Cantik sering kali dikaitkan dengan wajah seseorang. Hal ini disebabkan kita melihat wajah seseorang terlebih dahulu sebelum hal-hal lain menyusul.
Namun kecantikan yang sempurna bukan sahaja terletak pada muka tetapi merangkumi seluruh tubuh iaitu daripada hujung rambut hingga hujung kaki serta kecantikan luar dan dalaman.
Tetapi tidak semua orang memiliki pakej yang lengkap ini. Antara anggota yang sering diabaikan kecantikkannya ialah kuku dan keadaan kulit di sekitarnya.
Akibat diabaikan, kuku kelihatan kotor, tidak bermaya, dan sakit serta kekeringan. Atas kesedaran inilah seharusnya anda lebih peka menjaga kecantikan dan kebersihan kuku.
Di bawah ini terdapat panduan dalam merawat dan menjaga kuku. Paling penting, anda boleh melakukannya di rumah sahaja!
- Jika anda sering mengalami masalah kuku yang tidak menyerlah, kering dan pudar, picitkan sedikit ubat gigi pada tangan dan ssapukan di sekitar kuku. Biarkan ia kering untuk seketika sebelum dicuci. Langkah ini akan mengembalikan keceriaan dan kilauan pada permukaan kuku.
- Selain itu, anda juga boleh menggunakan jus limau yang membantu menanggalkan kesan kotoran atau air yang dicampurkan dengan hirisan limau.
- Untuk memutihkan kuku pula, masa yang diambil agak lama, dalam lingkungan 15 hingga 20 minit.
- Cuci kuku dengan sabun dan air biasa. Kemudian, gunakan berus pewarna kuku untuk menyental di bahagian atas, bawah dan di sebelah kuku.
- Selepas dikeringkan masukkan satu sudu jus limau dan satu sudu serbuk penaik ke dalam sebuah mangkuk. Campur sehingga sebati tetapi tidak terlalu cair lalu titiskan satu titik pada bahagian tengah setiap kuku.
- Dengan menggunakan buffer (sejenis alat pelembut kuku yang boleh didapati di farmasi atau pusat penjagaan kuku) sental kuku secara perlahan-lahan. Selepas siap melakukan pada setiap kuku, cuci dan keringkan dengan tuala.
- Sapukan krim pelembut tangan dalam kuantiti yang banyak supaya ia menggantikan tekstur lembap yang hilang.
Selamat mencuba!
Sumber dari Mingguan Wanita
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
Jom hubungi saya sekarang!
PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan
Terima Kasih
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment