak-anak kecil atau bayi maka tambahlah perkara-perkara lain seperti:-
  1. Susu formula
  2. Lampin dan tisu basah
  3. Makanan bayi
  4. Mangkuk dan sudu plastik
  5. Ubat-ubatan
  6. Thermometer
  7. Mainan bayi yang digemari
Tips penyediaan Grab Bag
  • Seeloknya beg sandang yang berwarna terang agar mudah dilihat.
  • Seeloknya beg yang kalis air sekiranya ada. Jika tidak bungkus semua barangan di dalam plastik atau ziplock.
  • Senarai barangan di atas perlu ada dan barangan lain boleh ditambah sekiranya ada ruang mencukupi.
  • Barangan seperti lampu picit, pisau dan sebagainya tidak perlulah beli yang mahal-mahal.
  • Fotokopi semua salinan dokumen peribadi untuk dimasukkan ke dalam beg.
  • Tandakan atau tuliskan nama di setiap beg bagi memudahkan pengecaman sekiranya beg dari jenis atau warna yang sama.
Apabila berlaku banjir, atau kebakaran atau tanah runtuh atau apa sahaja bencana yang memerlukan anda untuk meninggalkan rumah dengan segera maka sambarlah beg ini sahaja. Beg untuk anak2 kecil diletakkan bersama anda manakala beg anak-anak yang sudah besar haruslah dibawa sendiri oleh mereka.
Dengan adanya beg ini maka setidak-tidaknya, mangsa akan dapat bertahan sehari dua dengan bekalan yang ada sementara menunggu bantuan. Selain itu dengan adanya alatan seperti lampu picit dan wisel maka anda dapat menarik perhatian pasukan penyelamat dengan lebih mudah. Bahan bacaan seperti buku atau Al-Quran maupun surah Yasin akan dapat mengurangkan gugup atau keresahan ketika menunggu bantuan.
Kita tidak tahu bilakah kita akan ditimpa musibah atau bencana. Jadi eloklah kita bersedia.
Di negara Jepun yang sememangnya terdedah kepada gempa bumi dan tsunami, beg sambar ini memang disediakan oleh setiap individu sebagai kit kelangsungan hidup mereka.

Bagi mereka yang berada di kawasan yang terdedah kepada bahaya ini saya sarankan eloklah menyediakan beg sambar ini untuk setiap ahli keluarga anda. Semoga dengan adanya ikhtiar atau usaha sebegini maka keselamatan ahli keluarga anda sedikit terjamin.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga musibah banjir ini berakhir dengan segera. Hentikanlah berpolitik serta fitnah memfitnah antara satu sama lain. Inilah masa untuk kita bersatu hati bersatu tenaga bagi membantu mereka yang sengsara.
Sumber dari http://khairulabdullah.com/

Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Sunday, December 28, 2014

Vitamin C Dan Kolagen Shaklee Membantu Menghalang Kulit Kusam Dan Tua Sebelum Usia

Vitamin C, Kolagen Untuk Kulit

Secara umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.
Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Jangan panggil ai makcik, sentap tau (Sumber Google)


Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.
Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.
"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.
"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.
Keperluan
Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.
Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, lada loceng hijau, kubis dan bayam.


Sumber Google

Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.
"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.
Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber daripada laut seperti ikan.


Sumber Google

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.

Sumber dari 
ww1.utusan.com.my
 



Vitamin C Dan Kolagen Shaklee Membantu Menghalang Kulit Kusam Dan Tua Sebelum Usia

Assalamualaikum semua...

Dah baca dah artikel kat atas tu? Sesiapa yang tak makan sayur dan buah memang rugi. Rugi pasai apa? Rugi pasai badan hang tak dapat vitamin C dan kolagen yang secukupnya. Pastu kulit jadi kusam dan tua sebelum usia (Oh no!). Nanti muda-muda orang panggil makcik jangan marah naa. 

Sesiapa yang ketegaq nak makan sayur dan buah ada satu solution baikkk punyer untuk hangpa. Cuba teka apa dia? Ish bukan cucuk vitamin C. Tengok jarum pun lemah longlai. 

Meh sini nak tolong jawabkan. Takyah cucuk2 apa susah, amik sebiji Vitamin C Shaklee pastu telan. Jangan taktau sebiji tablet Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji buah oren. Dalam realiti kita nak makan 7 biji limau sehari pun susah. Kalau limau manis boleh ler nak telan. Kalau masam? Memang tak tertelanlah kan?

Pengambilan Vitamin C Shaklee pada setiap hari juga akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih anjal dan cerah, melambatkan penuaan serta menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmentasi adalah penyebab utama jeragat tau. Lagi satu, Vitamin C Shaklee telah dirumus dalam merangsang pembentukan kolagen. Rugi tak cuba, sebotol tahan 6 bulan pulak tu. Berbaloi-baloi habaq hang.

Sebut pasal kolagen pasti berkaitrapat dengan antipenuaan. Dah betul dah tu. Kolagen memainkan peranan yang sangat penting dalam bab nak kulit sihat dan gebu gebas. Banyak produk kolagen dalam pasaran tapi tak nak lah cerita produk lain sebab memang tak tahu sangat. Kita sembang produk Kolagen Shaklee jer lah.

Nilah nak habaq mai, produk ini sejenis serbuk bukan tablet yer. Perlulah dibancuh dulu. Pastu baca bismilllah dan minum. Lagi sedap kalau bancuh dengan air mangga, oren dan sebagainya. Tapi jangan campur dalam minuman berkafein pulak yer.

Percaya tak kalau produk ini mampu membantu dalam mengecilkan pori-pori kulit dan kurangkan garisan-garisan halus? Pada masa yang sama dapat kurangkan jeragat, pigmentasi dan tona kulit tidak sekata

Selain itu, Kolagen Shaklee membantu dalam mengembalikan keanjalan kulit. Ini akan dapat mengatasi masalah kulit kendur sebelum usia. Susah nak percaya? Meh terjah testimoni kat sini. Boleh intai apa kata mereka yang pernah mencuba. 

Vitamin C Dan Kolagen Shaklee merupakan produk bagus untuk kulit bagi penjagaan dalaman. Untuk penjagaan luaran, anda boleh mencuba rangkaian Skin Care Nutriwhite atau Enfuselle. Sila klik link ini bagi keterangan lanjut.

Bagi hangpa yang berminat untuk mencuba produk Vitamin C Dan Kolagen Shaklee sila hubungi cheq dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. Remember, fast action, fast result. Terima kasih 



Poster sendirian berhad 




Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.

  


Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit












Friday, December 26, 2014

10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung

Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.



Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana rendah lemak.

Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.

Disusun dan disediakan:
Nithyawathi A/P Batumalai
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu


Sumber dari hspkpyu.moh.gov.my



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Wednesday, December 24, 2014

Basic H Shaklee Memudahkan Kerja Rumah Paling Menyampah Nak Buat

Assalamualaikum semua...

Dalam banyak-banyak kerja rumah, yang mana satukah paling menyampah nak buat?
a) lipat kain
b) buang sarang labah-labah
c) cuci bilik air

Personally, cuci bilik air antara senarai kerja rumah yang amat menyampah akak nak buat. Menyampah sebab cuci bilik air ni antara rutin yang mesti dilakukan paling tidak seminggu sekali. Penat tau penat. Tapi... nak tanak terpaksalah jugak akak menyental, memberus, mengonyoh (gonyoh=gosok dengan kuat, in case ada yang tak tau). Sibbaiklah bilik air tu kecik jer kan? Kalau besar gedabak boleh patah pinggang dibuatnya.

Menyampah punya pasal, harini saya nak berkongsi antara pengalaman pengguna Basic H Shaklee. Pengguna tersebut telah mencuba produk Basic H Shaklee dalam mencuci bilik air di kediamannya. Walaupun beliau telah menggunakan Basic H Shaklee, tak bermakna hanya tiup-tiup sembur-sembur dah bersih bilik air tu yer. Still kena menyental, memberus, mengonyoh jubin-jubin dengan gigih gitu.

Tapi kan tapi kan masa yang diperlukan untuk membersihkan bilik air tersebut ternyata lebih pantas jika dibandingkan guna sabun biasa. Kotoran-kotoran degil juga berjaya dibersihkan dengan mudah. Beliau telah menggunakan dalam beberapa titik Basic H Shaklee dan dicampurkan ke dalam baldi kecil yang berisi air. Campuran tersebut telah digunakan untuk memberus jubin-jubin tersebut. Kemudian, bolehlah dibilas dengan air paip.




Basic H Shaklee adalah produk mesra alam dek kerana sumber kandungannya yang diekstrak daripada jagung dan kelapa. Selain itu, 

Basic H Shaklee Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin


Kagum tak kagum tak? Selain cuci bilik air, apa lagi yer fungsi Basic H Shaklee? Klik kat sini. Anda pasti akan lebih kagum. Jadi percaya tak kalau akak kata Basic H Shaklee Memudahkan Kerja Rumah Paling Menyampah Nak Buat? Kalau masih tak percaya meh order barang sebotol dua. Dapatkan segera dengan menghubungi saya sekarang. Boleh pm fb/wassap di 011-37008943.Terima kasih.







Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Monday, December 22, 2014

5 Petua Semasa Proses Kelahiran Bayi

- Proses meneran utk keluarkan baby
1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah allah ke dunia.
2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.
3. Posisi semasa nk melahirkan..Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.
4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan.. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)
5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing) Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.
Rumusannya..
Ini adalah sekadar panduan sahaja. Keadaan sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza semasa melahirkan seorang manusia. Apapun kita hanya mampu merancang dan berdoa moga dipermudahkan proses kelahiran ini. Dan yang penting kongsilah petua ini dengan suami atau birth partner, kerana semasa sedang sakit, segala ilmu, petua dan teknik yang telah dipelajari dan dikutip mungkin akan hilang dan terlupa dek kerana menahan sakit. Oleh itu perlu adanya seseorang yang berada disamping kita semasa proses kelahiran tersebut untuk mengingatkan kita. Mudah-mudahan dipermudahkanNya...


Sumber dari Persatuan Wanita Ibu Isteri Malaysia




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Saturday, December 20, 2014

9 Khasiat Bunga Kobis

Ketika hamil, selera makan bakal ibu turut berubah. Jika dulu gemar makan makanan pedas, kini ibu hamil lebih berselera menjamah hidangan yang tidak pedas. Menjaga pemakanan antara langkah penting yang mesti diutamakan oleh ibu hamil.
Ketidakselesaan akibat alahan yang teruk menyebabkan selera makan hilang begitu sahaja. Bagaimanapun jangan abaikan keperluan nutrisi yang diperlukan untuk membantu janin berkembang dengan sihat dalam kandungan.
Apabila tekak tidak boleh menerima sebarang makanan, apa kata masukkan bunga kobis dalam senarai menu anda. Ini kerana bunga kobis elok dimakan sepanjang kehamilan kerana mempunyai pelbagai khasiat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Antaranya seperti berikut:

Menyihatkan jantung
Bunga kobis membantu meningkatkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Dengan mengamalkan pemakanan bunga kobis, darah akan dipam sekali ganda pada rahim tanpa mengganggu ketidakselesaan pada jantung.

Pembentukan plasenta
Bunga kobis membantu pembentukan plasenta kerana ia kaya dengan folat. Folat sendiri membekalkan khasiat kepada bayi dan perkembangannya.

Penyerapan zat besi
Keperluan zat besi wanita meningkat apabila dia mengandung. Kandungan zat besi di dalam bunga kobis membantu melancarkan proses bersalin dan mengurangkan risiko berat badan bayi berkurangan.

Keperluan kalsium
Bila badan anda kekurangan kalsium, keperluan kalsium oleh bayi akan diambil dari tulang-tulang anda. Ini sangat berbahaya. Oleh itu amalkan makan bunga kobis yang merupakan sumber kalsium terbaik.

Kaya niacin
Bunga kobis juga mengandungi niacin iaitu zat yang membantu mengembangkan kulit bayi, sistem saraf dan pencernaan bayi.

Mengembangkan sel-sel
Kandungan vitamin A dan B yang ada dalam bunga kobis membantu mengembangkan sel-sel tubuh bayi.

Kaya vitamin C

Ia juga kaya akan kandungan vitamin C yang sangat diperlukan untuk pembentukan sistem imun tubuh. Bayi akan jauh lebih aktif dan sihat apabila keperluan vitamin C mencukupi.

Vitamin K
Bunga kobis  juga meningkatkan pembentukan sel-sel di tulang yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Pembentukan tersebut dibantu dengan adanya pengambilan vitamin K daripada bunga kobis.

Sumber mineral
Bunga kobis kaya akan zink, mangan, sodium dan fosfor. Sumber lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil.




Sumber dari pama.karangkraf.com




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit